PERSEMBAHAN bertenaga dan versatil daripada gandingan Iaman dan kumpulan Saputra berjaya memukau barisan juri dan menobatkan mereka sebagai juara program realiti The Chosen One XTRA 2025.
Iaman dan kumpulan Saputra dinobatkan juara The Chosen One XTRA 2025 selepas mempamerkan persembahan memukau dengan bimbingan Naqiu. Persembahan mantap mereka menerusi rangkaian lagu Ayuh, Evo, Joget Angan Tak Sudah, dan Ya La Dan memikat hati juri, seterusnya melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 dan trofi. Mereka turut merangkul Anugerah Persembahan Terbaik yang bernilai tambahan RM10,000.
Jurulatih mereka, Naqiu, turut cemerlang apabila diangkat sebagai 'Coach Terbaik', sekali gus menerima hadiah wang tunai RM10,000.
Berikut adalah senarai pemenang lain di The Chosen One XTRA 2025:
Tempat kedua: Rayyan dan Dahlya dari pasukan Achey - RM30,000
Tempat ketiga: Alif dan Yusof dari pasukan Usop - RM20,000
Tempat keempat: Iman dan Adawiya dari pasukan Nikki - RM10,000
Konsert akhir yang berlangsung di Visual Tree Studio ini disiarkan secara langsung di Astro Ceria dan dihoskan oleh Nabil Ahmad. Barisan juri profesional yang hadir untuk menilai persembahan peserta termasuk Datuk Ramli MS, Datuk M. Nasir, Datuk Awie, dan Sharifah Shahirah.
