15 Senarai Penuh Peserta Maharaja Lawak Mega 2014 Kembali Menggeletek

Program realiti tv komedi Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali lagi untuk musim 2014. Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) menjanjikan aksi komedi yang lebih hebat, lebih mantap dan persaingan yang lebih sengit.
  
Waktu Siaran Maharaja Lawak Mega 2014

Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, 10.00 malam bermula 14 November 2014 diAstro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika juga Mustika HD (Saluran 134) dan Astro on-the-go (Warna).

 


Penghakiman Maharaja Lawak Mega 2014



Sistem penghakiman MLM 2014 masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri profesional dan 30 peratus daripada undian SMS penonton. Terdapat 4 orang juri tetap iaitu Dato' Jalaludin Hasan dan Nur Fazura dari Malaysia, Taufik Batisah dari Singapura dan Farah Quinn dari Indonesia.

Selain itu, Dato’ AC Mizal juga diumumkan kekal sebagai pengacara untuk Maharaja Lawak Mega 2014. 

10 Layak Secara Automatik manakala 16 Perlu Lalu Kerusi Panas dan 5 kumpulan yang telah terpilih menerusi saingan gelanggang Kerusi Panas (Hot Seat).

Maharaja Lawak Mega diakui sebagai pentas terulung yang mengangkat kehebatan pemain komedi terbaik di rantau ini, jadi jom kita selongkar senarai para peserta finalis Maharaja Lawak Mega 2014

Setiap minggu para peserta akan dikritik oleh pengkritik dari pelbagai genre hiburan yang berbeza menampilkan Fazura, Taufik Batisah (Singapura), Farah Quinn (Indonesia) dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Senarai Peserta Fast Lane

1. Virus– Tauke, Pak Yus dan Zizan
Gandingan baru melibatkan kumpulan jambu bersama zizan membentuk kumpulan Virus setelah Johan mengambil keputusan berehat selepas memenangi pertandingan Super Spontan.



2. SYJ – Jihan Muse, Yassin dan Shuk
Pengacara dan pelawak yang meningkat naik Jehan Muse berganding bahu bersama rakan seperjuangan  sama seperti siri Maharaja Lawak Mega yang lepas shuk dan yassin.  Pastinya tahun ni memberikan saingan sengit kepada peserta-peserta lain.

3. Sepahtu – Jep, Shuib dan Ilya
Kumpulan Sepahtu kini berganding bahu bersama Ilya, ahli asal kumpulan senario menggantikan tempat Rahim.

  4. Shiro – Ajak dan Shahrol
Shiro masih kuat berdua dan kekal bersama pasangan ajak dan shahrol.

5. Sayot – Zam Jr, Filzah, dan One 
 Kumpulan Sayot merupakan pemenang dari rancangan Skool of Lawak yang disiarkan di TV3, mendapat fast lane dalam siri Maharaja Lawak Mega apabila ditempatkan sebagai finalis.

6. Nabil
Nabil tampil solo pada Maharaja lawak Mega 2014. Nabil bolehhh

7. Kepoh – Izu, Pian dan Kamal 
Pemenang Juara dari rancangan Bintang Mencari Bintang Kepoh juga mendapat tiket fast lane apabila tersenarai sebagai finalis dalam siri Maharaja Lawak Mega 2014 kalini


8. Jalor – Along, Rahim dan Joey
Along buat julung kalinya tampil dalam Maharaja Lawak Mega tanpa gandingan serasinya di layar perak, Angah berganding bersama Rahim bekas anggota sepahtu dan Joey pada siri Maharaja Lawak Mega 2014 


9. Bocey – Acey, Abam dan Fad
Bocey..tampil bertiga dan serasi bersama gandingan Abam, Acey dan Fad.

10. Comey – Suhaimi dan Rophie
Seroundd serounddd...roppie kumpulan cecupak berganding bersama pasangannya dari siri MLM lepas Suhaimi

Senarai Peserta Dari Kerusi Panas 

11. Ekzos – Jon LNJ, Raja Azri dan Lie (Kumpulan Cuit)

12. Sayot  - JamJR , Filzah & One 

13. Wala – Lopz dan Wan

14. Samurai – Arin, Man (Raja Lawak) dan Acong

15. Shake – Amirullah, Bell Ngasri dan Haszmi

Siapakah yang bakal merebut juara Maharaja Lawak Mega 2014? Sama-sama kita nantikan


Hos Maharaja Lawak Mega 2014

 AC Mizal

Barisan Juri Maharaja Lawak Mega 2014

Datuk Jalaluddin Hassan
Nur Fazura
Taufik Batisah (Singapura)
Farah Quinn (Indonesia)

Waktu Siaran Maharaja Lawak Mega 2014
Setiap Jumaat mulai 17 Februari 2017
10.00 malam
Siaran Langsung di Astro Warna saluran 132 dan Astro Mustika HD saluran 134

Hadiah 
Juara : wang tunai RM500,000 berserta trofi 
Naib Juara :  RM250,000 berserta trofi.
Tempat Ketiga :  Wang Tunai RM150,000 
Tempat Keempat : Wang Tunai RM50,000 
Tempat Kelima : RM25,000  

----------------------------------

GRAND FINALE


Dari kiri, Kumpulan Zero (juara), Sepahtu (naib juara) dan Nabil (ketiga) bergambar bersama trofi kemenangan selepas diumumkan pemenang Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

 
Keputusan Pemenang
Juara : Zero
Naib Juara : Sepahtu 
Ketiga : Nabil
Keempat :  Shiro
Kelima : Bocey 



Kredit : Maharaja Lawak

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post