7 Trend Dunia Teknologi IT 2014..!!!

2014 bakal menjadi perjalanan yang lebih menggemparkan bagi dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) lebih-lebih lagi dengan pengenalan beberapa produk yang menakjubkan di Pameran Pengguna Antarabangsa (CES) 2014 baru-baru ini di Las Vegas. Dalam melakukan pemerhatian berkaitan perubahan teknologi yang kita lihat sejak setahun yang lalu, kami di @teknoderas mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pertumbuhan yang pernah berlaku sebelum ini apabila ia datang semula tiap-tiap tahun.

Berdasarkan trend yang kita lihat pada 2013,tidak keterlaluan jika dikatakan 2014 akan memperlihatkan teknologi baru yang lebih matang dan berkembang di luar jangkaan dengan apa yang kita bayang­kan hanya beberapa tahun yang lalu.

Artikel ini akan mengulas kebarangkalian trend yang akan melanda dunia IT pada 2014. Ramalan ini dibuat berdasarkan beberapa trend yang hangat melanda 2013 dan masih tidak kelihatan penghujungnya, mungkinkah trend yang sama juga akan mendominasi 2014? Mari kita lihat di bawah;

1. Harapan pengguna kepada keupayaan TV pintar

Penghantaran TV pintar dijangka mencapai 123 juta unit pada 2014, meningkat kira-kira 84 juta berbanding pada 2012.

Persoalannya, adakah kita bersedia untuk melihat ‘letusan’ pertumbuhan dalam industri ini?

Dalam pertengahan pertumbuhan ini, kita akan terus melihat persaingan sengit antara pemain utama seperti Samsung, Panasonic dan LG.

 Harga pula akan terus jatuh selari dengan keinginan pengguna yang banyak dan jangkaan kebolehan untuk menggunakan Netflix, Hulu, Amazon Instant Video dan pelayar web mereka menerusi TV di Malaysia yang bakal mewarnai dunia hiburan.

Sudah tentu perkembangan yang kita nantikan pada 2014 ini tertumpu kepada pengeluaran Apple yang jangkaannya lebih kepada iTV.

Kini iTV dilihat masih dalam peringkat awal pembangunan dan Apple mungkin sedang dalam proses membuat perjanjian dengan Time Warner untuk memudahkan pengaturcaraan pada peranti Apple.

Dikhabarkan peranti ini termasuk stream dalam iCloud, kebolehan dalam mengawal iPhone anda dan panel ultra LCD HD. Nantikan kemunculannya seawal musim panas 2014.

Teruskan Pembacaan..


2. Jam pintar akan menjadi ‘lebih pintar’

Daripada menarik keluar telefon pintar atau tablet anda untuk melihat e-mel, mesej dan kemas kini media sosial, kini anda akan menjeling saja jam tangan anda.

2014 menjadi tahun yang memerlukan perhatian kepada jam Google. Khabar angin mengatakan peranti disepadukan dengan Google Now yang bertujuan bagi memudahkan penyediaan maklumat bila dan di mana anda mahukannya, malah sebelum anda memintanya.

 Kita melihat jam tangan pintar menjadi semakin pintar, mempelajari berita apa dan berita terbaru yang dikemas kini untuk kita, bila-bila masa mahu mendapatkannya dan memberi respons yang lebih tepat dengan kawalan suara.

Bagi jam tangan pintar untuk berjaya, mereka perlu menawarkan sesuatu yang telefon pintar tidak mampu tawarkan, sama ada ini bererti pemberitahuan yang lebih intuitif atau kebolehan untuk belajar daripada aktiviti harian dan tingkah laku.

Sebagai contoh, memantau tahap degupan jantung, ia akan menjadi sesuatu yang menarik untuk dilihat.




3. Google Glass masih berada dalam mod ‘tunggu dan lihat’
Walaupun Google Glass masih belum dikeluarkan untuk orang ramai, kita sudah cukup biasa mendengar mengenainya untuk mengetahui bahawa ia masih ‘awal’ bagi teknologi ini.



Dengan anggaran 60,000 unit yang dijual pada 2013 serta beberapa anggaran jutaan unit pada 2014, ia masih mempunyai perjalanan yang panjang sebelum menjadi teknologi biasa bagi isi rumah.

Kaca mata yang kukuh bagi realiti ini membolehkan anda mengakses maklumat seperti e-mel dan mesej, mengambil gambar dan video bebas tangan dengan mudah menterjemahkan suara anda.

Kedua-dua Google Glass 2.0 dan pendampingnya iaitu Glass App Store perlu dikeluarkan untuk orang ramai pada suatu masa pada 2014.

