4 Maksud & Perbezaan Hari Jualan 11.11, Black Friday, Cyber Monday & 12.12

Trend berbelanja dunia pada hari-hari tertentu ini menjadi trend ikutan di seluruh dunia. Ada 4 tarikh ini pelbagai platform e-dagang membuat tawaran terhebat mereka pada satu hari ini.  



jom kita selongkar Perbezaan 11.11, Black Friday, Cyber Monday dan 12.12 



Jualan 11.11

11.11 pada awalnya adalah hari sambutan untuk orang bujang atau “Single’s Day” yang mana diketahui ia bermula daripada sambutan sejumlah pelajar di Nanjing University pada tahun 1993. Tarikh ini dipilih kerana bilangan angka 1 di dalam 11.11 yang mana secara kasarnya mudah dikaitkan dengan “perseorangan”.

Pada awalnya, sambutan ini diraikan oleh orang bujang dengan mengadakan temujanji buta atau ‘blind-date’ pada tarikh 11.11 ini. Untuk memudahkan urusan ketika ‘blind-date’ ini, semestinya ia diserikan dengan pemberian hadiah dari salah seorang pasangan. Hadiah-hadiah ini diperolehi daripada pelbagai sumber seperti pembelian di kedai, sehinggalah kini ia mudah diperolehi melalui laman jualan online.

Tidak menyangka dengan ramai yang membuat pembelian online pada tarikh 11.11 ini, ia kini telah berubah menjadi sebuah hari yang bukan hanya disambut oleh orang bujang, tetapi ia adalah sebuah hari yang cukup popular di China untuk membeli-belah. 

Dengan perluasan penggunaan laman e-dagang, sambutan 11.11 ini tidak lagi terhad untuk diraikan di China sahaja, yang mana ia kini telah diperluaskan ke merata dunia melalui adaptasi sambutan 11.11 daripada sejumlah laman e-dagang tempatan.

Antara syarikat yang telah banyak mempengaruhi sambutan ini ialah Alibaba Group iaitu syarikat yang terkenal dengan penawaran teknologi dan ekosistem dalam arena e-dagang. Alibaba Gorup telah memegang beberapa produk yang cukup dikenali di bawah penawaran mereka seperti alibaba.com, Taobao, Tmall, AliExpress, dan Alipay.

11.11 – Singles Day, hari untuk anda shopping online di Lazada, Shopee, Aliexpress, Taobao dan laman beli belah Asia


Black Friday
Black Friday merupakan nama bagi hari Jumaat selepas Thanksgiving Day di US. Thanksgiving disambut pada hari Khamis dan Black Friday disambut pada hari Jumaat terakhir bulan November setiap tahun. 

Sempena hari kesyukuran itu, ramai yang membelah belah sempena hari kesyukuran itu untuk menghadiahkan kepada mereka yang tersayang. Jadi syarikat jualan online gergasi pun mengambil idea itu mengadakan jualan dengan promosi besar-besaran sempena meraikan hari tersebut.

Black Friday – Hari untuk anda shopping online di Amazon, Ebay, Sephora, ASOS dan banyak lagi


Cyber Monday 
Cyber monday pula adalah hari isnin selepas menyambut hari thansgiving. Buat penggemar barangan gajet dan teknologi pastinya satu hari ini ditunggu-tunggu kerana syarikat e-commerse tempatan berlumba-lumba mengadakan promosi dan jualan dengan harga runtuh.
Cyber Monday – 4 hari selepas Black Friday, hari untuk anda shopping online barangan gajet, elektronik dan produk digital



Jualan 12.12
Kalau masih ada items dalam shopping cart anda, inilah masa untuk buat pembayaran kerana jualan penghabisan atau penutup bagi satu tahun. Habis jualan 12.12 anda perlu menunggu satu tahun lagi untuk promosi penutup besar-besaran yang dianjurkan.

12.12 – penutup kepada jualan online terbesar di Asia iaitu 11.11


Selepas sambutan yang menggalakkan saban  tahun, syarikat jualan online gergasi di seluruh dunia pun mengambilnya dan menjadikannya suatu trend di seluruh dunia.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post