18 Artis & Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Sepanjang 2019

Artis dan Selebriti Malaysia yang mendirikan rumah tangga sepanjang tahun 2019. Saban tahun, bukan kita-kita ini saja yang berlumba-lumba mahu membina masjid, para selebriti pun tidak melepaskan peluang membina mahligai impian.


Sememangnya menjadi perhatian dan tumpuan netizen memperkatakan apa yang dipakai, tema apa yang bakal diangkat pasangan di majlis resepsi yang mana mungkin boleh dijadikan inspirasi bagi perkahwinan akan datang.
Jadi jom kita selongkar perkahwinan artis dan selebriti sepanjang tahun 2019

1. Elfira Loy & Faris Khairol Anuar 
1 jan 2019



Pelakon Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan tunangnya, Khairol Faris Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk, pada hari ini (1 Januari 2019) dalam sebuah majlis tertutup.

2. Ameer Forteen & Siti Nur Naja’a Shamsul Karam
1 Mac 2019



“KAMI berkenalan di Instagram dan siapa sangka, hari ini, dia menjadi isteri saya yang sah,”.
Itulah kata penyanyi, Ameer Forteen yang petang tadi sah diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Nur Naja’a Shamsul Karam, 24, dengan sekali lafaz.

Ameer, 29, atau nama sebenarnya Mohd Arif Ameerais Azhar berkata, majlis ijab kabul itu hanya dihadiri rakan terdekat dan keluarga kedua-dua belah pihak.

3. Fasha Sandha & Aidil Aziz
30 Mac 2019

Dengan sekali lafaz, Fasha Sandha sah bergelar isteri Aidil Aziz. Pasangan tersebut selamat disatukan di Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail, Kangar, sekitar jam 8.30 Pagi




Foto : Rizman Ruzaini

4. Bella Dally & Arif Izuddin Mohd Rafzali
31 Mac 2019



Bella Dally selamat bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga ahli perniagaan, Arif Izuddin Mohd Radzali, 34, dengan sekali lafaz, yang diadakan di Marina Putrajaya, jam 9.55 pagi tadi.

Bella, 28, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally dinikahkan jurunikah Wan Mohd Adlan Wan Salleh, Pendaftar Pernikahan, Ceraian dan Rujuk, Wilayah Persekutuan.

Pada majlis itu, Bella menerima mas kahwin RM1,000 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan sembilan dulang. Wang hantaran pula dirahsiakan.

5. Nelydia Senrose & Mohd Hafez Halimi

6 April 2019



Nelydia Senrose, 24, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, dengan sekali lafaz pada jam 3.28 petang. Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran dan dibalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan.

6. Ally Iskandar  & Marlina Ibrahim


Pengacara Ally Iskandar Mohd Mardzi melangsungkan pernikahan dengan wanita dikenali sebagai Marlina Ibrahim, semalam selepas hampir tiga tahun menduda. Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu sah menjadi suami kepada wanita kelahiran Temerloh, Pahang itu dengan sekali lafaz.
Pada majlis itu, Ally, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskah al-Quran.

7. Ali Sariah (Masdo) & Natasha Nur Ain 
8 Ogos 2019



Vokalis band Kugiran Masdo, Ali Sariah dikhabarkan telah selamat bernikah dan menamatkan zaman bujangnya dengan sekali lafaz. Berita tersebut dikongsi oleh pentadbir akaun media sosial dengan memuat naik foto pernikahan.

8. Adriana Adnan & Harez Hazim Hazrin
Pelakon dan pengacara Hlive, Adriana Adnan selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya Harez Hazim Hazrin jumaat 30 Ogos 2019



9. Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana
2 September 2019





SELEPAS lapan tahun berkenalan, pelakon Nadzmi Adhwa selamat bernikah dengan pasangannya yang juga pelakon, Ardell Aryana pada jam 5.31 petang hari ini di kediaman Ardell di Seri Kembangan, Selangor. Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid al-Muttaqin, Ustaz Mohd Hafiza Hafiz Baharuddin dengan sekali lafaz.

Mula rapat selepas bertemu dalam drama bersiri Namaku Bedah pada 2015, Nadzmi menyerahkan dua dulang hantaran dan senaskhah al-Quran dibalas dua oleh Ardell.

10. Zamani & Nur Juliana 
Penyanyi



Dengan sekali lafaz, penyanyi Zamani Ibrahim, 48, selamat bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani, 36, dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur. Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

11. Sufi Rashid & Nurulain Md Yusof



Selepas mengikat tali pertunangan pada pada penghujung tahun lalu, hari ini penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid telah selamat bergelar suami kepada pasangannya. Sufi dan isteri, Nurulain Md Yusof dengan sekali lafaz di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Pasangan ini telah dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan dan berlangsung dalam suasanan sederhana.

