Acara Pencarian Dewi Remaja 2025 meraikan ulang tahunnya yang ke-40, menegaskan peranan pentingnya sebagai platform pembangunan bakat wanita muda di Malaysia sejak 1985. Bukan sekadar pertandingan, ia adalah ekosistem yang holistik untuk membentuk gadis remaja yang berintelek, berprinsip, dan berdaya saing, dengan menekankan keyakinan diri, komunikasi, dan kepimpinan.

Edisi ke-14 ini juga bertujuan memperkasakan suara generasi baharu dan melahirkan figura wanita muda yang berpengaruh dan inspiratif. Jom kita selongkar barisan 12 finalis pencarian Dewi Remaja edisi ke 14 tahun 2025 ini.
1. Sharmaine

Nama : Sharmaine Ilenna Rudy Alexander Asal : Tuaran, Sabah (Menetap di Kuala Lumpur) Umur : 25 Tahun Tarikh Lahir : 1 Januari 2000 Pendidikan : Graduan Ijazah Sarjana Perundangan Hobi : Bersukan, Vlogging, Membaca & Belajar Idola : Ibu, Meghan Markle & Hailey Bieber Instagram : @sharmainealexxander TikTok : @sharmainealexxander
Mengekalkan jati dirinya sebagai 'anak kampung' dari Sabah, Sharmaine berhasrat untuk mencipta nama dalam dunia seni di Semenanjung Malaysia. Sejak berusia 13 tahun, Sharmaine sudah memasang impian menetap di Semenanjung memandangkan peluang yang terbentang adalah lebih luas. Gadis yang bergerak aktif sebagai personaliti media sosial ini adalah sebahagian daripada empat orang beradik yang cukup mementingkan Pendidikan.
Nama : Nur Fatihah Binti Huslah Asal : Segambut, Kuala Lumpur Umur : 25 Tahun Tarikh Lahir : 26 November 2000 Pendidikan : Sijil Tamat Kursus Kru Kabin, Graduan Diploma Komunikasi & Media dan Graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Sosial) Hobi : Mengunjungi kafe & 'thrifting' Idola : Eve lily & Sara Camposarcone Instagram : @teyabarbie TikTok : @teyabarbie
Sejak di tadika, saya sudah bersekolah di sekolah Cina, jadi majoriti rakan saya berbangsa Cina. Kedua-dua ibu bapa saya berasal dari Indonesia, tetapi kami adik-beradik dilahirkan di Malaysia. Disebabkan itu, saya tidak dapat melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM), namun saya bersyukur kerana ditawarkan untuk belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sepanjang di universiti, saya aktif sebagai penyampai radio dan juga berlakon. Pada peringkat ijazah sarjana muda pula, saya banyak terlibat dalam penggambaran TVC, dan dari situ saya belajar bahawa bidang ini sangat mencabar dan memerlukan daya tahan yang tinggi.
Anak kelahiran Ipoh, Perak ini dibesarkan oleh ibunya yang merupakan pesara pegawai khidmat pelanggan dan ibu saudara. Menariknya, Fittri membesar dalam persekitaran rumah tanpa televisyen dan lebih banyak main di luar bersama adiknya. Dari situ, Fittri menerapkan dirinya untuk mudah merasa empati terhadap insan di sekeliling walaupun dari luaran, dirinya kelihatan seperti seorang gadis yang 'outspoken'.
Camelia tidak canggung apabila memutuskan untuk menyertai pencarian Dewi Remaja 2025. Ini kerana dirinya berasal daripada kelompok keluarga anak seni. Ibu Camelia merupakan seorang pelakon senior prolific, Suriati Baharom manakala bapanya pula adalah seorang pengarah filem serta Presiden PROFIMA, Khir Mohd Noor.
Nama : Nylea binti Adzlan Asal : Kuala Lumpur Umur : 23 Tahun Tarikh Lahir : 04 Februari 2002 Pendidikan : Penuntut Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Hobi : Menari dan seni kraf D.I.Y Idola : Zendaya Instagram : @nylears TikTok : @aelynylea
Anak kedua daripada tiga adik-beradik ini dibesarkan dalam keluarga yang tegas dan penuh disiplin. Peranan ibunya sebagai seorang guru disiplin mempengaruhi keperibadian Nylea, namun gadis ini tidak merasakan ia sebagai bebanan kerana faham penerapan tersebut banyak memberi manfaat kepada dirinya sewaktu meningkat dewasa.
Nama : Dheper Reshaa Teh Asal : Pulau Pinang Umur : 23 Tahun Tarikh Lahir : 04 Mac 2002 Pendidikan : Graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Hobi : Melancong Idola : Ibu dan Ayah Instagram : @dheper_teh TikTok : @dheperteh
Anak bongsu yang berasal dari Pulau Pinang ini bertuah kerana dibesarkan oleh ibu-bapa yang menyokong minatnya dan tiga beradik lain yang selalu memberikannya kata-kata semangat. Sejak berusia 16 tahun, Dheper telah menyertai beberapa pertandingan ratu cantik kebangsaan dan pernah juga berjaya merangkul kejuaraan sekaligus berpeluang mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di China. Dheper juga tidak kekok beraksi di hadapan kamera kerana terdahulu pernah menimba pengalaman sebagai seorang model dan memegang watak sampingan dalam beberapa projek televisyen. Berbekalkan pengalaman tersebut, Dheper masih mencari 'exposure' yang lebih luas menerusi pencarian Dewi Remaja 2025. Dheper inin menonjolkan lagi bakat dan merebut peluang menempatkan diri dalam industri seni.
8. Ariana

