Keputusan Penuh Pemenang Kilauan Emas 4 Konsert Mega Akhir - Part 2

Minggu lepas menyaksikan 2 peserta sudah mendapat tahu nasib mereka selepas pulang sebagai pemenang tempat keempat dan kelima. Minggu ini pula menyaksikan 3 lagi bakal berentap bagi menentukan juara bagi Kilauan Emas musim ke 4 (2014) dalam pentas konsert Mega Akhir

Setiap peserta dikehendaki menyampaikan dua buah lagu, satu lagu pilihan dan satu lagu duet bersama artis. Nak tau dengan siapa mereka berduet dan siapa pemenangnya...


Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar dimana mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu menyanyi secara Solo, Medley dan Duet bersama penyanyi berpengalaman.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Ella, Dato` M.Nasir, Jamal Mirdad, Mamat Khalid dan Dato` Hattan.

#Ben menyampaikan dua buah lagu duet bersama Alyah dengan lagu Hati Ini Telah Dilukai & Sketsa Sebuah Cinta yang pernah dipopularkan oleh May di Konsert Mega Akhir#KilauanEmas4.

Persembahan #Arip dengan lagu Di Pintu Mahligai. dan lagu kedua nyanyian secara medley dengan lagu Aku Tak Bisa dan Hakikat Sebuah Cinta.

Cinta Satu & Salam Terakhir persembahan #Zain. Hebat serta vokal yang mantap. Pasangan duet #Zain dan Ramlah Ram menyampaikan lagu Susah Senang Kita Bersama.
 
Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.
Dan keputusannya...


Anugerah Khas Juri dimenangi oleh #ARIP#KilauanEmas4#OtaiMasihBerbisa


Tahniah kepada pemenang tempat ketiga iaitu#BEN. Tempat ketiga diberikan kepada Ben atau Benasil Kudong, menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi, pakej percutian ke Bandung.

 
Tahniah! Naib Juara #KilauanEmas4 dimenangi oleh #ZAIN . Konsert Mega Akhir #KilauanEmas4 #OtaiMasihBerbisa
 Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Tahniah! Juara #KilauanEmas4 dimenangi oleh #ARIP. Konsert Mega Akhir #KilauanEmas4 #OtaiMasihBerbisa

Walaupun pada mula2 undian sangat kurang minggu ke minggu meningkat arip memang juara.....Peserta kegemaran ramai Arip atau Omar Sharif Mat Din, 42, menepati ramalan apabila bergelar juara Kilauan Emas 4 (KE 4) yang berlangsung di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil pada malam Rabu. 
 
Peserta berasal dari Raub, Pahang itu menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.

Arip turut menerima Anugerah Khas Juri kerana terpilih sebagai peserta yang menambat hati juri dengan persembahannya dan turut membawa pulang RM10,000 sebagai hadiah.

Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.
 
P/S : Tahniah pada semua pemenang... Pertama kali ni Finale ada 2 minggu...

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post