15 Chef Selebriti Popular Yang Sering Muncul Di Kaca TV Malaysia

Mereka bukan sahaja terkenal kerana kepakaran mereka dalam bidang masakan, malah turut dikenali apabila wajah mereka sering muncul di kaca televisyen bagi mengendalikan program masakan.



Jom kita selongkar senarai beberapa selebriti chef yang boleh dikatakan cukup popular di kalangan masyarakat tempatan.

1. Chef Wan
Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan merupakan satu nama yang cukup terkemuka dalam bidang masakan. Lebih 30 tahun menceburi dunia kulinari, Chef Wan bukan saja terkenal di Malaysia, malah juga di peringkat antarabangsa. Bapa kepada dua orang anak ini mendapat ijazah bersekutu dalam Latihan Chef Profesional dan Pengurusan Hotel dari Akademi Kulinari California. Pada tahun 2009, Chef Wan telah diberikan anugerah Selebriti Chef Terbaik Dunia di Anugerah Gourmand Cookbook.

Selain menjadi chef, beliau juga merupakan seorang pelakon, penulis serta pernah mengacara pelbagai program masakan antaranya ‘Ole Ole Chef Wan’, ‘The Kuali Cook Show’ dan beberapa program masakan antarabangsa seperti ‘A Taste of Australia with Chef Wan’ (Australian ABC Network), ‘Flavours of Asia’ (Prime 12, Singapore), ‘Market Kitchen’ (UK Food Network), ‘Flavours of the World’ (TV4, Sweden) dan ‘Chef Wan and Gino’s Specials’ (Orge TV, Norway).

Rancangan TV:
Ole Ole Chef Wan
The Kuali Cook Show
Wan Terbaik (Saluran Makanan Asia)
Usik-usik Chef Wan (TV9)
Famili Ceria (NTV7)


2. Chef Florence Tan
Chef Florence Tan merupakan nama yang cukup tidak asing lagi dalam dunia masakan terutamanya dalam masakan Baba Nyonya. Minat dalam bidang masakan sejak umur enam tahun lagi, Chef Florence Tan pernah menuntut ilmu dengan Dato’ Lim Bian Yam, seorang Masterchef yang sangat disegani di International School Of Home Cooking.

Beberapa tahun kebelakangan ini Chef Florence berkerjasama dengan Chef Ismail menyediakan biskut Raya untuk dijual di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur. Lebih 45 tahun pengalaman dalam bidang masakan, Chef berasal dari Muar, Johor ini telah mengacarakan banyak program masakan antaranya “Dapur Nyonya”, “Kesuma”, “Kuali”, “Simply Delicious”, “Aroma” dan “Seri Murni”.

Rancangan TV:

Kuala
Dapur Nyonya

 

3. 
Chef Liza Zainol
Chef Liza Zainol yang sememangnya diakui mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang kulinari sehingga membawa beliau menjelajah ke seluruh dunia dalam bidang yang dicintainya untuk mempromosikan pelbagai masakan dan juga produk makanan.

Rancangan TV:
Jom Masak Bersama Sri Murni (TV3)
Selera Ramadan Bersama Vita Oil (RTM)
Duta Jenama: Minyak Jagung Daisy



4. Chef Zubir
Bagi peminat rancangan ‘Masterchef Malaysia’, pasti kenal salah seorang jurinya yang dikenali sebagai Chef Zubir. Walaupun tak mempunyai rancangan memasak sendiri, namun Chef Zubir mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang kulinari termasuk pernah bekerja sebagai Eksekutif Sous Chef di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur selain bekerja di hotel-hotel terkemuka lain di ibu negara. Memperoleh pendidikan dalam Diploma Latihan Chef di Institut Teknologi MARA pada tahun 1988, Chef Zubir turut memiliki restoran sendiri yang diberi nama Laman Grill.

