10 Idea Masakan Daging Untuk Habiskan Daging Korban Yang Masih Ada Dalam Freezer

Daging korban masih ada dlm Frezer?? Dah jemu masakan biasa?

Jadi jom kita selongkar resipi hidangan Daging Untuk Habiskan Daging Korban Yang Dapat Kelmarin Raya Korban - Untuk peminat hidangan daging, cuba jangan tak cuba hidangan daging yang lain daripada lain yang boleh anda buat.


Bagi mereka yang belum pernah cuba masak hidangan daging yang bermacam jenis, anda boleh cuba memasak mengikut pelbagai resepi daging yang kami senaraikan dibawah.
 
1. Daging Bistik

Kredit: seribu-resep.blogspot.my

Bagi mereka yang tidak pasti hidangan yang mahu dibuat dengan daging tersebut, anda boleh cuba membuat daging bistik kerana ia bukan sahaja mudah tetapi sedap di makan.

Bahan-Bahan:
  • 1/2 kg daging batang pinang (dipotong kiub)
  • 1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 cm kulit kayu manis
  • Bahan perasa
  • Kacang pis untuk hiasan
Bahan (kuah):
  • 300 ml air
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar tomato puree
  • 1 kiub stok daging
Bahan (dikisar):
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Cara-cara Menyediakan:
  1. Gaul daging batang pinang bersama tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.
  2. Perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
  3. Panaskan minyak serta marjerin dalam kuali sehingga cair.
  4. Masukkan daging tadi dan goreng hingga perang. Angkat dan ketepikan.
  5. Kemudian,masukkan kayu manis serta bahan kisar dalam kuali yang sama dan tumiskan sehingga naik wangi.
  6. Masukkan pula ubi kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang separa empuk.
  7. Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang dan daging empuk.
  8. Setelah itu,masukkan bahan perasa dan taburkan kacang pis sebagai hiasan.
  9. Siap untuk dihidang.
2. Daging Goreng Berempah 

Kredit: newresepimalaysia.blogspot.my

Mereka yang gemari ayam berempah pasti akan mengemari daging ini. Menggunakan resepi ayam berempah, daging berempah adalah untuk mereka yang meminati hidangan yang penuh rasa yang sangat mengamit selera.

Bahan-bahan:
  • 500 gram daging lembu, potong lebar
  • 3 helai daun limau purut (buang tulang)
  • 2 helai daun salam
  • 2 cm lengkuas (lebih kurang ibu jari), diketuk
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan gula merah, kikis halus
  • 1500ml santan daripada 1/2 biji kelapa
  • 1 sudu makan air asam (daripada campuran 1 sudu kecil asam jawa dan 2 sudu makan air)
  • 2 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan (dikisar):
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 2cm halia
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
Cara-cara Menyediakan:
  1. Rebus santan, bahan kisar, daun limau purut, daun salam dan lengkuas sehingga timbul bau.
  2. Masukkan daging lembu, kacau sehingga berubah warna.
  3. Masukkan garam, gula merah dan air asam. Kemudian masak sehingga daging lambut dan rempah meyerap. Toskan.
  4. Goreng daging hingga kecoklatan.
  5. Hidangkan dan makan bersama keluarga.

3. Daging Masak Hitam 

Kredit: delimazamrud.my

Resepi daging seterusnya yang ingin kami kongsikan ialah daging masak hitam. Anda pasti pernah mendengar sotong masak hitam, ini merupakan cara membuat daging masak hitam. Tekstur yang penuh empuk pasti mengembirakan anda.

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging
  • 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
  • Gula pasir/gula Melaka
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • 1 Bawang besar mayang – hiasan
Bahan (dikisar):
  • 10 batang serai
  • 10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
  • Sejengkal halia – 4 ke 5 inci
  • 3 biji bawang besar kuning
  • 6 biji buah keras
  • 1 labu bawang putih
Cara-cara Menyediakan:
  1. Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
  3. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

4. Rendang Daging Cili Hijau 

Kredit: ajeyshatiella.blogspot.my

Mereka yang suka akan kepedasan dalam hidangan mereka, pasti akan suka resepi ini. Kepanasan yang dikeluarkan daripada cili hijau tersebut pasti akan menyebabkan resepi daging cili hijau ini diminati ramai.