Pada majlis tersebut, Nurulain telah menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 beserta mas kahwin dalam dolar Singapura iaitu $300 (RM910) dan juga sebentuk cincin.

12. Rizman Nordin & Nurida Suraya
13 September 2019
Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin telah sah bergelar suami kepada Nurida Suraya pada tanggal 13 September 2019 dan majlis akad nikah telah diadakan di ruang acara Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur. Detik bersejarah buat pasangan ini turut dihadiri keluarga tersayang, kenalan rapat dan rakan artis.

Dalam pada itu, Rizman telah menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan. Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah kelengkapan busana yang dikenakan pasangan ini. Kelihatan segitu ringkas, cantik dan segak bergaya.


13. Eyra Hazali & Muhammad Haziq Nadzli
Pelakon & Penjaga Gol JDT



Dengan sekali lafaz, pelakon, Eyra Hazali, 20, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli, kita-kira jam 9.35 malam, 1 november. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli, dengan disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Jamel Jaafar di Masjid As-Syakirin KLCC,

Pada majlis berkenaan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.

14. Sarah Hildebran & Otto Gillen
3 Nov 2019



PELAKON dan pengacara terkenal, Sarah Hildebrand, 29, sah bergelar isteri kepada pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, dengan sekali lafaz di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, jam 10.25 pagi, 3 november 2019.

Pasangan itu selamat dinikahkan Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan dengan disaksikan bapa saudara pihak perempuan, Mohd Nasir dan Haizairi Hashim.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.


15. Nazrief Nazri &  Aizatul Akma
Finalis Hero Remaja 2011/2012 & Model Hijab



Dengan sekali lafaz, pelakon Nazrief Nazri sah bergelar suami kepada model, Aizatul Aqma Hamdan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur. Nazrief atau nama sebenarnya, Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 28, diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Aizatul Aqma, 25, oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Kuala Lumpur, Saiful Hamizi pada pukul 6.10 petang.

Pada majlis tersebut pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 berserta wang hantaran sebanyak RM15,000.

16. Dato Seri Eizlan Yusof & Natasha Rosa Boudville

12 Disember 2019

Kredit Foto : CstProduction

Selepas empat tahun menduda, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof akhirnya berkahwin dengan wanita mualaf berketurunan Serani, Natasha Rosa Boudville yang berusia 29 tahun pada 12 Disember ini. Pasangan ini sudah berkenalan sejak empat tahun lalu dan Eizlan terbuka hati untuk berkahwin dengan wanita itu selepas tertarik dengan perwatakan kelakarnya. Dia tidak menafikan kehadiran Natasha membuatkan hidupnya lebih bahagia.


17. Ain Edruce & Amirul Hafiz Mustaffa

13 Dis 2019
Kredit Foto : The Fillea Studio

Dengan sekali lafaz, pengacara dan pelakon, Ain Edruce, 27, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, jam 9.11 malam pada majlis akad nikah yang berlangsung di Quill City Mall, di sini.

Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM888, selain tiga dulang hantaran berbalas lima.

18. Fara Hazel & Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin

20 Disember 2019





PENYANYI Fara Hazel selamat melangsungkan pernikahan dengan suaminya Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Terengganu. Majlis akad nikah itu telah diadakan di Sireh Junjung Banquet Hall, The Strand Mall, Petaling Jaya dan telah dihadiri keluarga dan rakan rapatnya.

Kamal menyerahkan mas kahwin sebanyak RM400 kepada Fara disertai sembilan dulang hantaran berbalas 11 dari pihak perempuan. Wang hantaran yang diberikan pula adalah sebanyak RM20,000.
Terdahulu, Fara dan Kamal mengadakan majlis pertunangan pada 6 Julai 2019.

19. Farah Nabilah &  Mohammed Amirul Yunus
20 Disember 2019


Kredit Foto : Instagram Farah Nabila


AKTRES terkenal, Farah Nabilah, 27, selamat bergelar isteri kepada Mohammed Amirul Yunus, 28, pada jam 9.04 malam 20 dis 2019. Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Farah dan Amirul yang berlangsung di Royale Chulan Damansara itu dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Farah dan Amirul telah dinikahkan oleh bapanya, Datuk Saipuddin Ahmad yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Ustaz Hj Mastori Hj. Marsidi. Pengantin perempuan telah menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran.Pihak pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan turut dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Tahniah! Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Saya doakan semoga berbahagia dunit akhirat. Jaga diri hiasi peribadi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post