12 Lagu Berentap Dalam Anugerah Juara Lagu 32 (2017) Gabungan Fesyen VS Muzik

Anugerah Juara Lagu Ke-32 membawakan tema 'Fesyen dan Muzik'. Bakal menyaksikan 12 lagu terbaik tanah air bersaing pada malam kemuncak yang diadakan pada 11 Februari 2018. AJL32 akan menobatkan pemenang dalam kategori; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua, dan Juara Lagu.

 

Debaran AJL 32 makin terasa siapa bakal dinobatkan Juara Lagu 32? Malam ini 11 Febuari 2018 bakal terjawab. Tapi sebelum itu, mari kita kenali lebih dekat lagi di sebalik AJL 32 yang anda perlu tahu.

1) Pentas AJL kembali semula ke Axiata Arena (dahulunya Stadium Putra Bukit Jalil) selepas dua edisi AJL diadakan di tempat lain.

2) AJL 32 dikendalikan oleh Sherry Al-Hadad dan Aliff Satar. Kembali berdua setelah beberapa tahun trio, pastinya anda tidak akan rasa bosan dengan telatah yang bakal dipersembahkan nanti.

3) Sebanyak 12 lagu dipertandingkan pada edisi ke 32 kali ini. 6 lagu balada, 1 lagu hip hop dan 5 lagu pop rock.

4) Tiada satu band pun yang layak ke final kecuali Hazama dengan band iringan.

5) Erni Zakri dan Syamel satu-satunya pasangan duet bakal beraksi di pentas akhir AJL 32.

6) AJL 32 menyaksikan Hazama (2012, 2013, 2014, 2015, 2016) dan Dayang Nurfaizah (2001, 2004, 2014, 2015, 2016) beraksi untuk kali ke 6 di pentas akhir.

7) Hanya lagu Sejati akan dinyanyikan oleh penyanyi gantian (Azmi Caliph Busker).

8) Kembalinya lagu ciptaan M.Nasir ke final AJL selepas kali terakhir bertanding pada edisi AJL 26 (Awan Nano) dan Aidit Alfian pada AJL 23 (Kalis Rindu) menerusi lagu Aku Yang Sebenar.

9) Terdapat beberapa lagu telah diubah melodi lagunya seperti Lebih Sempurna dendangan Syamel, lagu Sejati dendangan Azmi Caliph Buskers, Aku Cinta dari Erni dan Syamel, Separuh Matiku Bercinta Dayang Nurfaizah dan Jampi dari Hael Husaini. Anda boleh tentukan sama ada sedap atau tidak nanti.

10) Stacy akan mengendalikan segmen pembukaan dengan menyanyikan lagu-lagunya yang pernah ke AJL seperti (Aku Stacy, Bosan, Pakai Buang).

11) Penampilan khas daripada Nasha Aziz, Aleeza Kasim dan Tini sebagai memperkenalkan trofi terbaru AJL 32 hasil rekaan Rizman Ruzaini.

12) Artis undangan untuk persembahan penutup menampilkan Dato A. Rahman Hassan, Dato Jeffry Din, Dato Awie dan Sit Sarah yang bakal mengembalikan nostalgia lagu-lagu irama pop ye ye. Antara lagunya adalah Tak Mengapa, Syurga Idaman, Kenanganku dan banyak lagi. Pastinya meriah.


 

Berikut adalah senarai giliran mengikut turutan yang bakal membuat persembahan:

LEBIH SEMPURNA
Syamel
Komposer & Penulis Lirik: Syamel 


SEJATI
Azmi Caliph Buskers
Komposer & Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan



AKU YANG SEBENAR
Hazama The Penglipur Lara
Komposer & Penulis Lirik: M.Nasir & Ad Samad



MENAHAN RINDU
Wany Hasrita
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran



JAMPI
Hael Husaini
Komposer & Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong



AKHIRNYA CINTA
Salma
Komposer & Penulis Lirik: Ajai & Slen



SEPARUH MATI KU BERCINTA
Dayang Nurfaizah
Komposer & Penulis Lirik: Ajai



AKU CINTA
Syamel & Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik: Syamel



AMBOI
Altimet
Komposer & Penulis Lirik: Altimet


WARKAH UNTUKKU
Ara Johari
Komposer & Penulis Lirik: Hang Nadim & Laq



BAYANG
Khai Bahar
Komposer & Penulis Lirik: Alam & Patrick Anohada



TERGANTUNG SEPI
Haqiem Rusli
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran


 

Malam kemuncak AJL32 akan bersiaran langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil pada 11 Februari 2018 - pukul 9.00 malam di TV3. 


Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad. Pada malam itu, peminat juga bakal dihiburkan dengan persembahan istimewa artis seperti Stacy, AG Coco, Edrie Hashim, Waris, Datuk Awie, Siti Sarah, A Rahman Hassan dan Jeffrey Din. 


Kredit : TV3 Malaysia

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post