22 Senarai Perkahwinan Artis & Selebriti Malaysia Sepanjang Tahun 2023

Tahun 2023 menyaksikan ramai selebriti menamatkan zaman bujang, selain ada juga kembali mendirikan rumah tangga selepas perkahwinan sebelum ini gagal.


Ada juga di antara selebriti yang berkahwin membuat kejutan apabila berjaya merahsiakan hubungan cinta mereka sebelum berkongsi berita perkahwinan mereka.

Jadi jom kita selongkar perkahwinan Artis / Selebriti Malaysia sepanjang tahun 2023
 
1. Nad Zainal & Ungku Ismail
Pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video berpakaian pengantin serba putih sambil berpegangan tangan di masjid selain berkongsi tarikh 23 Januari 2023.

 

2. Tom & Fuad Rahman
Penyanyi Fuad Rahman dan Tom selamat bernikah di Batam, Indonesia. 
Untuk makluman, detik percintaan mereka, Fuad tidak menyangka apabila jodoh mereka yang sebelum ini terhenti di tengah jalan kembali bertaut semula selepas sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).


3. Rashidi Ishak & Wan Hasliza
Pelakon Rashidi Ishak, 50, kembali bergelar suami dan berkahwin dengan pengarah drama Kampung People iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin. Meninjau akaun Instagram anaknya Maryam Rashika, Rashidi mengenakan baju Melayu putih ringkas namun kelihatan segak.

 

4. Nomad & Farah Wahida
Penyanyi lagu Tetap Menantimu, Nomad, 35, selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Farah Wahida Hassan, 40. Nomad atau nama sebenarnya, Nur Mohd Alieff Ayub berkata, dia bersyukur sudah bergelar suami walaupun berasa sedikit janggal apabila dirinya kini dipanggil suami kepada Farah Wahida.  

 

5. Aiman Tino & Che Syarah Haifa
Penyanyi Aiman Tino sah menjadi suami kepada pasangan pilihannya iaitu Che Syarah Haifa Che Isa, 24, dengan sekali lafaz pada kira-kira pukul 5.41 petang, Khamis di dewan Astana, Shah Alam.Aiman atau Muhammad Aiman Yusri dinikahkan oleh Penolong Pendafatar Nikah, Cerai & Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Azri Ahmad kamil Al Hafis berwakil walikan abang Syarah iaitu Che Fariz Che Isa.

Pada majlis tersebut penyanyi berusia 25 tahun itu turut memberikan mas kahwin sebanyak RM5,000 berserta seutas gelang emas kepada isteri tercinta.


6. Esma Daniel & Nur Atira Mazlan
Dengan sekali lafaz, pelakon Esma Daniel menamatkan zaman duda selepas selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Nur Atira Mazlan dalam sebuah majlis di kediaman pengantin perempuan di Kajang. Kongsi Esma, 54, mereka dinikahkan oleh bapa mentuanya, Mazlan Abdul Malik.

Esma menyerahkan sebentuk cincin emas berlian dan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Atira.
Dalam majlis tersebut juga, Esma menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.


7. Hafeez Mikail & Azira Azman
Pelakon, Hafeez Mikail, 31, kini sah bergelar suami kepada pasangannya, Azira Azman dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Changkat Telang, Hulu Langat.

Dalam hantaran di Instagramnya, Hafeez berkongsi beberapa gambar dan video majlis akad nikah yang berlangsung


8. Yuna Rahim & Suami
Dengan sekali lafaz, pelakon Yuna Rahim selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati iaitu Muhammad Nurakmal Ayub dalam sebuah majlis di Hotel Royale Chulan, Damansara. Pasangan berkenaan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Rahim Awang dan bersaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhammad Nazmi Abd. Samad.

Yuna atau nama penuhnya Shafiqah Husna Abdul Rahim, 27, menerima mas kahwin sebanyak RM300 daripada Nurakmal, 27, berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada pihak pengantin lelaki.


9. Janna Nick & Dini Schatzmann
Pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann akhirnya menamatkan teka-teki apabila melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup di sebuah resort terkemuka di Langkawi, 10 jun.
Dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini Azan Schatzmann, 29, bergelar suami kepada Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 28, tepat jam 8:35 pagi.

Dini dan Janna dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar


10. Mizz Nina & Essam Muhammad
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina mengumumkan berita gembira selepas melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Essam Muhammad.

Majlis pernikahan Mizz Nina atau Shazrina Azman, 43 tahun, dilangsungkan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga serta sahabat terdekat yang dipercayai diadakan di luar negara.


11. MK K Clique & Siti Hajaar
Dengan sekali lafaz, anggota kumpulan K-Clique, MK sah bergelar suami kepada gadis pilihan hati, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, pada majlis pernikahan di Masjid Jami'il Huda, Kampung Melayu Ampang di sini, pada jam 9.35 pagi.

MK atau nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami'il Huda, Mahdi Mat Zain berwalikan bapa pengantin perempuan, Datuk Sri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad. Pada majlis itu, MK memberikan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran dirahsiakan.