Nama : Nurul Aina Adriana Musaidi Asal : Kangar, Perlis Umur : 23 Tahun Tarikh Lahir : 16 September 2002 Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) UiTM Shah Alam Hobi : Menyanyi & bersukan Idola : Lyodra & Glenn Fredly Instagram : @arianaryry TikTok : @arianaryry
Lahir di Sandakan, Sabah dan membesar di Kangar, Perlis; Ariana dibesarkan dalam institusi keluarga yang mementingkan pendidikan. Ini memandangkan ibunya merupakan seorang guru besar di sebuah sekolah manakala bapanya pula merupakan seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darul Aman. Sambil melanjutkan pengajian di peringkat universiti, Ariana juga menggali pengalaman untuk menjadi wartawan sukan di kem Harimau Malaya. Ariana juga sudah biasa dengan dunia lasak apabila pernah bergelar pemain sepak takraw Perlis dan kini sedang berjinak-jinak dalam sukan flat football (mirip ragbi). Dewi Remaja 2025 merupakan pengalaman sulung gadis bersuara lunak ini untuk melibatkan diri dalam industri seni dan mencedok sebanyak mungkin ilmu di samping mahukan kemenangan seperti peserta lain.
9. Nelysa Kay

Nama : Nelysa Khadija binti Mohamed Nazrin Asal : Kuala Lumpur Umur : 22 Tahun Tarikh Lahir : 30 Disember 2003 Pendidikan : Graduan Ijazah Sarjana Muda Perfileman Hobi : Menyanyi, menari, berkhemah bersama keluarga, bermain Pokémon & menyiapkan seni kopi bersama ayah Idola : Ariana Grande Instagram : @nelysakay TikTok : @nelysakay
Anak kedua daripada lima adik-beradik ini sememangnya gemar untuk bereksperimentasi dalam dunia seni tempatan. Nelysa yang merupakan graduan jurusan perfileman ini gemar menimba pengalaman demi mendalami selok-belok industri seni. Projek pertamanya di hadapan kamera bermula sejak usia Sembilan tahun sebagai penari latar Ayda Jebat menerusi lagu Siapa Diriku. Sejak itu, Ayda merupakan salah seorang insan yang banyak menyokong pembabitannya dalam bidang nyanyian, penulisan lagu dan tarian menerusi kumpulan duo, XONE. Menerusi Dewi Remaja 2025, Nelysa mencari peluang untuk muncul buat julung kalinya di kaca televisyen dan membanggakan insan-insan di sekeliling yang percaya dengan potensi dirinya.
10. Elisa Chew

