10 Tumbuhan Berbahaya Didunia Yang Boleh Membawa Maut..!!!

BIASANYA, tumbuhan bukanlah hidupan yang dikaitkan dengan menjadi punca kematian atau keadaan yang membahayakan.

Namun, tahukah anda bahawa dunia flora sememangnya unik sekali kerana diciptakan dengan mekanisme pertahannya yang tersendiri, sehingga boleh menjemput ajal bagi manusia atau hidupan lain yang mendekatinya!

Berikut merupakan senarai 10 jenis tumbuhan paling berbahaya di dunia dan mampu membawa maut, berdasarkan kajian oleh National Geographic:

1. Oleander (Nerium Oleander)


Pokok Oleander adalah salah satu tumbuhan hiasan dan sering digunakan dalam landskap kerana bunganya yang berwarna merah jambu yang boleh menambat hati manusia bagi yang melihatnya.

Tumbuhan secantik ini adalah beracun dalam semua bahagiannya. Keracunan boleh menyebabkan muntah, cirit-birit, masalah dengan sistem saraf pusat dan serangan jantung. Malah, sesiapa yang memakan daunnya boleh membawa maut.



2. Dieffenbachia



Tumbuhan ini adalah pokok hiasan yang sering ditanam di kawasan perkarangan rumah. Getah daun dan batang tumbuhan ini mengandungi kalsium oksalat yang menyebabkan gatal-gatal, kekejangan bibir dan lidah.

Kekejangan tersebut boleh mengganggu saluran pernafasan manusia yang akhirnya membawa kepada kematian.


3. Acokanthera

Pada masa kini, Acokanthera digunakan dalam dunia perubatan. Walau bagaimanapun, tumbuhan ini pernah digunakan di Afrika dengan menyaluti getah dari tumbuhan ini ke anak panah.

Jika getah ini ditelan, racun tersebut akan terus membunuh mangsa hanya dalam tempoh seminit.

 
4. White Snakeroot (Ageratina Altissima) 


Tumbuhan ini mengandungi toksin tremetol. Apabila tanaman dimakan oleh ternakan, daging dan susu tercemar dengan toksin. Apabila susu atau daging yang mengandungi racun dimakan, toksin akan hidup dalam tubuh manusia yang boleh membawa maut.

 
5. Moonseed (Menispermum Canadense) 

Tanaman ini seolah-olah menghasilkan buah seperti anggur. Bezanya adalah pada bijinya iaitu biji anggur berbentuk bulat manakala biji tumbuhan ini berbentuk seperti bulan sabit.

Semua bahagian tumbuhan Moonseed terutama buahnya mengandungi alkaloid dauricine yang beracun dan boleh membawa maut jika ditelan.

 
6. Tanaman Jarak (Ricinus Communis) 

Tumbuhan ini adalah jenis tumbuhan liar dan biasa terdapat di hutan, tanah kosong, kawasan pantai dan terdapat sebilangan kecil di kawasan kebun.

Buah tumbuhan ini pula kelihatan seperti buah rambutan. Namun, perlu dibezakan kerana buah rambutan membawa isi yang manis yang menyedapkan. Akan tetapi, tumbuhan ini adalah beracun dan boleh membawa maut bagi sesiapa yang memakannya.

 
7. Datura (Datura Stramonium) 

Datura telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk melegakan gejala asma di India. Tumbuhan ini juga digunakan dalam ritual sihir dan keagamaan pada zaman dahulu.

Racun Datura boleh menyebabkan halusinasi, penyakit jantung, kelakuan pelik dan dalam kes yang jarang berlaku dan boleh menyebabkan amnesia.

 
8. Belladona (Atropa Belladonna) 

Belladonna juga dikenal sebagai Deadly Nightshade yang merupakan salah satu tanaman yang paling beracun yang dijumpa di bagian timur.

Semua bagian dari tanaman ini mengandung alkaloid tropane. Racun belladona boleh membawa kepada sesak nafas, sakit kepala, berhalusinasi, kehilangan keseimbangan dan penyakit jantung.

 
9. Hemlock Beracun (Conium Maculatum) 

Tumbuhan ini mempunyai beberapa nama yang berbeza, Oison Hemlock (Inggeris), Carrot Fern (Australia), Devil’s Bread (ireland).

Conium mengandungi alkaloid conine, yang mempunyai struktur kimia dan sifat farmakologi yang mirip dengan nikotin. Conine boleh mengganggu kerja sistem saraf pusat. Kepekatan yang tinggi boleh merosakkan sistem pernafasan dan menyebabkan kematian.


10. Aconitum Napellus


Keracunan juga boleh berlaku selepas memetik daun tanpa memakai sarung tangan. Racun akonitin diserap dengan mudah melalui kulit.





Tanda awal keracunan adalah mual, muntah, dan cirit-birit. Diikuti dengan rasa kebas dan panas di mulut, muka, dan perut.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post