Susah Tidur Bila Malam Panas? Ini 11 Cara Mudah Nak Sejukkan Bilik Selain Guna 'Aircond'

Ada orang jenis yang memang tak boleh kena panas. Kulit sentitifla, takut gelap lah, itulah inilah. Jadi memang akan cuba elakkan situasi berada atau keluar sewaktu matahari tengah terik dan lebih memilih duduk diam dirumah. Tapi di rumah juga rasa bahangnya sampaikan kurang selesa dibuatnya.


Bukan waktu siang sahaja rasa panas, waktu malam pun masih terasa. Untung kalau rumah ada air cond. Sejuk! Tapi tunggu je la masa bil sampai nanti. Bayar jangan tak bayar. Bertabahlah dengan cuaca panas ni. Air cond pun terlajak laris di pasaran sekarang sebab ramai dok beli air cond sebab tak tahan panas. Bukan siang je panas, malam pun sama. Kekadang tu sampai tak boleh tidur. Nak buka tingkap, mendatangkan bahaya pula tengah malam buka tingkap.
Macam mana pula dengan rumah yang tiada pendingin hawa? Ini cara mudah untuk sejukkan rumah ketika musim panas walaupun tanpa pendindin hawa.

1. Letakkan Ais Depan Kipas 



Haa, ini mungkin ‘trick’ yang baharu untuk anda. Selalu orang cakap mandi menggunakan ketul air saja kan, tapi ini dimana anda perlu meletakkan ketulan ais didalam mangkuk dan letakkan di hadapan kipas. Dengan cara ini, udara yang lebih sejuk dengan lebih mudah sampai ke badan anda. Cubalah, mudah saja ni.

2. Buat DIY Air Cond Sendiri


Bekukan air botol semalaman. Apabila panas, ambil dan letak di lantai betul-betul di bawah kipas siling atau posisikan kipas meja di belakang air botol beku tadi.

On kan kipas dan anda akan rasa angin kipas sejuk seperti ‘air-cond’. Untuk air botol kekal beku, tabur sedikit garam ke atasnya.

2. Letakkan besen air di bilik


Kredit : miszrocker

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa bilik air dirumah selalu sejuk? Ini kerana adanya bekas air. Bilik akan menjadi sejuk jika diletakkan besen air kerana wap-wap panas akan diserap oleh air.

3. Sejukkan Bantal / Selimut Dalam Freezer Sebelum Tidur

Apabila ingin tidur, ambil bantal dan letakkan berdekatan dengan badan. Balut bantal dengan plastik untuk elak ais cair dan meresap ke tilam

4. Basahkan Sapu Tangan Dan Letak di Tengkuk 
Ini kerana bahagian ini adalah sensor yang mengawal suhu badan. Jika leher sejuk, maka seluruh badan juga akan rasa sejuk.

5. Guna lampu yang kurang mengeluarkan haba


Anda disaran menggunakan lampu jenis florescent kerana lampu jenis ini mengeluarkan cahaya yang terang tetapi mengeluarkan sedikit haba. Malah lampu jenis ini juga lebih menjimatkan elektrik.

6. Pokok ekor kucing boleh sejukkan rumah



Tanaman hiasan dalam bukan sahaja untuk hiasan semata tetapi berfungsi untuk menyejukkan rumah. Antara pokok hiasan yang boleh digunakan ialah ekor kucing dan pokok palma.

7. Gunakan Pelembap Udara ‘HUMIDIFIER’


Pelembap udara atau ‘humidifier’ ini tidaklah semahal ‘air-cond’ tetapi ia boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.

Sekarang, ianya semakin banyak dijual di pasaraya dan juga secara ‘online’. Yang menariknya, anda juga boleh menambahkan aroma wangian untuk menambahkan kesan nyaman dan segar dalam bilik.

8. Warna cerah dinding dapat pantulkan haba


Sebolehnya jangan gunakan warna gelap pada dinding rumah kerana ia tidak memantulkan haba sekaligus rumah akan menjadi lebih panas. Gunakan warna cerah untuk memantulkan cahaya dan rumah akan jadi lebih sejuk.

9. 
Minimakan Haba
Tutup semua perkakasan elektrik yang menjana haba seperti ‘laptop’, lampu dan televisyen sebelum tidur.

10. Tidur Di Lantai


 

Kalau tidur atas katil panas, apa kata anda cuba tidur di bawah. Salah satu tips untuk mengurangkan rasa panas ketika tidur adalah untuk tidur berseorangan di bawah. Tapi, kalau ramai-ramai pun, tidur bawah ini memang akan mengurangkan rasa panas dan kalau dapat bawah kipas tu lagilah seronok. Mungkin ramai dalam kalangan anda yang dah cuba tips ini kan?

11. Pasang Aluminium Foil 
Untuk jangka masa panjang, pemasangan Aluminium foil double sided berbaloi dan penting supaya haba xtembus, penebat di tengah jenis bubble @ XPE @ jenis lain perlu ada tapi xsemestinya jenis XPE (bubble lebih murah). Yg penting pemasangan mesti betul.




Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram

Kredit : Vitdaily / Siraplimau

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post