Nama : Nur Ezlin Elisa Binti Kamal Chew Asal : Bukit Mertajam, Pulau Pinang Umur : 21 Tahun Tarikh Lahir : 21 Januari 2004 Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Hobi : Menikmati kopi, bersenam & membaca Idola : Mira Filzah & Hanis Zalikha Instagram : @elisachew_ TikTok : @eLisachew
Dibesarkan oleh bapa berbangsa Cina dan ibu berbangsa Melayu, anak kedua daripada empat adik-beradik pernah menjadi sebahagian daripada peserta program Ceria All Stars di Astro Ceria. Selepas menamatkan zaman persekolahan, Elisa terus meneroki bidang pekerjaan dengan mempunyai perniagaannya sendiri, membuka kafe dan seterusnya menjadi seorang pemandu pelancong di sebuah syarikat komersil sehingga ke hari ini. Mengakui masih baharu dalam bidang seni, misinya di pencarian Dewi Remaja 2025 adalah untuk keluar dari zon selesa dan mencabar diri untuk mencuba pengalaman baharu.
11. Marisa

Nama : Nor Ara Marisa Bt Baharudin Asal : Selangor Umur : 20 Tahun Tarikh Lahir : 5 Januari 2005 Pendidikan : Graduan Diploma Perniagaan Hobi : Bermain golf, mencipta kandungan digital & membuat kek Idola : Anne Hathaway Instagram : @marisaara_ TikTok : @marisabaha
Anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini baharu sahaja menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Perniagaan.
Tonton Eksklusif Bermula 10 Oktober
Dewi Remaja 2025 akan bersiaran pada 10 Oktober 2025, jam 10 malam di Astro Ria (104) & Astro Go. Perjalanan mingguan finalis akan diwarnai tugasan, cabaran dan transformasi sehingga malam finale pada 28 November 2025.
Kredit : www.remaja.my

Dua orang kakaknya merupakan peguam di Sabah manakala Sharmaine yang telah menamatkan pengajian di peringkat sarjana pula berkhidmat sebagai peguam di Semenanjung. Menariknya, adiknya juga kini sedang meniti perjalanan dalam bidang perundangan. Misinya dalam pencarian Dewi Remaja 2025 adalah untuk mencedok pengalaman dan mendedahkan dirinya ke dalam bidang seni sebagai seorang pelakon.
Teya

Teya

Nama : Nur Fatihah Binti Huslah Asal : Segambut, Kuala Lumpur Umur : 25 Tahun Tarikh Lahir : 26 November 2000 Pendidikan : Sijil Tamat Kursus Kru Kabin, Graduan Diploma Komunikasi & Media dan Graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Sosial) Hobi : Mengunjungi kafe & 'thrifting' Idola : Eve lily & Sara Camposarcone Instagram : @teyabarbie TikTok : @teyabarbie
Sejak di tadika, saya sudah bersekolah di sekolah Cina, jadi majoriti rakan saya berbangsa Cina. Kedua-dua ibu bapa saya berasal dari Indonesia, tetapi kami adik-beradik dilahirkan di Malaysia. Disebabkan itu, saya tidak dapat melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM), namun saya bersyukur kerana ditawarkan untuk belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sepanjang di universiti, saya aktif sebagai penyampai radio dan juga berlakon. Pada peringkat ijazah sarjana muda pula, saya banyak terlibat dalam penggambaran TVC, dan dari situ saya belajar bahawa bidang ini sangat mencabar dan memerlukan daya tahan yang tinggi.
Sebenarnya, saya tidak menjangka dapat tersenarai dalam Top 12 Dewi Remaja kerana cita-cita saya sejak dulu adalah untuk menjadi pramugari. Namun, Alhamdulillah, rezeki saya tertulis di sini. Saya tidak terlalu memikirkan tentang menang atau tidak, misi utama saya adalah untuk belajar dan menimba pengalaman.
3. Fitri, 24

Nama : Fittri Muzdalifah Binti Ibrahim Asal : Ipoh, Perak (Menetap di Selangor) Umur : 24 Tahun Tarikh Lahir : 13 Januari 2001 Pendidikan : Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (UNITAR) Hobi : Menunggang kuda Idola : Maya Karin Instagram : @fittrimuzdalifah TikTok : @f.muzdalifah
3. Fitri, 24

