Berbeza dengan program Bintang Mencari Bintang Sebelum ini, Bintang Bersama Bintang menampilkan para pelawak yang sudah terkenal kembali berentap dalam persembahan sketsa pendek dan lagu yang diolah menjadi komedi mengikut kesesuaian serta kreativiti setiap pelawak.
Rancangan sketsa lawak itu yang akan menemui penonton secara langsung mulai 14 Januari 2018, akan menyaksikan persaingan antara artis komedi, Abam, Ajak, Issey, Achey dan Shuk.
Dari Kiri, Issey, Ajak (Shiro), Achey, Abam, Shuk & Mark Adam
Sistem pemarkahan BBB 2018 pula dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu 70 peratus daripada panel juri dan 30 peratus lagi daripada undian dalam talian. Penonton juga boleh mengikuti aktiviti harian dan persiapan peserta program itu menghadapi pertandingan melalui Komik BBB pada setiap Ahad, jam 6 petang.
Sepanjang pertandingan, tiada penyingkiran dilakukan, namun pemenang mingguan bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. Peringkat akhir iaitu Super BBB akan menyaksikan pemenang keseluruhan membawa pulang wang tunai RM100,000.
Sementara itu, Saiful Apek dipilih sebagai juri tetap rancangan sebanyak tujuh episod terbabit, dengan personaliti radio terkenal, AG, sebagai pengacara.
Bintang Bersama Bintang 2018 disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 10 malam setiap Ahad bermula 14 Januari lalu.
Malam Finale
Mark Adam mengetepikan empat pencabar lain iaitu Shuk, Achey, Ajak dan Issey dalam sketsa bertemakan bebas yang turut menampilkan artis undangan.
Sketsa pada malam tadi turut menampilkan selebriti jemputan seperti Shahrul Shiro, Uqasha Senrose, Khir Rahman, Syafiq Kyle dan Anne Achey (isteri Achey). Manakala, pelakon terkenal Fasha Sandha tampil sebagai juri jemputan bagi menemani juri tetap Saiful Apek.
Kemenangan Mark Adam ditentukan oleh 70 peratus daripada undian juri profesional, dan 30 peratus daripada undian atas talian. Sistem undian atas talian hanya dibuka pada hari Bintang Bersama Bintang 2018 bersiaran bermula 6 petang.
Kredit : Tv3 Malaysia