Rancangan TV:
MasterChef Selebriti Malaysia (hakim)



5. Dato’ Chef Ismail
Nama Chef Ismail tidak asing lagi dalam dunia masakan tanahair. Celotehnya dalam rancangan memasak ‘Ala-Ala Kampung’ sememangnya menghiburkan. Pakar memasak makanan Melayu dan kampung, hasil air tangan Chef Ismail boleh dinikmati di restoran miliknya, Rebung.
Rancangan TV:
Aroma, Sri Murni, Kuih Raya (RTM1)
Hey Good Cooking, Wok and Roll, Makan Tap Diet (RTM 2)
Riang Ria Bersama Cornflakes, Jom masak Bersama Sri Murni (TV3)
Ala-Ala Kampung (Astro)
Yok Buat Kuih Raya! (Singapura)



6. Chef Zam
Walaupun penampilannya berubah begitu ketara selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik pada bulan September 2006, namun Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam masih orang yang sama yang bijak menghiburkan penonton dalam rancangan memasaknya seperti ‘Serimas… Selera Dunia’.

Mendapat pendidikan dalam bidang Perhotelan dan Restoran dari Universiti Johnson & Wales, Rhode Island, Amerika Syarikat, Chef Zam seronok berkongsi ilmu dengan menjadi pensyarah di Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Seni Kulinari, Kolej Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Rancangan TV:

Garam Gula
Citarasa Selebriti
Ole-ole Malaysia
Serimas…Selera Dunia
Aroma Selebriti
Chef Selebriti Realiti TV (Singapura)
Sajian Ramadhan 2008



7. Chef Kamarul
Pemilik nama Kamarul Hasni Che Rose ini mula dikenali selepas mengacarakan beberapa program masakan antaranya ‘Sarjan Saji’, ‘Selera’, ‘Baba’s Cubit’dan terbaru ‘Jemput Masuk, Cef!’.

Memiliki Sarjana Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa dari Universiti Griffith, Australia, Chef Kamarul pernah dianugerahkan sebagai Selebriti Chef Terbaik Malaysia di Anugerah Gourmand Cookbook bagi tahun 2010.


8. Chef Nik Michael
Chef Nik Michael Imran mula dikenali selepas menyertai pertandiangan Masterchef Malaysia musim pertama pada tahun 2011. Minat pengacara program ‘Tea Twist’ di Asian Food Channel ini dalam bidang masakan mula berputik sejak umurnya sembilan tahun lagi. Menjadikan bapanya, Datuk Nik Ezar Nik Bolia yang juga seorang chef sebagai inspirasi, Nik mula belajar memasak sejak berusia 15 tahun secara berperingkat-peringkat daripada bapanya.

Selain itu, duta jenama Tupperware Brands bagi produk peralatan memasak, 'TupperChef Inspire' ini juga banyak membuat rujukan daripada buku-buku dan internet. Baru berusia 24 tahun, anak kelahiran Australia ini sudah memiliki perniagaan sendiri apabila membuka restoran Picknik pada tahun 2012.

Rancangan TV:

Hello Bro, Tolong Masak (Astro Ria)
Remaja Ekstrem (TV9)
Bikin Panas (TV9)
Juadah Nik Michael, Tea Twist di Asian Food Network (AFN)
Makan Tengahari Bersama The Niks (RTM)
Dapur Kan Cheong (8TV)




9. Chef Sherson Lian
Wajahnya kacak, personalitinya di kaca TV menarik, serta dia fasih berbahasa Melayu. Enggan menggelar dirinya ‘chef’, Sherson Lian merupakan anak kelahiran Melaka yang mula dikenali menerusi rancangan memasak ‘5 Rencah 5 Rasa’. Selain itu, Sherson turut mengacarakan rancangan memasak ‘Great Dinners of the World’ dan ‘Reality Bites: Rise above with Style’ untuk saluran Asian Food Channel (AFC).

Akui dia tidak mempunyai pencapaian akademik yang baik, maka Sherson gigih menimba pengalaman dalam bidang kulinari di beberapa hotel dan restoran. Malah anak kacukan Cina dan Inggeris ini pernah menghadiri kursus jangka pendek di New Zealand dalam bidang kulinari.
 
Rancangan TV:
5 rancangan Rencah 5 Rasa (AFC)
Makan Malam Hebat Dunia (AFC)
Dapur Keluarga dengan Sherson (AFC)



10. Chef Anis Nabilah
Minatnya dalam dunia kulinari terbit sejak dari kecil apabila dia sering melihat dan membantu ibunya memasak. Seperti Sherson, Anis juga enggan menggelarkan dirinya ‘chef’ kerana menurut gadis kecil molek ini, sesiapa saja boleh memasak. Berkelulusan diploma daripada Food Institute of Malaysia, Anis tak ambil pusing kata-kata sinis masyarakat yang mengatakan dia hanya menjual rupa. Malah pengacara rancangan memasak ‘Icip Icip’ ini tak pernah putus asa membuktikan kebolehannya memasak.