Nama : Fittri Muzdalifah Binti Ibrahim Asal : Ipoh, Perak (Menetap di Selangor) Umur : 24 Tahun Tarikh Lahir : 13 Januari 2001 Pendidikan : Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (UNITAR) Hobi : Menunggang kuda Idola : Maya Karin Instagram : @fittrimuzdalifah TikTok : @f.muzdalifah
Anak kelahiran Ipoh, Perak ini dibesarkan oleh ibunya yang merupakan pesara pegawai khidmat pelanggan dan ibu saudara. Menariknya, Fittri membesar dalam persekitaran rumah tanpa televisyen dan lebih banyak main di luar bersama adiknya. Dari situ, Fittri menerapkan dirinya untuk mudah merasa empati terhadap insan di sekeliling walaupun dari luaran, dirinya kelihatan seperti seorang gadis yang 'outspoken'.
Sewaktu zaman belajar, Fittri cuba menceburi bidang teater dan baru-baru ini sepanjang empat tahun, Fittri berpeluang untuk banyak mengambil peranan sebagai pelakon tambahan demi menambah pengalaman. Misinya menyertai pencarian Dewi Remaja 2025 adalah demi membuatkan ibunya bangga. Fittri turut ingin membuktikan bahawa seseorang boleh berjaya dengan usaha keras walaupun berasal daripada latar belakang kehidupan yang sukar.
4. Suhaila

Nama : Nur Suhaila Binti Ramlan Asal : Kuala Lumpur (Menetap di Negeri Sembilan) Umur : 24 Tahun Tarikh Lahir : 16 Januari 2001 Pendidikan : Penuntut Ijazah Sarjana Muda Teater (Lakonan) ASWARA Hobi : Berniaga & bersama keluarga Meniaga Idola : Margot Robbie Instagram : @suhaila_allen TikTok : @suhaila_allen
Berasal daripada keluarga di luar bidang seni, Suhaila merupakan generasi pertama yang memulakan langkah ini apabila mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teater. Penglibatan Suhaila dalam projek pementasan teater bukan sekadar untuk mengasah potensi diri tetapi juga bagi mencari pendapatan sampingan. Bagi Suhaila, dia hanyalah gadis biasa yang ingin mengejar kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Ini kerana dirinya telah berdepan pelbagai cabaran sepanjang usia remaja dan kekuatan dirinya hadir apabila dia mengejar impian dengan usaha serta niat yang ikhlas.
5. Camelia

Nama : Natasya Hana Camelia Asal : Ampang, Selangor Umur : 24 Tahun Tarikh Lahir : 5 september 2001 Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Hobi : Berlakon Idola : Siti Nurhaliza Instagram : @camelianatasya_ TikTok : @camelianatasya
4. Suhaila

Nama : Nur Suhaila Binti Ramlan Asal : Kuala Lumpur (Menetap di Negeri Sembilan) Umur : 24 Tahun Tarikh Lahir : 16 Januari 2001 Pendidikan : Penuntut Ijazah Sarjana Muda Teater (Lakonan) ASWARA Hobi : Berniaga & bersama keluarga Meniaga Idola : Margot Robbie Instagram : @suhaila_allen TikTok : @suhaila_allen
Berasal daripada keluarga di luar bidang seni, Suhaila merupakan generasi pertama yang memulakan langkah ini apabila mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teater. Penglibatan Suhaila dalam projek pementasan teater bukan sekadar untuk mengasah potensi diri tetapi juga bagi mencari pendapatan sampingan. Bagi Suhaila, dia hanyalah gadis biasa yang ingin mengejar kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Ini kerana dirinya telah berdepan pelbagai cabaran sepanjang usia remaja dan kekuatan dirinya hadir apabila dia mengejar impian dengan usaha serta niat yang ikhlas.
5. Camelia

Nama : Natasya Hana Camelia Asal : Ampang, Selangor Umur : 24 Tahun Tarikh Lahir : 5 september 2001 Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Hobi : Berlakon Idola : Siti Nurhaliza Instagram : @camelianatasya_ TikTok : @camelianatasya
Camelia tidak canggung apabila memutuskan untuk menyertai pencarian Dewi Remaja 2025. Ini kerana dirinya berasal daripada kelompok keluarga anak seni. Ibu Camelia merupakan seorang pelakon senior prolific, Suriati Baharom manakala bapanya pula adalah seorang pengarah filem serta Presiden PROFIMA, Khir Mohd Noor.
Membesar di Ampang Kuala Lumpur, Camelia setakat ini telahpun membintangi dua projek filem, enam telefilem dan lima drama sepanjang enam tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Misinya kali ini adalah untuk mengembangkan lagi nama dan bakat lakonannya. Camelia juga percaya platform ini adalah langkah terbaik bagi menggarap lebih banyak peluang untuk melebarkan sayap.
6. Nylea

