Senarai 10 Pelakon Berentap Sebagai Penyanyi Dalam Gempak Superstar..!!!

Seramai 10 orang pelakon tanah air menyahut cabaran untuk menyanyi dalam program terbaharu terbitan Astro, Gempak Superstar.

Program berkonsepkan pertandingan nyanyian ini disertai lima pelakon lelaki iaitu Nazim Othman, Sofi Jikan, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamarudin dan Arja Lee, manakala lima pelakon wanita pula terdiri daripada Tasha Shilla, Raja Ilya, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim dan Siti Elizad.


Gempak Superstar Rancangan baru astro

http://selongkar10.blogspot.my/2016/04/10-senarai-pelakon-berentap-sebagai.html 
 Nantikan #GempakSuperstar di Astro Ria dan Ria HD

Teruskan Selongkar...


http://selongkar10.blogspot.my/2016/04/10-senarai-pelakon-berentap-sebagai.html
 Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, program kali ini bakal memperlihat bakat terpendam pelakon-pelakon tanah air dalam bidang nyanyian.

"Sedikit kelainan untuk program kali ini apabila para peserta terdiri daripada pelakon tanah air.

"Mereka dipilih berdasarkan bakat dan kebolehan mereka untuk menyanyi.


 1. Arja Lee
Kalau sebelum ni arja Lee sememangnya seorang penyanyi. Pernah menyertai beberapa rancangan nyanyian tempatan sebelum ni.

http://selongkar10.blogspot.my/2016/04/10-senarai-pelakon-berentap-sebagai.html
Rupa, lakonan dan nyanyian #Arja Lee pasti sama-sama macho.

Teruskan Selongkar...

2. Dazrin
http://selongkar10.blogspot.my/2016/04/10-senarai-pelakon-berentap-sebagai.html
 Dah biasa berlakon, kini #Dazrin bakal biasakan diri dengan menyanyi.


3. Siti Elizad
http://selongkar10.blogspot.my/2016/04/10-senarai-pelakon-berentap-sebagai.html
 Tergoda dengan lakonan Siti #Elizad? Mungkin anda akan tergoda dengan nyanyiannya pula

4. Izreen Azminda
http://selongkar10.blogspot.my/2016/04/10-senarai-pelakon-berentap-sebagai.html
 Lakonan #Izreen sentiasa menghiburkan. Bagaimana pula dengan nyanyian?

5. Nazim Othman
http://selongkar10.blogspot.my/2016/04/10-senarai-pelakon-berentap-sebagai.html
 Siapa agaknya yang bakal terpikat dengan nyanyian #Nazim Othman selain daripada lakonannya?


6. Ryzal Jaafar
http://selongkar10.blogspot.my/2016/04/10-senarai-pelakon-berentap-sebagai.html
 Berlakon, sudah. Kini tiba masa #Ryzal untuk tonjolkan bakat nyanyiannya.

 7. Soffi Jikan
http://selongkar10.blogspot.my/2016/04/10-senarai-pelakon-berentap-sebagai.html
Adakah nyanyian #Soffi sehebat lakonannya?


8. Tasha Shilla 
http://selongkar10.blogspot.my/2016/04/10-senarai-pelakon-berentap-sebagai.html
Tasha Shilla juga turut pamer bakat menyanyi


9. Raja Ilya
Anda bakal terpukau dengan nyanyian dari Raja #Ilya dalam #GempakSuperstar

10. Sherry Ibrahim
Sherry juga bakal menyanyi.

"Sama seperti program realiti lain, mereka juga perlu melalui uji bakat yang diadakan sebelum dipilih untuk memasuki program ini," katanya ketika ditemui pada sidang media Gempak Superstar bertempat di Live House, Kuala Lumpur.
Tambah Raqim lagi, empat nama besar selaku barisan tenaga penasihat iaitu Datuk Ramli MS selaku pengarah muzik dan vokal, Datin Marlia Musa, Pat Ibrahim (penasihat drama) dan Hanafi Rosdi (penasihat koreografi) untuk membantu serta memberi bimbingan kepada para peserta.

