10 Aktres Pelapis Pelakon Wanita di Malaysia..!!!

Meskipun masih dianggap baru dalam dunia seni.. Namun 10 aktres muda ini masih boleh pergi jauh seiring dengan aktres senior sedia ada andai bakat mereka terus digilap...!!  

10 - Diana Amir
Nama penuhnya Nurdiayana Amir Hashim berumur 25 tahun. Setakat ini, Diana Amir telah pun berlakon lebih dari 4 buah Filem dan puluhan drama antara Filem lakonan Diana adalah 'Aku Masih Dara' dan 23,2,1 Cinta yang berjaya menaikkan namanya di dalam persada hiburan Malaysia.

9 - Miera Liyana
Miera Liyana kasmi berusia 18 tahun. Drama pertama lakonannya ialah 'Luna fantasiku manakala filem pertamanya pula ialah 'Apokalops' yang bakal menemui penonton hujung tahun ini. Anak kedua dari tiga beradik ini mencetuskan kontroversi awal tahun lalu apabila menerusi fesyen beraninya di sebuah majlis hiburan.

8 - Chomel Fana
 Noorhanis Farhana Shaharuddin adalah nama sebenarnya. Berusia 25 tahun, Chomel Fana sudah pun berlakon lebih 20 buah drama dan drama 'Hotel Mania' berjaya menaikkan lagi namanya. Sebelum terjun ke dunia lakonan, Chomel merupakan pemain bola sepak wanita Malaysia B serta bekas ahli silat selangor dan Olahragawati Negeri Selangor.
7 - Elfira Loy

Nama Sebenarnya Elfira low Ahmad Sabri yang baru berumur 17 thaun. Merupakan anak kedua dari empat beradik ini mula berlakon sejak tahun 2006 lagi. Damping Malam adalah filem pertama lakonannya. Namun begitu, Elfira terlebih dahulu dikenali melalui puluhan drama TV.


6 - Tasha Shilla
Natasha Sheila Abd razak berusia 24 tahun atau Tasha Shilla ini merupakan pelakon 'Ratu The Movie' dna 'Klip 3GP' ini mula meniti populariti setelah beraksi dalam drama bersiri 'Gemilang'. Selain Gemilang, Tasha juga popular menerusi drama 'Sahara' dan 'Ramadhan Terakhir'.

5 - Izreen Azminda
Nama Sebenarnya Azminda binti Mohd Aznam berumur 26 tahun. Memulakan karier seni lakonannya sekitar tahun 2007. Namun bakatnya mula menjadi perhatian ramai setelah beraksi dalam drama 'Isabella' bersama Rosyam Nor. Pernah menjadi Finalis Pertandingan Dewi Remaja bersama Scha Al Yahya. Izreen merupakan graduan Jurusan Kewartawanan Malaysian Institure of Integratif Media (MIIM)

4 - Nur Fathia
Nur Fathia Abd latif atau Nur Fathia berusia 24 tahun merupakan model dan pelakon dari Ayer Hitam, Pulau Pinang. Diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem 'Al-hijab. Penuntut jurusan Undang-Undang ini terkenal menerusi beberapa drama episod seperti 'Nur Kasih' dan 'Laila Asyikin'.

3 - Neelofa
Norr Neelofa Mohd Noor berusia 22 tahun atau lebih dikenali dengan nama Neelofa ini merupakan Juara pertandingan Dewi Remaja. Lofa semakin mendapat tempat di hati peminat dan menjadi perhatian setelah muncul dalam beberapa buah drama seperti 'Kasih najiha' dan 'Tahajud Cinta'. Manakala filem pertamanya 'Azura2011' bakal menemui penonton tidak lama lagi.

2 - KilaFairy
Nama sebenarnya Syakila Nisha Jahangir Khan ini baru berumur 19 tahun. Filem pertama lakonannya 'Karak' berjaya memperkenalkan anak gadis penyanyi Rohana Jalil ini. Selain berlakon KillaFairy juga menyanyi menerusi single duetnya bersama Roman untuk lagu tema cerita drama bersiri Tihany di TV9.

 
1 - Siti Saleha
Nama Sebenarnya Siti Saleha Mohd baharum baru berusia 21 tahun. Memulakan perjalanan seni lakonannya secara professional pada tahun 2008, Namun Drama bersiri 'Nora Elena' bersama Aaron Aaziz berjaya meletakkan adik kepada Sam (Bunkface) ini sebagai aktres pelapis berbakat. Selain aktif berlakon, Siti Saleha turut aktif menjadi duta produk dan model illan komersial.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post