10 Destinasi Penginapan Bulan Madu Terbaik Di Malaysia...!!!

Sebut sahaja destinasi berbulan madu, kita akan terbayangkan bersantai di tepian pantai atau setidak-tidaknya makan malam di hotel di bawah cahaya lampu. Bukan terhad di pantai atau pulau sahaja,
tren berbulan madu kini semakin berubah dan pilihan aktiviti serta lokasi sama ada di gunung-ganang,

tanah tinggi ataupun bermalam di dalam hutan. Santai kali ini memaparkan cadangan beberapa lokasi
sesuai untuk anda berbulan madu selepas majlis perkahwinan nanti.

1. Casabrina Vacation Villa
Villa penginapan 6 bintang berlatarbelakangkan hutan dara ini menyediakan perkhidmatan berkelas dunia  dan terletak 1400 kaki di atas bukit.
Alamat: Lot 1460, Jalan Tras,
Mukim Tras, 27600 Raub, Pahang Darul
Makmur.
Tel: 6016-980 3222


2. Hotel Shangri-La’s Rasa Ria
Berhampiran hutan simpan dengan pasir putih Pantai Dalit, anda dan pasangan boleh menikmati  keindahan  atahari terbenam yang pastinya membuat anda berdua berasa tenang.
Alamat: Pantai Dalit
89208 Tuaran,Sabah.
Tel: 0 88- 792 888

3. Casa del Rio, Melaka
Terletak berdekatan Sungai Melaka, hotel butik ini mewah dengan dekorasi cantik hasil gabungan Mediterranean styles dan sentuhan Peranakan Baba Nyonya. Melihat sungai Melaka yang mengalir, menambahkan mood yang tenang bagi setiap pasangan.
Alamat: 88, Jalan Kota Laksamana
75200 Melaka.
Tel: 06 -289 6888

4. Four Seasons Resort, Langkawi
Dikelilingi 99 buah pulau di lautan Andaman, resort mewah yang terletak di Pantai Tanjung Rhu ini menampilkan gabungan senibina Asian, India dan elemen Arab dalam salah satu 90 vila yang ada.
Alamat: Jalan Tanjung Rhu, 07000
Langkawi, Kedah.
Tel: 04- 950 8888

5. Tanjong Jara Resort
Terletak di Dungun, Terengganu dan berhadapan dengan pantai serta Laut China Selatan. Setiap bangunan  an ruang dalaman resort ini bermotifkan bangunan ekslusif istana-istana kesultanan Melayu.
Alamat: Tanjong Jara Resort Batu 8, Off Jalan Dungun
23000 Dungun, Terengganu.
Tel: 09 - 845 1100

6. Avilion Admiral Cove
Bayangkan anda dan pasangan menikmati makan malam sambil menunggu matahari terbenam  di hotel mengadap kapal mewah, Catamaran. Lakukan juga aktiviti menarik seperti bersantai di hadapan deck kapal yang luas terbentang.
Alamat: 5 ½ mile, Jalan Pantai, 71050 Port
Dickson
Tel: 06-647 0888

7. Philea Resort and Spa
Merupakan log resort terpanjang dan terbesar terletak di Bandar Melaka. Dengan suasana tenang dilatari  suasana hutan jelas menggamit perhatian pasangan yang cintakan alam.
Alamat: Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Tol,
75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel: 06- 2333 399


8. Belum Rainforest Resort
Merupakan resort eko pelancongan yang tersohor. Berlatarbelakang panorama indah hutan
Belum dan alam semulajadi yang belum terusik, tentunya menjadikan bulan madu anda penuh bermakna.
Alamat: Pulau Banding
33200 Gerik, Perak.
Tel: 05- 7916800

9. Resort Colmar Tropical, Berjaya Hils
Suasana dingin yang mendamaikan, hotel ini indah dengan deretan kedai-kedai kecil yang dibina bercirikan senibina perkampungan Colmar di Alsace, Perancis.
Alamat: KM48, Persimpangan Bertingkat
Lebuhraya Karak, 28750 Bukit Tinggi, Bentong,
Pahang
Tel: 09- 288 8888

10. Kampung Air Bukit Merah Laketown Resort
Terletak di Bukit Merah Laketown Resort, lokasi taman tema ini turut menawarkan kemudahan penginapan  atas air. Anda dan pasangan boleh melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak resort.
Alamat: Jalan Bukit Merah, Semanggol, Bukit Merah,
34400 Taiping.
Tel: 05- 8908 888

Menarik bukan.. Tidak perlu jauh-jauh untuk percutian bulan madu, kerana di dalam negara juga sudah terdapat banyak tempat2 menarik yang pastinya memenuhi selera anda..

Kredit : Maskulin

3 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post