10 Buah Pulau Terbesar Di Dunia Mengikut Keluasan KM Persegi

Agak-agaknya pulau apa yang terbesar sekali di dunia ya? sering tertanya bila setiap kali lihat peta dunia ? Mungkin inilah dia jawapan bagi pertanyaan anda tentang pulau-pulau terbesar di Dunia





10. Ellesmere island


Luas : 2,166,086 km²
Wilayah: Kanada

Pulau Ellesmere adalah bhaagian dari Daerah Qikiqtaaluk wilayah Kanada Nunavut. Terletak dalam Kepulauan Arktik Kanada dianggap bahagian dari Kepulauan Ratu Elizabeth, dengan Cape Columbia menjadi titik paling utara tanah di Kanada. Terdiri luas 196.235 km2 (75.767 sq mi), menjadikannya kesepuluh di dunia dan pulau terbesar di Kanada pulau terbesar ketiga. Arktik sistem gunung Cordillera meliputi sebagian besar Pulau Ellesmere, sehingga yang paling bergunung-gunung di Kepulauan Arktik Kanada. Willow Kutub Utara adalah satu-satunya spesies kayu tumbuh di Pulau Ellesmere


9. Victoria Island
Luas : 217.291 Km²
Wilayah: Kanada

Pulau Victoria merupakan salah satu dari Kepulauan Arctic Kanada di Nunavut dan Teritori Northwest, Kanada. Ini merupakan salah satu pulau terbesar di dunia, dan dengan ukuran 217,291 km persegi menjadikannya pulau kedua terbesar di Kanada, dua kali besarnya Newfoundland. Sepertiga bahagian barat dari pulau ini merupakan bahagian dari Inuvik, Teritori Northwest dan lebihannya merupakan bahagian dari Kitikmeot, Nunavut. Selat Lebar Melville terletak di sebelah utara, dan Kanal Clintock serta Selat Victoria di sebelah timur. Bahagian Teritori Northwest berlanjut ke daratan di seberang selatan, Selat Pease. Di barat terdapat Gurun Amundsen dan Pulau Banks.

8. Great Britain


Luas : 219.000 Km²
Wilayah: Eropah

Britania Raya adalah sebuah pulau yang terletak di lepas pantai Eropah Barat sebelah barat laut. Pulau ini memiliki luas 218.595 km² dan secara keseluruhan merupakan wilayah Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland Utara. Di pulau ini terletak empat negara bersekutu bahagian atau wilayah negara kesatuan ini iaitu: Scotland, Ireland Utara, Britain dan Wales.

Great Britain disebut Great untuk membezakan dengan Britain yang lain iaitu région Bretagne di Perancis. Nama Great Britain berasal dari bahasa Perancis Grand-Bretagne. Dan kerana bahasa rasmi pemerintahan Inggeris bermula dari tahun 1066 adalah bahasa Perancis, maka nama ini dipakai terus sampai bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi semulao leh sejarawan bernama “Bretayne the grete” dipakai pada tahun 1338. Namun secara rasmi nama ini baru dipakai oleh Raja James I (James VI of Scots and I of England and Ireland) pada 20 Oktober 1604. Kala itu ia menyatakan sumpah bahawa ia adalah “Raja Great Britain” dan tidak hanya “Scotland” dan “Ireland” saja sebab Wales juga termasuk wilayahnya.

7. Honshu Island


Luas : 227.414 Km²
Wilayah: Jepang

Honshū (本州) adalah pulau terbesar Jepun. Ia terletak di selatan Hokkaido, utara Shikoku di seberang Laut Dalam Negeri, dan timur laut Kyushu di seberang Selat Shimonoseki. Jika diukur dengan seluruh dunia, Honshu merupakan pulau terbesar ketujuh di dunia dan pulau terpadat kedua di dunia setelah Jawa.

Panjang Honshu sekitar 1.300 km dan lebarnya bervariasi antara 50 hingga 230 km. Jumlah keluasan wilayahnya adalah 230.500 km², sekitar 60% total luas wilayah Jepun. Garis pantainya sepanjang 5.450 km.

6. Sumatera


Luas : 425.000 Km²
Wilayah: Indonesia

Sumatera (juga dieja Sumatra) yang terletak di Indonesia, merupakan pulau keenam terbesar di dunia, dengan keluasan 443.065,8 km2. Penduduk pulau ini sekitar 42.409.510 orang (2000). Di Sumatera pernah terdapat kerajaan Samudera (sekarang Aceh). Kononnya pada kunjungannya ke pulau tersebut Ibnu Batutah (cendekiawan Islam asal Morocco) selalu melafalkan kata Samudera menjadi Sumatera, semenjak saat itu nama Sumatera dikenal luas sebagai nama pulau tersebut.