Rancangan TV:
Icip-Icip (TV3)
Selera (TV3)
Enak Tradisi (TV1)
Sesedap Rasa (TV2)
Cerita Rasa Anis Nabilah (TV2)
1, 2, Bakar (TV3)
My Taste of Hong Kong (TLC Asia)
Makan Liar (AFC)
Eat Clean bersama Anis (Astro Ria)
Mencari Resipi Turun Temurun (TV9)
The Dream Sisters (TV9)
Kuala Bujang (HyppTV)
Ramuan Rahsia (TV1)



11. Chef Fikree
Mohd Fikree Najib Aznan atau mesra disapa chef Fikree merupakan selebriti chef yang serba boleh. Bukan sahaja pandai memasak tetapi jejaka ini juga merupakan bekas pelajar UiTM pulau Pinang yang berbakat besar dalam pengacaraan dan lakonan.

Rancangan TV:
Dapur Panas
Hello Bro, Tolong Masak
Ketuhar Wira
Aroma Tradisi
Dapur Cilik


   
12. Chef Riz
Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri memasuki dunia kulinari kerana ingin mengikuti jejak langkah ayahnya iaitu Chef Wan. Chef Riz pernah mencetuskan kontroversi apabila memalsukan kelayakan serta pengalaman kerjayanya ketika menjadi juri Masterchef Malaysia 2011. Selain menjadi jurucakap produk Prego, bekas suami kepada pelakon Ana Dahlia ini juga mempunyai sebuah restoran, 'Flavours' yang terletak di Bangsar.



13. Chef Jo

Moh Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo yang berusia 55 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling "senior". Bekas Presiden Persatuan Chef Malaysia ini juga pernah memegang jawatan penting di beberapa buah syarikat makanan di Malaysia termasuk sebagai Timbalan Pengarah F&B di Tradewinds Corporation Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebagai salah seorang ahli dalam Retail Advisory Council.

Chef Johari juga pernah diiktiraf sebagai pakar masakan dalam pelbagai acara seperti di WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London pada September 2011 dan #1 Culinary for the 7th ASEAN Skills Competition pada tahun 2008. Selain itu, Chef Johari terus mencurahkan ilmu masakannya kepada generasi muda melalui institusi pengajian tinggi seperti UiTM, Kolej Taylor, KDU dan Universiti Utara Malaysia.
Rancangan TV:
MasterChef Selebriti Malaysia (hakim)
Syoknya Rasamas
Jom Masak Bersama Sri Murni (TV3)
MAGGI Mencari Bintang Sensasi (TV3)
Nasi Goreng Beras Flora (TV3)
Raja Masak (TV3)
Suatu Hari Nanti (TV9)



14. Chef Adu Amran

Mula terkenal selepas menjadi juri bagi program MasterChef Malaysia dan aktif memasak di sosial media.

Rancangan TV:
MasterChef Malaysia (hakim)
MasterChef Selebriti Malaysia (hakim)
Versus 1001 Rasa Babas




15. Chef Ili Sulaiman
Khalisah "Ili" Sulaiman (lahir 26 Oktober 1985) ialah seorang chef, pengacara televisyen dan personaliti media Malaysia. Beliau dinobatkan sebagai pemenang Food Asia Hero 2015 oleh Asian Food Network (AFN) dan sejak itu, telah mengacarakan beberapa rancangan TV untuk AFN.

Rancangan TV:
Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili (Astro Ria)
Dimasak Rumah: Malaysia (AFC)
Kenduri Keluarga bersama Ili (AFC)
Tepi Laut Bersama Ili (AFC)
Confucius ialah seorang yang suka makan
Belanga Kacukan (TV Okey)
Food Asia Hero (pemenang)



Rindunya nak tengok aksi dan celoteh chef-chef memasak di kaca tv. walaupun tak buat tapi telatah itulah yang menghiburkan dan membuatkan penonton melekat sampai ke habis rancangan.
 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post