6. Nylea

Nama : Nylea binti Adzlan Asal : Kuala Lumpur Umur : 23 Tahun Tarikh Lahir : 04 Februari 2002 Pendidikan : Penuntut Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Hobi : Menari dan seni kraf D.I.Y Idola : Zendaya Instagram : @nylears TikTok : @aelynylea
Anak kedua daripada tiga adik-beradik ini dibesarkan dalam keluarga yang tegas dan penuh disiplin. Peranan ibunya sebagai seorang guru disiplin mempengaruhi keperibadian Nylea, namun gadis ini tidak merasakan ia sebagai bebanan kerana faham penerapan tersebut banyak memberi manfaat kepada dirinya sewaktu meningkat dewasa.
Terdahulu, Nylea pernah terlibat dalam penggambaran iklan seperti Air Selangor dan iklan Aidilfitri. Disamping itu, Nylea juga meluangan masa dalam aktiviti sukarelawan dengan mengajar kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Misi gadis yang aktif dalam kelab kebudayaan dan tarian di universiti ini dalam pencarian Dewi Remaja 2025 adalah untuk mencabar had serta potensi dirinya. Nylea ingin membuktikan personalitinya bukanlah pemalu dan pendiam seperti persepsi orang di sekeliling.
7. Dheper

7. Dheper

Nama : Dheper Reshaa Teh Asal : Pulau Pinang Umur : 23 Tahun Tarikh Lahir : 04 Mac 2002 Pendidikan : Graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Hobi : Melancong Idola : Ibu dan Ayah Instagram : @dheper_teh TikTok : @dheperteh
Anak bongsu yang berasal dari Pulau Pinang ini bertuah kerana dibesarkan oleh ibu-bapa yang menyokong minatnya dan tiga beradik lain yang selalu memberikannya kata-kata semangat. Sejak berusia 16 tahun, Dheper telah menyertai beberapa pertandingan ratu cantik kebangsaan dan pernah juga berjaya merangkul kejuaraan sekaligus berpeluang mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di China. Dheper juga tidak kekok beraksi di hadapan kamera kerana terdahulu pernah menimba pengalaman sebagai seorang model dan memegang watak sampingan dalam beberapa projek televisyen. Berbekalkan pengalaman tersebut, Dheper masih mencari 'exposure' yang lebih luas menerusi pencarian Dewi Remaja 2025. Dheper inin menonjolkan lagi bakat dan merebut peluang menempatkan diri dalam industri seni.
8. Ariana

Nama : Nurul Aina Adriana Musaidi Asal : Kangar, Perlis Umur : 23 Tahun Tarikh Lahir : 16 September 2002 Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) UiTM Shah Alam Hobi : Menyanyi & bersukan Idola : Lyodra & Glenn Fredly Instagram : @arianaryry TikTok : @arianaryry
Lahir di Sandakan, Sabah dan membesar di Kangar, Perlis; Ariana dibesarkan dalam institusi keluarga yang mementingkan pendidikan. Ini memandangkan ibunya merupakan seorang guru besar di sebuah sekolah manakala bapanya pula merupakan seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darul Aman. Sambil melanjutkan pengajian di peringkat universiti, Ariana juga menggali pengalaman untuk menjadi wartawan sukan di kem Harimau Malaya. Ariana juga sudah biasa dengan dunia lasak apabila pernah bergelar pemain sepak takraw Perlis dan kini sedang berjinak-jinak dalam sukan flat football (mirip ragbi). Dewi Remaja 2025 merupakan pengalaman sulung gadis bersuara lunak ini untuk melibatkan diri dalam industri seni dan mencedok sebanyak mungkin ilmu di samping mahukan kemenangan seperti peserta lain.
9. Nelysa Kay