Berhati-hati untuk persaingan dalam pasaran ini terutamanya daripada pemain utama seperti Samsung.

Kita akan melihat lebih banyak lagi persaingan yang bertujuan menembusi pasaran khusus seperti sukan dan penjagaan kesihatan.

4. Aplikasi dan kegunaan lain bagi Apple TouchID akan muncul 



Buat pertama kalinya, keluaran iPhone membuatkan keselamatan cap jari secara terus menjadi satu realiti. Potensi bagi tek­nologi ‘Touch ID’ ini benar-benar perlu diberi perhatian dan kami percaya, ia satu realiti yang tidak dapat dielakkan.

Touch ID yang menggunakan kamera beresolusi tinggi untuk mengimbas cap jari anda, membolehkan keselesaan yang ultra ‘selamat’ bagi iPhone anda.

Pada masa ini, teknologinya adalah terhad. Satu-satunya kegunaan yang sebenar adalah dengan membuka iPhone anda dan membuat pembelian di stor aplikasi.

Kami meramalkan teknologi ini akan dimasukkan ke dalam produk Apple lain tidak lama lagi.

Malah, ada kemungkinan kita juga akan melihat Touch ID disepadukan bersama produk MacBook pada lewat 2014.

Kami juga meramalkan Touch ID, walaupun tidak bebas ‘bug’ akan digunakan bagi tujuan lain, contohnya untuk penyepaduan dengan sistem keselamatan rumah, perisian akses kata laluan dan membuat pembayaran untuk barangan runcit.



5. Xbox One dan PS4, antara hiburan dengan permainan video


Konsol permainan baru iaitu Xbox One dan PS4 akan meningkatkan lagi tahap kesepaduannya bersama sambungan pemain sosial media yang lain.

Pemain boleh memiliki pengikut, bekerja bersama untuk mencapai matlamat dalam permainan dan teknologi baru akan membolehkan pemain mempunyai kemahiran yang sama untuk bersaing.

PS4 sudah dikeluarkan pada 15 November lalu tetapi masa depannya seperti mengesan kedua-dua pengawal dan muka pemain serta pergerakan bagi tujuan permainan yang lebih intuitif hanya akan berlaku tahun ini.

Selain daripada permainan yang hebat, sistem ini juga memberikan pengalaman hiburan yang jauh lebih integratif.

Sebagai contoh, melakukan pertukaran TV, permainan, muzik dan sukan, anda juga boleh membuat dua atau mungkin tiga aktiviti sebelah menyebelah atau dengan mudah beralih ke belakang dan sebagainya.



6. Pencetakan 3D akan mula merevolusi pengeluaran 
Kita akan melihat peningkatan besar dalam populariti percetakan 3D tahun ini bersama dengan kejatuhan dramatik harga.

Kebolehan untuk mencipta kepelbagaian lapisan produk ‘yang sebenar’ cukup menakjubkan!

@teknoderas akan memerhati pergerakan produk ringkas yang dihasilkan berdekatan dengan rumah dan penyesuaian yang hebat dengan kemudahan pembuatan.

 

Ia pasti berlaku apabila pembuatan dalam negara seperti di China menjadi kurang tarikan dan kurang menguntungkan untuk perniagaan yang memberikan kos penghantaran yang tinggi dan pengurusan kontrak luar negara atau kontrak yang diuruskan di luar negara.

Bagaimanapun, mungkin ia tidak menjangkakan perubahan ini akan mencapai kesan penuh pada 2014, namun begitu kami percaya perniagaan ini akan bermula dengan pertimbangan berkenaan bagaimana ia memberi kesan kepada pelan pengeluaran atau penghasilan pada 2015 dan seterusnya.



7. Penggunaan carian berasaskan suara akan membuat­kan pencarian menjadi lebih tepat dan intuitif

Ia sudah berada dalam teknologi seperti Siri dan Google Voice tetapi tidak terlalu popular memandangkan ia kurang peka dan tidak membaca fikiran anda dengan baik.

Namun, berkemungkinan besar akan terdapat carian berasaskan suara yang baru ditambah carian lebih peka seperti Google Now dan Siri dengan matlamatnya untuk mendapatkan maklumat yang intuitif dihantar kepada anda, kebiasaannya sebelum anda sendiri memintanya.

Peralihan ini memperlihatkan bahawa anda bukan lagi mencari maklumat yang aktif, sebaliknya hanya menjadi penerima atau menerima maklumat secara pasif di peranti anda.

Projek carian bahasa seperti Hummingbird yang diperkenalkan Google diperluaskan pada 2014.

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post