Bahan-bahan

  • 1 kg daging batang pinang
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 btng serai-di ketuk
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu
Bahan (dikisar)
  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 5 tangkai cili hijau
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
Cara-cara Menyediakan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
  2. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
  3. Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.
  4. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  5. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
5. Stew Begedil Daging Dengan Kuah BBQ

Kredit: Youtube.com

Jika anda lebih gemari sesuatu yang masam, resepi ini adalah khas untuk anda. Stew begedil daging ini adalaah seperti daging yang boleh anda perolehi dari outlet makanan segera tetapi lebih enak kerana ia dibuat secara sendiri.

Bahan-Bahan:

Bahan Daging Begedil:

  • 500g daging kisar
  • 1 biji bawang besar, dikupas dan dipotong halus
  • 1 sudu besar herba campuran
  • 2 sudu besar serbuk roti
  • 3 sudu besar BBQ Sauce
  • ½ sudu kecil garam
Bahan A:
  • 1 biji bawang besar, dikupas, dipotong kepada beberapa bahagian.
  • 1 biji lobak, dikupas dan dipotong.
  • 1 biji tomato, dihiris.
Perisa:
  • 3 sudu BBQ Sauce
  • 1 sudu kecil garam
  • 600ml air
Cara-cara Menyediakan:
  1. Masukkan semua bahan bergedil daging dalam mangkuk dan gaul. Kemudian bentukkan menjadi saiz kecil sebelum digoreng dalam minyak panas hingga menjadi garing.
  2. Tuang minyak ke bekas lain dan tinggalkan sedikit dalam periuk. Goreng bawang hingga naik baunya. Masukkan bahan A, daging dan perisa. Kecilkan api biarkan ia masak selama 30 minit.
  3. Selepas itu, ia sudah boleh dihidangkan. Lebih sedap jika ia dimakan bersama roti.
6. Daging Masak Kurma

Kredit: dielacraft.blogspot.my

Daging kurma merupakan salah satu hidangan yang sering kali menjadi menu pada setiap Hari Raya. Daging kurma bukan sahaja sesuatu yang mudah untuk dibuat malahan ia sangat enak dimakan. Kami syorkan anda makannya dengan nasi beriyani.

Bahan-Bahan:

Bahan A:

  • 1 kg daging dipotong nipis sederhana besar- basuh dan toskan
  • 5 ulas bawang mera
  • 3 ulas bawang putih,
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 2 labu bawang besar dipotong melintang berbentuk gelang
Bahan B:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Bahan C:
  • 5 sudu besar rempah kurma ayam dan daging
  • ½ cawan tomato puri (atau sos tomato)
  • ½ cawan sos cili
  • segenggam badam dibuang kulit dan ditumbuk halus
  • 3 biji cili merah dibelah 4
Cara-cara Menyediakan:
  1. Masukkan daging ke dalam mangkuk. Campurkan rempah kurma, sos cili dan tomato puri dan sedikit air. Gaul rata. Perap 15 minit.
  2. Panaskan 5 sudu besar minyak & 1 sudu besar minyak sapi di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah campur (B) hingga bawang keperangan dan wangi.
  3. Masukkan daging beserta rempah yang diperap tadi. (kesemuanya) Tutup periuk dan perlahankan api. Masak hingga daging empuk.
  4. Apabila daging empuk, tambahkan sedikit air. Masukkan badam,serbuk kas-kas, bawang besar yang dihiris cili merah, garam dan gula. Gaul rata dan biar bawang layu.
  5. Apabila kuah pekat dan pecah minyak, tutup api.
7. Daging Bakar Harum Mewangi

Kredit: ohnathassya.blogspot.my

Jika anda tidak mahu menyusahkan diri anda dengan memasak, kami syorkan membakar daging bukan sahaja perkara yang mudah malahan ia akan mengekalkan perisa. Cubalah resepi daging bakar yang mudah ini.

Bahan-bahan:

  • 600 gm daging (ambil bahagian yang ada lemaknya sedikit)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 4 ulas bawang merah
  • 500 ml santan pekat
  • 1 labu bawang besar
  • Garam
Cara-cara Menyediakan:
  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih.
  2. Campurkan dengan santan, serbuk lada dan garam.
  3. Masukkan daging dan perapkan selama satu jam.
  4. Panggang daging dan semasa membakar percikkan santan menggunakan serai.

8. Daging Masak Kunyit

Kredit: mamamiasanasini.blogspot.my

Kami pasti anda pernah mendengar ayam kunyit, daging kunyit? Kami turut mahu mengentengahkan resepi daging kunyit agar anda memperolehi resepi yang berlainan dalam menyediakan daging.