Nama : Nelysa Khadija binti Mohamed Nazrin Asal : Kuala Lumpur Umur : 22 Tahun Tarikh Lahir : 30 Disember 2003 Pendidikan : Graduan Ijazah Sarjana Muda Perfileman Hobi : Menyanyi, menari, berkhemah bersama keluarga, bermain Pokémon & menyiapkan seni kopi bersama ayah Idola : Ariana Grande Instagram : @nelysakay TikTok : @nelysakay
Anak kedua daripada lima adik-beradik ini sememangnya gemar untuk bereksperimentasi dalam dunia seni tempatan. Nelysa yang merupakan graduan jurusan perfileman ini gemar menimba pengalaman demi mendalami selok-belok industri seni. Projek pertamanya di hadapan kamera bermula sejak usia Sembilan tahun sebagai penari latar Ayda Jebat menerusi lagu Siapa Diriku. Sejak itu, Ayda merupakan salah seorang insan yang banyak menyokong pembabitannya dalam bidang nyanyian, penulisan lagu dan tarian menerusi kumpulan duo, XONE. Menerusi Dewi Remaja 2025, Nelysa mencari peluang untuk muncul buat julung kalinya di kaca televisyen dan membanggakan insan-insan di sekeliling yang percaya dengan potensi dirinya.
10. Elisa Chew

Nama : Nur Ezlin Elisa Binti Kamal Chew Asal : Bukit Mertajam, Pulau Pinang Umur : 21 Tahun Tarikh Lahir : 21 Januari 2004 Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Hobi : Menikmati kopi, bersenam & membaca Idola : Mira Filzah & Hanis Zalikha Instagram : @elisachew_ TikTok : @eLisachew
Dibesarkan oleh bapa berbangsa Cina dan ibu berbangsa Melayu, anak kedua daripada empat adik-beradik pernah menjadi sebahagian daripada peserta program Ceria All Stars di Astro Ceria. Selepas menamatkan zaman persekolahan, Elisa terus meneroki bidang pekerjaan dengan mempunyai perniagaannya sendiri, membuka kafe dan seterusnya menjadi seorang pemandu pelancong di sebuah syarikat komersil sehingga ke hari ini. Mengakui masih baharu dalam bidang seni, misinya di pencarian Dewi Remaja 2025 adalah untuk keluar dari zon selesa dan mencabar diri untuk mencuba pengalaman baharu.
11. Marisa

Nama : Nor Ara Marisa Bt Baharudin Asal : Selangor Umur : 20 Tahun Tarikh Lahir : 5 Januari 2005 Pendidikan : Graduan Diploma Perniagaan Hobi : Bermain golf, mencipta kandungan digital & membuat kek Idola : Anne Hathaway Instagram : @marisaara_ TikTok : @marisabaha
Anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini baharu sahaja menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Perniagaan.
Minat Ara Marisa dalam bidang perniagaan itu tercetus daripada projek meniaga bersama dua orang abangnya yang merupakan idola dalam hidupnya untuk mengejar impian. Penyertaan Ara Marisa dalam pencarian Dewi Remaja 2025 ini adalah demi mencabar kebolehan diri memandangkan dirinya masih hijau dalam dunia hiburan terutamanya dalam aliran yang diminatinya iaitu pengacaraan.
Baginya, tidak mengapa untuk merasa takut dan kadangkala rasa tidak bersedia. Yang penting adalah untuk melakukan sebaik mungkin dan meneruskan perjuangan.
12. Ellysa Ramlee

Nama : Ellysa Binti Ramlee Asal : Shah Alam, Selangor Umur : 19 Tahun Tarikh Lahir : 17 Julai 2006 Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Hobi : Bersukan dan mengacara Idola : Mendiang Puteri Diana Instagram : @ellysaramlee@ellysagirlboss TikTok : @ellysagirlboss
Ellysa Ramlee tidak kekok untuk melangkah masuk ke pencarian Dewi Remaja 2025 kerana memiliki pengaruh kuat daripada keluarganya yang berasal daripada bidang seni dan kewartawanan. Ibunya merupakans eorang bekas wartawan majalah dan kini aktif sebagai pencipta kandungan di media social, manakala datuknya pula banyak terlibat dengan dunia seni dari belakang tabir.

Sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, Ellysa cuba melibatkan diri dalam projek-projek iklan TV serta digital, filem dan drama. Keberadaan gadis berdarah kacukan Afghanistan-Melayu-Cina-India ini dalam pencarian kali ini adalah untuk menimba ilmu sebanyak mungkin daripada mentor-mentor senior sepanjang penggambaran serta aktiviti yang dilangsungkan.