Cara Ringkas Daftar Akaun STR Sumbangan Tunai Rahmah 2026

Apakah itu STR – Sumbangan Tunai Rahmah 2026


Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya bagi isi rumah yang berpendapatan rendah.

Melalui pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan bahawa jumlah peruntukan untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion yang diperuntukkan pada tahun 2025.


Permohonan Baharu / Kemas Kini STR 2026Oktober 2025
Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.

Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut – turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.
1. Layari laman rasmi
✅ 2. Klik “Permohonan Baharu / Kemaskini”
Kalau belum pernah daftar STR, pilih Permohonan Baharu
Kalau pernah terima STR / BPR / BKC, pilih Kemaskini


✅ 3. Isi maklumat peribadi
Masukkan:
Nama penuh & No. IC
Alamat terkini
Maklumat pasangan & anak (jika ada)
Maklumat akaun bank aktif (untuk bayaran)


✅ 4. Semak & sahkan permohonan
Pastikan semua maklumat betul
Klik “Hantar”
Simpan nombor rujukan permohonan




✅ 5. Semak status
Boleh semak semula di portal sama:
➡️ Menu “Semakan Status”
⚠️ Kalau Tak Daftar STR
Kalau tak daftar / tak kemaskini:
❌ Tak akan dapat bayaran STR walaupun layak
❌ Data lama mungkin dianggap tidak aktif
❌ Nama tak tersenarai dalam bantuan kerajaan lain yang guna data STR (contoh: SARA, eKasih, bantuan tambahan negeri)
💡 Tips Penting
Pastikan akaun bank atas nama sendiri & aktif.
Gunakan IC asal, jangan guna salinan.
Kalau tiada akaun bank, boleh ambil tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) bila bayaran keluar.
Terbaru Lebih lama