30 Idea Hadiah Untuk Lelaki Jadi Suka Dan Makin Sayang

Tercari-cari idea nak bagi hadiah apa untuk lelaki ye? Jika ya inilah tempatnya. Ramai wanita diluar sana pasti buntu apabila mahu membelikan hadiah untuk teman lelaki atau suami tersayang, mana tidaknya lelaki ini mana boleh beli hadiah 'sweet-sweet' kepada mereka. hilang macho pulak katanya kan?



Kebanyakkam lelaki ini suka akan barang keperluan dan kena dengan hobi mereka, apa mereka suka? Jom kita baca perkongsian peribadi dari Dr. Aen ini yang mungkin boleh dijadikan panduan memilih hadiah untuk lelaki diluar sana.

Jom kita selongkar hadiah menarik ni.

Attire / Kelengkapan Diri utama bagi lelaki

1. Wallet 



Belikanlah untuk dia wallet baru. Depa ini banyak yang jenisnya selagi wallet tak hancur, selagi itulah dia pakai.

- Jenama wallet yang aku suka, Kauffman kat House of Leather. Ada yang RM100++.




2. Perfume 

 


Bukan nak kata depa ni busuk, tapi depa ni kekadang tak sedar yang penting gak benda ni. Perempuan suka benda wangi kakaka.

- Setakat aku hidup, ada 2 perfume yang aku suka. Not too strong. BOSS (RED), Gucci Guilty (Eau De Toilette).

3. Tali pinggang

 

Ini pun sama kes macam wallet. Selagi tak putus dua, kepala tak tercabut, selagi tu dia pakai. Beli jenis yg dia pakai.

4. Stokin

Jangan hekeleh sangat. Kau pi tanya dia, stokin dia semua berpasang-pasangan tak? Kalau dah kahwin kau boleh jaga. Kalau tak?

5. Kemeja kosong


 

Kalau rasa laki agak buncit, jangan beli slim fit ala-ala kpop. Senak perut dia satgi. Beli regular fit.

6. Jaket

 

Kalau hari-hari nampak dia pakai baju sama je.tu apa kata hadiahkan jaket yang semestinya bakal memberi nafas baru pada penampilan si dia. 

7. Baju Melayu/Kurta 

Aku akan terpromote Gene Martino. Tapi tahukah anda, depa ada 100 pilihan warna dan kain yang sedap dipakai? 

Baju melayu ni boleh dipakai di hari jumaat atau hari-hari spesial pasti segak bila melihat si dia posting berbaju kurta pemberian dari awak.

8. Jam tangan  

Sesungguhnya lelaki amat suka jam tangan (tak semua). Walaupun boleh tengok jam kat phone, feeling tu lain bila dipakai ibarat aksesori bagi lelaki dan pasti nampak lebih segak bila mengenakan jam tangan.

-Tips nak murah, cari kat Lazada. Laki aku tu, jam tu sebagai tanda dia dah kahwin. Dia mana suka pakai cincin
9. Boxer

Ini kalau awak jenis berani. Hahaha! Saya dah kahwin tak apa. Sebab? Ah, dah kahwin nanti awak check sendiri.

10. Topi 
Sebabnya kan sedih tau topi dia tak pernah berbasuh. Kalau cicak sesat kat dalam, berbuih mulut dia.

11. Kasut formal kulit/sukan

Kalau dia pengumpul kasut sukan LE, rajin-rajin la ushar. Dia akan RT la biasanya. Hint la tu haha.

12. Beg Sandang


Mereka suka gunakan beg yang mudah dibawa dan paling penting boleh digunakan tidak kira masa.

13. Shaver


Yang paling lawa dalam kedai itu. Percayalah yang shaver sedia ada untuk cukur misai dia dah tumpul tetapi dia dok tonyoh² juga.

Hobbies / Kegemaran 


14. Dumbbells
 

Bagi yang sukakan fitness pasti suka kalau aktiviti lapangnya di 

15. Fitbit Surge Fitness Tracker 

Berkebolehan untuk memantau kadar degupan jantung, tekanan darah, kandungan oksigen dalam darah, memantau latihan kecergasan…pendek kata ia bukan ia adalah jam tangan kesihatan. Jenama Fitbit mungkin sedikit mahal, tetapi anda boleh memilih jenama lain yang mempunyai fungsi yang sama. 