Bahan A
  • 1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
  • 1 sudu kecil kunyit
  • 1 sudu kecil garam
Bahan B
  • 1 labu bawang besar dihirit bulat.
  • 1 biji Cili Hijau hiris serong
  • 4 biji Cili Padi (di ketuk)
  • 2 Ulas Bawang Putih (Hiris Nipis)
  • 1 Inci Halia (Hiris Besar)
Bahan C
  • Lobak Merah (dipotong nipis panjnag)
  • Bunga Kobis (dipotong kecil)
  • Cara-cara Menyediakan:
  • Gaulkan daging dengan kunyit dan garam. Perap dalam 15 minit.
  • Masukkan daging diperap tadi dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  • Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging. Rebus hingga kering airnya
  • Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging. Bila dah hampir garing, ketepikan daging di hujung kuali.
  • Masukkan Bahan B diatas, Kemudian goreng bagi naik bau..
  • Masukkan Bahan C (goreng sampai Lobak Merah dan Bunga Kobis lembut sikit).
  • Gaul dan ratakan semua bahan dan hidang.
  • Sedia untuk dihidang

9. Daging Palembang

Kredit: dapurpatriot.wordpress.com

Daging Palembang merupakan salah satu resepi daging yang kami rasa anda semua harus cuba buat dan rasanya. Ianya seperti daging masak hitam tetapi perisanya lebih manis dan menjadi rajutan kepada mereka yang gemari makanan seperti itu.

Bahan-bahan:
  • 700 gram daging – potong lebar dan nipis
  • 2 batang serai – dititik
  • 500ml santan pekat
  • 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang
  • 1 sudu besar sos tiram minyak
Bahan (dikisar):
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 15 biji cili kering
Rempah Penumis:
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Cara-cara Menyediakan:
  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Sesuaikan rasa.
  5. Hidangkan.
10. Daging Masak Kuzi

Kredit: jihanspices.blogspot.my

Resepi terakhir yang ingin kami kongsi ialah resepi daging masak kuzi yang asalnya dari Kelantan. Daging kuzi merupakan salah satu hidangan yang sangat enak, manis dan sedap dimakan dengan roti mahupun nasi.

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging di potong 20
  • 4 sudu makan minyak ghee
  • 2 sudu makan susu pekat
  • ½ sudu teh garam
  • 1 Kulit kayu manis,
  • 2 buah pelaga
  • 2 bunga lawang
  • 2 bunga cengkih
  • 750 ml air
Bahan (dikisar):
  • 15 ulas bawang putih
  • 2 inci halia – dikisar
  • ½ biji bawang merah | di buat bawang goreng
  • 4 sudu makan rempah kuzi
  • ½ tin susu cair
  • 3 sudu makan tomato sos
  • 100 gm badam biji | di buang kulit
  • 100 gm kismis
  • 100 gm badam serbuk
Cara-cara Menyediakan:
  1. Panaskan minyak ghee di dalam kuali.
  2. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  3. Masukkan daging dan air, biarkan daging masak sehingga empuk. Jika air kering tambahkan air lagi sehingga empuk.
  4. Kemudian masukkan serbuk rempah kuzi dan sedikit air.
  5. Apabila naik minyak masukkan bawang goreng yang di kisar, badam biji, kismis, tomato sos, susu cair, susu pekat dan garam. Gaul sebati sehingga pekat.
  6. Apabila kuah sudah pekat masukkan pula serbuk badam yang digaul rata.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

11. DAGING GORENG ALA THAI

Kredit : Ziema Deqma

1/2kg daging (hiris nipis) (bersihkan, tos kan air, masukkan dlm kuali rebus sehingga lembut dn kering air..ketepikan)

Bahan A
3 ulas bawang putih (cincang halus)
4 biji bawng merah (hiris nipis)
1 sudu besar biji ketumbar (tumbuk halus)
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk halus)

Bahan B
2 sudu besar Nampla (sos ikan)
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk cili (boleh tmbah jika nk pedas)

Bahan C
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu besar lime jus @ air limau nipis
1 sudu besar beras ( di sangai @ goreng tanpa minyak dn di tumbuk halus)
1 biji bawang besar (hiris halus )
Daun ketumbar di hiris

Cara Penyediaannya
Panas kan minyak. Tumis bahan2 A shgga naik bau. Masukkan daging yg dh siap rebus td . Masukkan bahan2 B gaul sebati. Akhir sekli masukkan bahan2 C.

Sampai di sini sahaja senarai resepi daging yang akan kami kongsikan kepada pembaca kami.

Selamat mencuba

Kredit : butterkicap

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post