18 Perkahwinan Artis & Selebriti Malaysia Sepanjang Tahun 2020

Mahligai gading yang terbina sepanjang tahun 2020 menyaksikan ramai pelakon dan juga selebriti tanah air mendirikan rumahtangga.

 

1. Elly Mazlein & Azlan Che Noh
18 Jan 2020, 9.00 mlam PWTC Kuala Lumpur

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 40, sah bergelar isteri kepada lelaki pujaan hati, Mohamad Azlan Che Noh,30, dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Putra World Trade Center, Kuala Lumpur tepat jam 9.09 malam dengan lima berbalas tujuh hantaran.

Elly dan suami telah dinikahkan oleh bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah dan disaksikan Abdul Manaf dan Mohd Akmaluddin dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan emas.


Foto: Faridism




2. Sasha Saidin & Sirhan Wahad 
20 Jan 2020
Selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, Sasha Saidin, 43, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Sirhan Wahab, 42, di sebuah premis acara di sini, pada jam 9.28 malam. Pasangan itu dinikahkan adik Sasha, Zain Saidin di hadapan ahli keluarga. Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran bernilai RM10,000.

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite, pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003. Namun, mereka bercerai empat tahun kemudian. Pada 2007, Sasha menikahi warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.


Foto: Eizairi Shamsudin (HMetro) 

3. Emma Maembong & Muhammad Shazli 
20 Feb 2020

PELAKON terkenal Emma Maembong, 27 tahun, sah bergelar isteri kepada juruterbang Muhammad Shazli Azhar, 32 tahun, selepas dinikahkan 20 feb 2020. Pernikahan Emma dan Muhammad Shazli diadakan secara tertutup di sebuah premis di Bukit Damansara, sekitar pukul 12 tengah hari.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz, berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong. Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani menerima mas kahwin sebanyak RM2,000 dan senaskhah al-Quran daripada suaminya.  Tarikh nikah (20.02.2020) juga sangat cantik, dan kenapa tidak kami abadikan sebagai detik hari bahagia saya dan suami.


Foto : Ezuwan Ismail

4. Aiman Hakim Redza & Zahirah MacWilson
20 Feb 2020
Pelakon cantik Zahirah Macwilson, 25, sah bergelar isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, 31, dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam 20 feb di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara. Pasangan itu dinikahkan bapa kandung Zahirah, Zainol Macwilson. Zahirah menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.


Foto : Glamhall


 
5. Tasha Shila & Muhammad Atiq
Baru saja mengikat tali pertunangan selama seminggu, pelakon Tasha Shilla dan Muhammad Atiq Idris mengambil keputusan untuk menghalalkan hubungan mereka itu. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung dengan lancar dan ringkas di Masjid Wilayah Kuala Lumpur dengan mas kahwin sebanyak RM800.00 tunai. Dengan sekali lafaz, Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada seorang pakar kewangan dan pasangan ini telah diijabkabulkan pada 28 Februari 2020 sekitar jam 10.00 pagi.

Kredit Foto : mahligaicintatv3
 
6. Mamat Sepah & Diana
Pelawak dan selebriti Mamat Sepah selamat menikahi wanita pilihannya yang merupakan seorang anggota polis. Dalam majlis yang dilangsungkan di Kulai, Johor 1 mac 2020.



7. Dira Abu Zahar & Syfik Izdzywan Sidek
Selepas setahun berkenalan, Dira Abu Zahar, 36, selamat melangsungkan pernikahan dengan ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek, 46, di Melaka, hari ini. Dengan sekali lafaz, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar sah bergelar isteri kepada Syfik di Masjid Al Azim, Melaka, pada jam 10.30 pagi. Dira menerima mas kahwin RM1,000 serta menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang dari pihak lelaki. Manakala, jumlah wang hantaran dirahsiakan.


8. Joe Flizzow (Johan Ishak) &  Marini Ramlan
Tahniah diucapkan kepada Mr President @flizzow dan isteri @ninimarini yang selamat melangsungkan pernikahan pada hari jumaat 26 Jun selepas ditangguhkan gara-gara PKP April lalu. Berkenalan sejak 15 tahun lalu, Joe dan Marini mula menjalin hubungan serius sejak 2016.
Pasangan itu bertunang Disember 2019 lalu.

 
Kredit Foto : @misdeeds_


9. Mohd Faris Zakaria (Soloz) & Maryam Rahim
Siapa kaki gaming pasti akan mengenali Soloz atau nama sebenarnya Mohd Faris Zakaria yang merupakan seorang pemain Mobile Legends yang sangat popular di Malaysia selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihan hatinya Maryam Rahim di Sungai Petani, Kedah.

 
10. Miera Liyana & Roslan Othman
Pelakon Miera Leyana selamat manamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota 27 julai. Dengan sekali lafaz, Miera 27, bergelar isteri kepada Roslan Othman. 

Pasangan tersebut diijabkabulkan oleh bapa Miera sendiri, Datuk Seri Kasmi Arsat kira-kira pukul 8.45 malam. Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut menerima mas kahwin berjumlah RM100.


11. Zarina Ann Julie & Eilyas Azhar
Pelakon Zarina Anjoulie selamat bersanding dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar atau Yas. 


12. Mira Filzah & Wan Emir
Pelakon Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 30, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam 3 september 2020. Pasangan itu bertunang 17 julai lalu.

 

13. Raja Afiq & Soffwany Yusof

Pelakon yang namanya meningkat naik selepas membintangi drama Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq,26, dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan yang juga penyanyi, Soffwany Yusoff, 31.


14. Noryn Aziz & Shaik Rizal
Tiga jam sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, penyanyi Noryn Aziz, 44, selamat melangsungkan pernikahan dengan ahli perniagaan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman, 48, jam 9 malam. Noryn berkata, dia dan suami mengambil masa kurang 24 jam untuk bernikah semalam dan segala persiapan dilakukan sepantas mungkin.

 

15. Cat Farish & Suriani Hassan

Dengan sekali lafaz, anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish telah selamat bergelar suami kepada pasangannya, seorang pereka fesyen, Suriani Hassan pada 10 pagi Jumaat. Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Senawang, Negeri Sembilan yang hanya dihadiri bapa kepada Cat dan Suriani serta saksi.
 
 

Cat atau nama sebenarnya Farish Zaquan Ramli, 46, meluahkan rasa syukur biarpun majlis pernikahannya berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

16. Ikmal Amri & Najla Shamsul 

Pelakon Ikmal Amry kini telah selamat bergelar suami kepada Najla Shamsul dalam majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Menurut HarianMetro, Ikmal menyerahkan mas kahwin RM300, wang hantaran RM15,000 serta tujuh dulang hantaran.

 

17. Sam Bunkface & Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi
Penyanyi Sam Bunkface berkongsi berita gembira apabila memaklumkan bahawa dirinya sudah selamat mengakhiri zaman duda. Pengumuman itu dibuat Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd. Baharom, 32, menerusi satu entri di Instagram.

 

18. Fendy Bakry & Ayu
Pelakon Fendy Bakry, 32, membuat kejutan apabila melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihannya yang hanya dikenali dengan nama Ayu, 27, malam 30 ogos 2020. Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri berkata, majlis pernikahan berlangsung selepas Isyak di sebuah dewan di Setia Alam, Shah Alam yang hanya dihadiri kira-kira 30 ahli keluarga terdekat.

Pelakon yang meledak menerusi drama Mr Grey itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 berserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh.



Tahniah diucapkan atas mahligai yang terbina..semoga berbahgia sehingga ke akhir hayat.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post