16. Bluetooth Earphone 

Yang bunyi bassnya superb. Kasihanlah dia, earphone original yang datang dengan phone itu dah nak putus dah atau putih dah jadi kuning. Bagi yang suka jogging pasti suka bluetooth earphone ni pasti dia dengar waktu berlari keliling taman tu.

17. External keyboard & Mouse

Pertama, design kena gempak. Kedua, hanya gamers yang memahami benda ini. External keyboard is bae okay! 

18. Multi Pliers Multi Tools 

Alat kecil serba boleh yang sentiasa mendapat tempat di hati lelaki. 

19. Tools box  

Yang ada screwdriver etc. Kot kot kalau hang tak betul dia nak tolong ketatkan skru kat otak ke haha 
Buat kaki pancing pula tool box letak mata kail, batu ladung tu pula pasti menjadi teman setia mereka.
20. PS4

Kalau duit banyak, nak dia happy macam pergi bulan, PS4 la, apa lagi? Tapi jangan sedih kalau diketepikan, okay? LOL

21. Buku/Novel/Manga
Sesuai untuk ulat buku. Ushar-usharlah dia suka baca apa.


22. Backpack


Untuk kaki travel/sport. Kat Decathlon ada yang murah dan berkualiti. Siapa suka barang2 sport boleh pi Bandar Sri Damansara
Translate from Indonesian 

23. Jersey Bola 
Team bola sepak yang dia suka. Yang original. Dan yang penting paling latest. Mesti dia pakai taknak cabut haha. 

Kalau tengok lelaki tu jenis minat bola pasti dia minat pakai jersi ni...lebih2 lagi pasukan feveret dia



Gadget / Teknologi
24. Pembesar Suara Bluetooth
Lelaki yang suka gajet akan dapatkan pembesar suara yang mudah digunakan untuk mendengar muzik. Apa lagi, anda hadiahkan kepada mereka pembesar suara Bluetooth. 




25. External Harddisk
Memori memang sentiasa penuh walaupun kapasiti phone dah 64GB tapi sebab nak ada back up untuk simpan smua memori dan kenangan di tempat lain.


26. Peranti Realiti
Kalau yang ini memang hebat. Kaum lelaki suka gajet seperti ini. Kadang-kadang mereka suka bersenam sambil menonton filem atau sebagainya. Jadi cuba hadiahkan ini kepada mereka. Anda pun boleh pinjam nanti.




27. GoPro
Anda akan menukar si dia yang tak suka selfie kepada lelaki yang suka berselfie. Bolehlah awak join sekali nanti. Nak acah-acah adventure pun boleh. 



28. Drone
Salah satu kamera bergerak yang boleh terbang. Seperti kita pun terbang sama. Kaum lelaki memang suka drone ini. Paling penting sangat mudah untuk mengambil gambar dan juga video. Pandangan yang anda dapat memang sangat cantik. 

Lain-Lain

29. Lunch Box
Untuk bekal ke tempat kerja. Nak lagi power, masukkan lunch sekali. Jangan bagi Tupperware, ada risiko nak hilang. Hahaha! 

30. Action figure/Collectible items
Diorang nak beli tetapi rasa macam tiada kepentingan. Jadi tugas andalah untuk mengembirakan dia. Well, kids kan.



31. Keyholder
Untuk lelaki berkerjaya yang kena keep banyak kunci. Amat sesuai untuk ayah ayah.



Kalau lelaki tu tak sayang tak suka jugak tak tau lah..hehehe memang hati batu betul lah...kasi lempar dengan batu je baik...

Tapi gerenti suka kan kalau dibagi-bagi sesuatu itu sebabahagian tandanya sayang. kita hargai dia yang penah membahagikan kita..anggaplah pemberian ini satu tanda dan pengganti diri dalam mengungkapkan kata sayang.

p/s : Visual adalah rekomendation je...dan harga pun akan berubah-ubah ikut keadaan semasa.

Kredit : Infosantai
 

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. wallet mmg hadiah yang paling play safe la. Tak yah risau saiz macam baju, tak payah fikir flavor mcm perfume. Harga wallet pun boleh dapat yang murah. Ni wallet bawah rm30 kat shopee https://shp.ee/yzajzlf

    ReplyDelete
Previous Post Next Post