12. Shuib & Watie Hanifiah
Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, dengan hanya sekali lafaz dalam majlis ijab kabul yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam sekitar 8.47 malam Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh abang pengantin perempuan Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor, Ustaz Zubairi .
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh. Sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.
 
Usahawan itu turut ditemani empat cahaya matanya iaitu Uwais Alqarni; 12, Dzahira Talita Zahra; 10, Ariq Matin; 8, dan Ayash Affan berusia dua tahun.


13. Alif Muhaimin & Nur Fatin Alisa
PELAKON Alif Muhaimin sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Nur Fatin Alissa Azam, 21, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.59 pagi pada Sabtu. Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada majlis yang diadakan di Ghazi House, Hulu Langat, Selangor.


14. Cat Farish & Shikin Maembong
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Cat Farish sah bergelar suami kepada pasangannya, Shikin Maembong, jam 9.07 malam 14 julai. Cat atau nama sebenarnya, Farish Ramli, 49, dan Shikin atau Siti Nur 'Ashikin Ismail, 40, diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Asiana Grand Hall, Setapak, dengan mas kahwin RM200.

Majlis akad nikah disempurnakan jurunikah, Ustaz Mohd Shukri Shafie dari Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota, di sini, dan diwalikan bapa Shikin, Ismail Embong. Pihak pengantin perempuan menghantar lima dulang hantaran dan berbalas tiga dulang daripada pihak pengantin lelaki.




15. Fadlan Hazim & Aiya Mukhamedsalova
Dengan sekali lafaz, pelakon Fadlan Hazim selamat bergelar suami kepada wanita asal Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini kira-kira pada pukul 10.27 pagi 15 julai.


16. Ubai & Shila Amzah
Penyanyi Shila Amzah, 33 selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25 dengan sekali lafaz pada 5 ogos 2023 di Boathouse Ampang. Majlis akad nikah telah dijalankan oleh bapa Shila, Datuk Amir Amzah atau ND Lala di majlis bertemakan rona putih.

 

17. Intan Najuwa & Dato' Ahmad Azraf bin Azman
Tahniah Datin Intan Najuwa, selamat pengantin baru! Intan Najuwa, 26, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Dato’ Ahmad Asraf Azman, 39, dengan sekali lafaz pada jam 6.45 petang tadi.
Dalam majlis yang bertemakan empat unsur alam ini, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan juga hantaran bernilai RM222,000.Angka 2 menjadi pilihan sebagai lambang tempoh 2 tahun perkenalan antara Intan dan juga Dato Mohd Asraf.


18. Noh Hujan & Fatin Athira Mustapa
Selepas empat bulan menjalin pertunangan, Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Athira Mustapa dalam sebuah majlis tertutup yang dipercayai diadakan di sebuah dewan perkahwinan sekitar Selangor.


Sabri Yunus & Angeline Tan
Pelakon dan pengarah tersohor, Sabri Yunus selamat mendirikan rumah tangga dengan aktress, Angeline Tan dalam satu majlis tertutup. Sabri berkata, mereka sudah tiga tahun merancang untuk mendirikan rumah tangga namun menunggu kesediaan Angeline untuk memeluk Islam.

 

Amylea Azizan & Mohammad Aqbar 

Penyanyi Amylea Azizan, 37, kini bergelar isteri kepada pegawai bomba dari Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad, 40, namun enggan mendedahkan tarikh pernikahan. Dengan sekali lafaz, Amylea dan Mohammad Aqbar atau Ash disatukan pada majlis akad nikah di rumah keluarga Amylea di Sungai Petani, Kedah.

Dalam majlis secara tertutup, Amylea menerima mas kahwin berupa senaskhah al-Quran, telekung dan hantaran bernilai RM8,888.Angka itu dipilih sebagai lambang cinta infiniti dua pasangan sejoli itu.


Nabila Razali & Nik Iruwan
Penyanyi, Nabila Razali. 31, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz. Pasangan mempelai itu dinikahkan Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah pada majlis yang berlangsung di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.

Pada majlis bertemakan English Garden itu, Nabila atau nama sebenar, Nur Nabila Mohd Razali menerima mas kahwin bernilai RM22.50 manakala wang hantaran dirahsiakan.

 

Hafidz Roshdi & Athira
Hafidz mengesahkan bernikah dengan Athira di sebuah premis acara di Glenmarie, Shah Alam, pada jam 8.15 malam tadi dengan sekali lafaz.

"Athira cinta pertama saya. Kami berkawan sejak berusia 15 tahun dan pernah bercinta. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah beri peluang untuk saya jadi suami sekali lagi. Insya-Allah, saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik.

  

Syafie Naswip & Afiqah
Pelakon Syafie Naswip telah pun sah bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Nor Afiqah, pagi tadi. Tahniah Syafiq & Afiqah, moga perkahwinan ini kekal hingga ke hujung hayat amin ya rabb

 



Tahniah diucapkan kepada mempelai..
Semoga berbahgia sehingga ke akhir hayat.
 


Imbasan perkahwinan Artis & Selebriti Malaysia terdahulu, Ikuti pautan ini


Klik Sini : Sorotan Perkahwinan Artis Sepanjang Tahun 2022




Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post