Senarai 6 Pasangan Peserta Famili Duo Musim 4 (2024) Berduo Lebih Baik

Program realiti berkonsepkan nyanyian kekeluargaan atau pertalian darah, Famili Duo (FD4), terbitan TV3 telah menjadi satu fenomena yang tidak dapat dipisahkan daripada kalangan peminat seni suara di Malaysia.
 

Famili Duo (FD4) terus mengukir nama dalam arena hiburan Malaysia dengan mendekatkan masyarakat melalui lagu. Setiap langkah yang diambil oleh peserta dalam FD4 adalah langkah menuju pencarian kasih sayang dan sokongan satu sama lain, serta membawa mesej bahawa di sebalik setiap kejayaan yang dicapai, terdapat pentingnya kasih sayang keluarga. Mari kita semua sama-sama menyokong FD4 dan merasai kekuatan yang ada dalam kekeluargaan melalui muzikaliti dan emosi yang dipersembahkan.

Senarai Peserta Famili Duo Musim 4 / 2024


Pada sidang media Famili Duo 4, identiti pasangan Naqiu tidak didedahkan dan hanya didedahkan pada episod pertama program yang bakal memulakan siarannya 20 Oktober ini.

Zahid dan Anne (Adik-beradik)



Tomok dan Sharul Kamal (Sepupu)



Shiha Zikir dan Ieda Zikir (Adik-beradik)



Ayie Elham Floor 88 dan Salma Asis (Sepupu)



Didi Astillah dan Yazmin Aziz (Sepupu)


Naqiu dan Joey Daud




Juri pertandingan


Kerusi juri Famili Duo 4 akan diisi oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.



Pengacara

Janna Nick dan Sharif Zero diberi kepercayaan menjadi pengacara bagi Famili Duo 4 tahun 2024 ini.



Format Pertandingan & Hadiah

Pemenang mingguan Famili Duo 4 ditentukan oleh juri tetap sebanyak 70 peratus dan undian dalam talian melalui Tonton (30 peratus).

Setiap penonton boleh membuat undian sebanyak 10 kali setiap minggu, manakala penonton melanggan TontonUP pula mendapat kelebihan istimewa apabila boleh mengundi duo kegemaran sebanyak 50 undian.

Enam pasangan selebriti akan tampil bertarung dan mempamerkan kreativiti menerusi tema berbeza setiap minggu.

Duo juara mingguan akan memenangi hadiah berjumlah RM10,000 setiap minggu (tujuh episod) dan juara pentas akhir FD4 akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Masa Tayangan & Siaran Langsung Famili Duo 4 / 2024 (Live Streaming TV3)

Famili Duo 4 ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di TV3, bermula 20 Oktober 2024.

Selain menonton di televisyen, anda juga boleh menonton FD4 secara siaran langsung dengan menstrim langsung di https://www.xtra.com.my/live-tv/ atau secara HD melalui Tonton di https://www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun di Google Play atau App Store.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post