5 Keputusan Penuh AJL28 Kemenangan Besar Hafiz Suib..!!!

Anugerah Juara Lagu ke 28 akan berlangsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil. Para peminat muzik tanah air boleh menyaksikan majlis ini secara langsung di TV3 atau laman web www.anugerahjuaralagu.com. Mengangkat tema Game On yang boleh dilihat menerusi montaj, pakaian, cahaya lighting dan konsep keseluruhan pertandingan pada kali ini. Seramai 12 finalis berentap mempamerkan persembahan terbaik bagi menggondol anugerah yang dipertandingkan.


Diacarakan oleh pengacara baru bagi pentas AJL Scha Al Yahya & AG menggantikan pengacara Charyl Samad & Faizal Ismail. Sebanyak 5 kategori dan 1 kategori online yang bertanding pada malam tersebut dan keputusannya telah diadili oleh juri professional terkemuka seperti edrie Hashim, Helen Yap dan Azmeer selakuu ketua juri dan keputusannya..

 1. Persembahan Terbaik #AJL28 
Hafiz Suib - Bahagiamu Deritaku
Persembahan dengan berlatarkan suasana sayu ranting-ranting pokok ditambah dengan kekuatan vokal yang ada pada Hafiz berjaya mendapat tempat di hati peminat. bilamana kategori persembahan terbaik ini dinilai daripada hasil undian penonton. 

Hafiz Membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai Rm10,000 beserta sebuah trofi ajl.

2. Vokal terbaik #AJL28 
 Jaclyn Victor - Ikut Rentakku

Persembahan vokal jaclyn Victor yang hadir ke pentas bersama back up vokal power daripada Adibah Noor, Atilia, Salamiah hassan menerusi lagu Ikut Rentakku berjaya membawa pulang RM10,000 beserta sebuah trofi AJL.

3. Tempat Ketiga #AJL28 
Awi Rafael Ft. Altimet - Kalau Aku Kaya
Gandingan duet yang membuahkan hasil Awi Rafael & Altimet berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai Rm12,000 dan sebuah trofi.

4. Tempat Kedua #AJL28 
Hyper Act - Hanya Aku
Pertama kali memasuki Anugerah Juara ternyata  membuahkan hasil apabila Hyper Act berjaya  memenangi tempat kedua dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai Rm15,000 dan sebuah trofi.

 5. Juara Lagu #AJL28 
Hafiz - Bahagiamu Deritaku
 
Memang tidak dapat disangkal lagi kehebatan penyanyi yang lahir dari Program Realiti Akademi Fantasia 7 ini. Hafiz menang besar malam itu apabila dinobatkan sebagai juara lagu bagi ajlyang ke 28 dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM35,000 dan sebuah trofi dikongsi bersama komposer & penulis lirik.

P/S : Tak rugi siapa yang vote masa dalam AF dulu...berbaloi2

Anugerah Juara Mobile xPax
Hafiz - Bahagiamu Deritaku
Anugerah yang menobatkan lagu yang banyak didownload..

#terimakasih atas sokongan anda semua. Teruskan tweet/instagram #ajl28 anda.. Hashtag  #ajl28 menjadi trending worldwide di laman twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post