Dalam pada itu, program tersebut juga bakal menyaksikan gandingan pelakon popular @sharnaazahmad dan @schaalyahya sebagai pengacara.

Program ini menggunakan sistem pemarkahan 50 peratus oleh juri tetap dan 50peratus lagi adalah berdasarkan undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Undian secara online juga boleh dilakukan menerusi laman web www.gempaksuperstar.com.my mulai 4 April 2016.



Rata-rata feedback yang diterima amat menggalakkan tapi tidak kurang juga yang negatif
Rsakma0109 about 12 hours ago Gempakkkkk!! Respek sumer artis coz they 'dare' take the challenge   Mereka bkn calang2 artis, they have high reputations in the this industry.. Thumbs Up All!! Suara tu bole lg polish.. Tok Ram ada, jgn risau..   Pengacara pun 'Woww'

Gempak Superstar akan bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 10 April 2016 secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Updated

Pelakon Siti Elizad diumum sebagai juara program Gempak Superstar musim pertama yang berlangsung di Pinewood Studio, Johor Baru, malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Saifuddin, 32, membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000, beserta trofi sumbangan Astro.


Siti Elizad juara Gempak Superstar, Sherry tempat kedua dan Arja Lee di tempat ketiga.  
 
 
Pada pertandingan yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) itu menyaksikan pelakon itu menyanyikan lagu berjudul Ketulusan Hati dan Makhluk Tuhan Paling Seksi.  
 

Tempat kedua dimenangi oleh pelakon, Sherry Ibrahim dengan menyampaikan lagu berjudul Janji Manismu dan Tak Ada Logika sekali gus membawa pulang wang tunai RM25,000 dan sebuah trofi.

Sherry turut menerima Anugerah Terlajak Gempak Superstar.


Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Arja Lee dengan membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi.

Sementara itu, pelakon Soffi Jikan dan Nazim Othman terpaksa berpuas hati apabila diumum menduduki tempat keempat dan kelima. 
Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.
Sistem penjurian pada malam kemuncak ini mewakili 50 peratus undian penonton manakala selebihnya daripada undian pihak juri profesional.
   
Juara: Elizad (RM100,000 + Trofi)
Naib Juara: Sherry Ibrahim (RM25000 + Trofi)
Tempat Ketiga: Arja Lee (RM15,000 + Trofi)
Tempat Keempat: Sofi Jikan (RM10,000 + Trofi)
Tempat Kelima: Nazim Othman (RM5,000 + Trofi)
Anugerah Khas Terlajak Gempak: Sherry Ibrahim

Tahniah, Elizad diumumkan sebagai juara program Gempak Superstar musim Pertama.

4 comments

Aliza said...

# SETUJU DGN KAK OGY..

"saya bukan bahan di sini.. sy disuruh hadir utk menjadi juri.. kalau tak boleh trima kritikan... jgn masuk contest dikk"

WIN!!!!

Haida Halim said...

On TV... tukar2 channel.. skali tgk channel astro yg siarkan Gempak superstar.. yg ada pelakon2 jadi penyanyi tu..

Hurm. Bintang RTM aku rasa is much better org2 yg di bawa bertanding even aku bukanlah pengikut rancangan siri televisyen...

#silajanganbuatrancangansampah

Fans said...

Tahniah buat Elizad yang diumumkan sebagai juara program Gempak Superstar musim pertama!

Scandello Shippuden said...

#astro... mohon berhenti la progrem ni..... semua tak boleh nyanyi..... bile aku dengar mcm dengar bilik karoke diva dan alibaba jerk 🙉 ....... kesian kat dato syukri taja bende yg tak buat pulangan duit....... suara budak kecik super star lg sedap ..... wak mustar nyanyi pon lagi sedap.... 🎤 kalo nak buat masuk kan la pelakon yg blh nyanyi mcm tizz zakiah, syukri yahya, diana daniel, yana samsudin , shazery sam, fathia , baru la berentap .......

Powered by Blogger.