10 Watak Superhero Fantasi Versi Malaysia Yang Pernah Difilemkan

Kalau peranan "Hero" di dalam sesebuah Filem tu dikaitkan dengan lelaki memegang watak utama, dan selalunya tidak boleh mati dan menjadi teraju utama dalam pembawaan cerita, bagaimana pula dengan peranan"Superhero" Semestinya Superhero mempunyai sesuatu yang extra seperti kuasa yang Super berbanding dengan peranan watak2 hero di dalam Filem.

Tambiruo

Jadi kali ni jom kita selongkar antara watak2 Adiwira Superhero/Superwomen yang terdapat di Malaysia..!!

10 - XX-Ray
Penemuan XX Ray – alat yang memboleh seseorang melihat menembusi sesuatu objek, menjadi malapetaka apabila Anuar menyeludupnya keluar dan membawanya ke satu majlis.Dalam usaha untuk mendapatkan kembali alat tersebut dari Karim, Amir menjadi halimunan. Itulah serba sedikit sinopsis filem yang hangat pada tahun 1992 arahan Aziz M Osman. 

9 - Pepaya
Siri Pepaya merupakan sebuah siri superhero komedi yang diinspirasikan dari kartun Popeye, seorang kelasi yang menguatkan diri dengan memakan bayam. Zul Yahya sendiri yang menyalurkan ilham itu, dan beliau menerangkan buah betik sebagai pilihan kerana "buah betik adalah buah-buahan tempatan dan cukup berkhasiat terutamanya untuk pelawasan perut". Auki Zul beliau asalnya memilih buah pisang, tetapi khuatir timbulnya pula "masalah lain apabila menghasilkan kostum, mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penonton.

"Saya rasa seronok dan enjoy dengan lakonan saya sekarang. Saya lebih senang orang bagi saya watak yang versatil sebab saya berasal daripada lakonan yang bercorak serius iaitu teater. "Lagipun saya tengok pasaran sekarang, penonton suka cerita yang santai. Jadi, saya yakin drama ini boleh diterima," ujar Zul mengenai drama bercorak komedi itu.

8 - Bionik
Bio-Nik merupakan drama bersiri adiwira terbitan KRU Studios yang disiarkan di slot Aksi (Isnin, 9 malam) di TV3, mengisahkan seorang remaja bernama Nik (lakonan Kamal Adli) yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya, lalu dibangkitkan semula dengan berlengkapkan pelbagai ciri-ciri robotik yang canggih lagi serba boleh dalam badannya. Bio-Nik ialah siri TV pertama terbitan syarikat KRU Studios.

7 - Haq
HAQ, sebuah filem aksi triler yang memaparkan kisah dua saudara yang mempunyai kuasa luar biasa. Pengorbanan dan cabaran terpaksa diharungi oleh mereka demi menegakkan keadilan dalam dua realiti kehidupan yang berbeza.

6 - Supermak
Drama Supermak di TV3, lakonan Nasha Aziz yang memegang watak sebagai Amy Salim. Supermak seorang ibu yang sangat luar biasa, mempunyai kuasa istimewa seperti kekuatan dan kepantasan dari nenek moyangnya yang bergelar Thani dari kepulauan Riau dan pulau tersebut jugak diterajui oleh nenek moyangnya.

Walau bagaimanapun dia terpaksa menyorokkan keistimewaannya tersebut dari suaminya yang juga seorang anggota polis iaitu Rees, lakonan Azhan Rani, mereka berdua mempunyai 2 cahayamata iaitu dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Ayesha (Nelly) dan Amril (Haider Harris)

5 - Kaber Hero Kaber Zero
Kaber ialah seorang penyiasat persendirian yang berasal dari pekan Sintok. Pada suatu hari, ketika bertarung dengan sekumpulan pengedar dadah, Kaber dihumban ke dalam peti sejuk lalu terkena renjatan elektrik di dalamnya. Mujurlah dia terselamat, tetapi renjatan itu memberikannya kuasa luar biasa, yang mana dia boleh berlari pantas seperti angin dan melompat-lompat di antara bangunan tinggi, dan memanfaatkan kebolehan ini untuk menyelamatkan sesiapa yang memerlukannya.

Bagaimanapun, kuasa luar biasa ada satu kelemahan utama iaitu hilang apabila Kaber terlihat warna merah yang ketara dalam pemandangannya. Malangnya, ini sering berlaku apabila Kaber paling memerlukan kuasanya.

4 - Atoi Si Budak Ajaib 
Siapa Atoi? Hebat sangat ke budak ni? Super sangat ke budak ni? Ajaib sangat ke sampai nama Atoi the ajaib boy? Atoi adalah budak yang wujud pada tahun 2037 dalam filem ni. Pada masa ni manusia mudah mendapat power, sebab berlakunya mutasi akibat ujikaji saintis yang tak bertauliah.

Dipendekan cerita, Atoi mendapat power dari panahan petir, power dia bukan setakat boleh keluarkan petir di tangan, kuasa dia juga boleh mendengar sesuatu yang jauh dan bergerak laju. PAda masa yang sama, satu badan superhero a.k.a KAPOWW, sedang mencari superhero pelapis, KAPOWW atau Kesatuan Adiwira Peringkat Olimpik Wira-wira diterajui oleh tiga superhero lain.  

3 - Antoo Fighter
Kisah beberapa pemburu hantu yang berdepan dengan sekumpulan hantu yang diketuai oleh Drakulat. Hantu-hantu ini bercadang untuk menakluk dunia. Dibintangi oleh Awie, Radhi OAG, Scha Alyahya,Bront Palarae, Nurfazlin Azmi, Ngasrizal Ngasri, Usop Kopratasa,Harun Salim Bachik, Soffi Jikan dan Hamid Ghurka. Filem ini diarahkan oleh Azizi 'Chunk' Adnan.

2 - Mantera
Mantera yang mengisahkan seorang anak muda yang mempunyai kuasa luar biasa. Mantera bermaksud Manusia Jentera atau Man Transformable Exo-Robotic Armor. Ia membabitkan perselisihan dua kumpulan robotik seperti mana cerita Transformers dan Iron Man. Mempertaruhkan dua wajah yang masih baru dalam industri perfileman tanah air sebagai tunjang utama iaitu Tomok dan Shiqin Kamal, filem ini kini menjalani proses pasca produksi membabitkan penggunaan imej janaan komputer (CGI).

Pemenang musim ketiga One In A Million (OIAM) ini yang memegang watak hero yang bernama Azman dan Syiqin, artis baru yang membintangi filemLagenda Budak Setan pula menjadi heroin filem ini iaitu Deena.

 1 - Cicakman
Cicak-Man mengisahkan seorang anak muda, Hairi (Saiful Apek), secara tidak sengaja menelan seekor cicak yang sedang dalam proses ujikaji di makmal. Dia dan rakan karibnya, Danny (Yusry), bekerja di syarikat milik Profesor Klon (Aznil Nawawi), di Bandar Metrofulus. Akibat kejadian itu, Hairi dapat merasa perubahan dalam dirinya. Dia mula bersikap seperti seekor cicak yang berupaya memanjat dinding, luka yang cepat sembuh dan cekap menggunakan lidahnya yang panjang.

P/S : Not Bad jugak superhero di Malaysia ye

3 Comments

Apa Kata Anda?

  1. suka xxray..yg lain2 tu mengarut je..huhu

    ReplyDelete
  2. mesia style. hihihi. sesetenah tu mengarut ja. ;)

    ReplyDelete
  3. Tombiruo bukan superhero ke?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post