Artikel dari Yahoo! Finance mengenai senarai 10 jenama paling berkuasa di dunia. Maklumat ini adalah berdasarkan kajian dikeluarkan oleh sebuah syarikat perunding jenama, Interbrand pada 16 September 2010. Nilai syarikat yang tersenarai ini adalah dalam juta USD$
1. Coca-Cola $70,452,000,000
2. IBM $64,727,000,000
3. Microsoft $60,895,000,000
4. Google $43,557,000,000
5. GE $42,808,000,000
6. McDonald's $33,578,000,000
7. Intel $32,015,000,000
8. Nokia $29,495,000,000
9. Disney $28,731,000,000
10. H-P $26,867,000,000
Semestinya, pencipta dan pencetus idea bisnes gergasi ini menjadi jutawan kerana ideanya juga berkembang selari dengan kemajuan dan kemodenan dunia hari ini. Dari sudut yang lain, siapakah yang menyumbang ke arah kekayaan konglomerat ini? Sebahagian wang yang kita belanjakan barangkali sudah berada dalam poket mereka. Selagi mana kita memerlukan idea mereka, selagi itulah kita harus membayar untuk mendapatkannya dan mereka akan bertambah kaya saban hari. Bagaimana pula dengan masyarakat kita? Mampukah kita menghasilkan produk dengan idea sehebat dan sebesar idea mereka?