Selain dikenali dengan nama Sumatra, pulau tersebut dikenali dengan nama pulau Andalas dan Suwarnadwipa. Suwarnadwipa bererti “pulau emas”. Naskah Negarakertagama dari abad ke-14 menyebut “Bumi Malayu” untuk pulau ini.


5. Baffin Island




Luas : 507.451 Km²
Wilayah: Kanada

Pulau Baffin (bahasa Inuktitut: Qikiqtaaluk ) adalah salah satu dari Kepulauan Artik di wilayah Nunavut, bagian utara Kanada. Ia merupakan pulau terbesar di Kanada sekaligus pulau kelima terbesar di dunia, dengan luas 507.451 km². Pada 2004, penduduknya berjumlah 11.000 orang. Nama pulau ini diambil dari nama akhir penjelajah Britania, William Baffin

4. Madagascar Island

Luas : 587.041 Km²
Wilayah: Madagascar

Secara geologi, Madagascar berada pada pulau yang terpisah dari benua utama Afrika. Pertama kali terpisah dari anak benua India, pulau ini bergerak makin mendekati benua itu. Pulau ini adalah daratan tua, sama seperti Australia, sehingga tanahnya kahat bahan mineral akibat tiada aktiviti volkano. Kebanyakan tanahnya berwarna merah, menunjukkan keadaan tanah yang telah melapuk.

Akibat isolasi ratusan juta tahun tersebut, flora dan fauna Madagascar sangat khas dan banyak spesies endemik ditemui di sana. Keadaan ini seakan-akan terjadi kepada Pulau Sulawesi.

3. Borneo (Kalimantan)
Luas : 743.330 Km²
Wilayah: Indonesia, Brunei dan Malaysia

Kalimantan adalah sebuah pulau yang terletak di sebelah utara Pulau Jawa dan di sebelah Barat Pulau Sulawesi. Terbahagi kepada tiga negara iaitu Brunei, Indonesia dan Malaysia.

Selalunya pulau ini secara keseluruhan disebut Borneo sedangkan wilayah Indonesia disebut Kalimantan, lalu wilayah Malaysia disebut Sarawak dan Sabah. Selain itu terdapat juga kesultanan Brunei. Pada zaman dahulu, Borneo adalah nama yang dipakai oleh kolonial Inggeris dan Belanda, sedangkan nama pulau Kalimantan digunakan oleh penduduk Indonesia. Dalam bahasa Indonesia dahulu, Kalimantan Utara adalah sebutan untuk Borneo Utara (Sabah), tetapi dalam pengertian sekarang Kalimantan Utara adalah Kalimantan Timur bahagian utara.

Jadi keluasan Kalimantan meliputi seluruh pulau Borneo, sedangkan dalam istilah Kalimantan hanya mengacu pada wilayah Indonesia.

2. Papua And New Guinea



Luas : 890.000 Km²
Wilayah: Indonesia dan Papua Nugini

Pulau Papua atau Irian atau Guinea Baru (Bahasa Inggeris: New Guinea) adalah pulau terbesar kedua di dunia yang terletak di sebelah utara Australia.

Pulau ini dibahagikan kepada dua wilayah yang bahagian baratnya dikuasai oleh Indonesia dan bahagian timurnya merupakan negara Papua New Guinea. Istilah “Papua” digunakan untuk merujuk kepada pulau ini secara keseluruhan. Nugini berasal dari kata New Guinea, nama yang diberikan oleh orang Barat, yang di-Indonesiakan. Mereka dahulu berpendapat bahawa tanah Papua mirip Guinea, sebuah wilayah di Afrika. Jadi mereka sebut Guinea baru. Istilah “Papua” sekarang juga digunakan untuk merujuk kepada provinsi di Papua bagian barat yang dikuasai oleh Indonesia, iaitu Papua dan Papua Barat. Di pulau ini terletak gunung tertinggi di Indonesia, iaitu Puncak Jaya (5.030 m).

1. Greenland 


Luas : 2.175.600 Km²
Wilayah: divisi otonomi Denmark

Greenland adalah sebuah pulau di Atlantik bahagian utara di arah timur laut Kanada. Luas wilayahnya adalah 2,166,086 km² dan merupakan pulau terbesar di dunia. Pulau ini termasuk wilayah Kerajaan Denmark. Sejak tahun 1979, Greenland diberi kemandirian dan sejak tahun 1985 tidak lagi menjadi anggota Uni Eropah. Bandar utama Greenland adalah Nuuk.

Sekian.

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Kalau boleh susun ikut dari bawah ke ataslah,kalau orang dah baca no.1 dulu apa gunanya nak tahu lagi no.2 dan seterusnya,orang kalau menang pertandingan pun umum bermula no.3 baru no.2 dan seterusnya,harap perbaiki

    ReplyDelete
Previous Post Next Post