Perkahwinan 14 Selebriti Malaysia Sepanjang Tahun 2016

Artis-artis dan selebriti Malaysia yang berkahwin sepanjang Tahun 2016. tahun ini Menyaksikan ramai selebriti Malaysia yang berkahwin atau mendirikan rumah tangga bersama insan yang mereka sayang dan cintai.

Jadi Jom kita selongkar perkahwinan 14 pasangan selebriti sepanjang tahun 2016.



Perkahwinan tersebut termasuklah perkahwinan yang mendapat tajaan jutaan ringgit hinggalah ke perkahwinan selebriti yang sederhana.

Apa yang pasti, terukir senyuman bahagia di bibir mereka ketika hari bahagia.

Berikut merupakan pasangan yang berkahwin pada tahun ini:

1. Amyra Rosli & Amar Baharin


Pasangan ini mengikat tali pernikahan pada 11 November lalu. Majlis pernikahan diadakan di Hotel Premiera dan Amyra menerima wang hantaran sebanyak RM50, 000 daripada Amar. Mempelai ini kemudian diraikan dalam tiga majlis resepsi berbeza iaitu majlis sebelah pihak perempuan di lokasi sama akad nikah, kemudian majlis di pihak pengantin lelaki diadakan di Bright Star Banquet Hall, Ampang serta sebuah majlis khas ditaja peminatnya yang diadakan di Singapura.


2. Saharul Ridzwan & Deena Emir

Selepas membiarkan peminat dan media tertanya-tanya siapakah cinta hatinya, aktor Saharul Ridzwan dengan secara tiba-tiba mengumumkan dia bakal berkahwin. Dia dan isterinya Deena Emir telah diijabkabulkan pada 16 September lalu di di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

3. Nazim Othman & Bella Dally


Dengan sekali lafaz, pasangan ini selamat bernikah pada 10 September lalu di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah. Pasangan ini bertunang setahun sebelum mendirikan rumahtangga. Mereka diraikan dalam sebuah majlis resepsi sebelah pengantin lelaki yang diadakan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor
Bahru.

4. Shaheizy Sam & Syatilla Melvin


Setelah beberapa kali menafikan percintaan mereka, akhirnya pasangan ini akui mahu berkahwin dan diijabkabulkan pada 8 Februari 2016 di Pulau Pinang. Perkahwinan mereka mendapat tajaan tertinggi iaitu sebanyak RM25 Juta. Mereka diraikan dalam dua majlis resepsi iaiti di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang dan di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.


5. Akim & Stacy


Setelah penyanyi Stacy memeluk Islam pada Ogos 2015, dia dan Akim akhirnya bernikah pada 5 Februari tahun ini di di Hotel ShangRiLa, Tanjung Aru, Kota Kinabalu dan majlis persandingan mereka juga berlangsung pada malam hari yang sama serta di lokasi sama.

6. Shah Iskandar & Siti Sarah


Pelakon Shah Iskandar memilih gadis dari Singapura yang bernama Siti Sarah untuk menjadi isterinya pada 16 Januari lalu. Majlis akad nikah yang diadakan di The Ballroom @East Coast, Singapura, menyaksikan pelakon itu menyerahkan wang hantaran sebanyak RM30 000. pasangan diraikan di Shah Alam pada 16 April 2016.

7. Aliff Aziz & Dayang Nabella


Penyanyi Aliff Aziz dan Dayang Nabella telah bernikah dalam majlis tertutup pada 9 September lalu. Namun majlis resepsi mereka diadakan dengan meriah pada Menara Top Glove, Setia Alam keesokan harinya.

8. Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada


Pelakon Hafidz Roshdi selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Nurul Shuhada di rumah pihak perempuan, Perlis pada 30 April 2016. Pasangan ini kemudian diraikan dalam majlis resepsi selang enam bulan mereka berkahwin iaitu pada 15 Oktober 2016 di Astana Wedding Place & Function, Shah Alam.

9. Hafiz Suip & Nureffy Jasreel


Penyanyi lagu Awan Nano ini selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada Nureffy pada 14 Mei 2016. Majlis nikah diadakan pada 10.30 pagi di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak. Pada sebelah malam pula, pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi Hotel Pullman Kuching, Sarawak.

10. Jihan Muse & Ungku Hariz


Sembilan tahun menyulam kasih, akhirnya Jihan sah bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz hanya dengan sekali lafaz pada 20 Mac lalu dalam majlis pernikahan yang diadakan di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam. Pasangan selebriti ini memilih tema tradisional klasik bagi majlis persandingan mereka yang diadakan pada 27 Mac 2016.

11. Nas- T & Atita Haris

Pasangan ini sah sebagai suami isteri pada 29 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada pukul 7.30 pagi di Surau Al-Ikhlas, Subang Jaya.

 12. Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah


Pasangan pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakandi kediaman pengantin perempuan pada 16 Julai lalu. Resepsi mereka diadakan keesokkan harinya di Dewan Melor, Bandar Baru Bangi, Selangor.


13. Angah Raja Lawak & Amira Asyura 


Setelah 10 tahun menduda, akhirnya pelakon dan pelawak Angah Raja Lawak selamat menamatkan zaman dudanya dengan gadis pilihan berusia 21 tahun. Dengan sekali lafaz Angah selamat bergelar suami kepada Amira Asyura di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Homes Resort, Ayer Keroh pada 19 Februari lalu.


14. Shahrol Shiro & Anna Danisha


Shahrol Shiro selamat menamatkan zaman dudanya bersama gadis pilihan hati, Anna Danisha pada 18 Mac lalu. Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Jemerlang, Kampus INTAN Wilayah Selatan, Kluang, Johor.

Tahniah diucapkan kepada semua mempelai..

Untuk pautan perkahwinan artis tahun-tahun sebelumnya, Klik Link






Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post