10 Jenis Penyakit Kelamin Yang Anda Patut Tahu Apa Simpton & Cara Rawatannya

Senarai penyakit, simptom dan rawatan jangkitan dari aktiviti seks bebas. Hati hati guys.. Jgn lupa pakai protection. Nampak luaran bersih dan helok belum tentu bebas dari pengakit ini.


Bagi kebanyakan orang, gambar penyakit kelamin agak menakutkan. Bagi mencegah dan menangani penyakit kelamin secara berkesan, kita harus memahami penyakit ini. Penyakit kelamin, lebih dikenali sebagai sexually transmitted diseases (STD) dalam bidang perubatan, merupakan satu golongan penyakit yang merebak melalui hubungan kelamin. Hubungan kelamin di sini bermaksud hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut).

Penyakit kelamin sebenarnya merebak dengan pendedahan terhadap cecair badan yang tercemar. Antara contoh cecair badan yang mungkin menjadi medium jangkitan ialah darah, air mani dan lendir faraj. Oleh sebab itu, penyakit kelamin boleh merebak dengan cara-cara yang selain daripada hubungan kelamin.
  • Melalui transfusi darah ketika darah yang diterima oleh pesakit itu tercemar.
  • Perkongsian jarum di antara penagih dadah.
  • Anak kepada seseorang ibu yang dijangkiti penyakit kelamin juga mungkin menghidap penyakit-penyakit ini kerana jangkitan boleh berlaku semasa mengandung melalui uri, ataupun semasa kelahiran anak melalui percampuran darah.
  • Pekerja-pekerja bidang kesihatan yang terdedah terhadap bahaya kecederaan tertusuk jarum (needle stick injury, NSI).


Gonorea
Simptom 
  • Kesakitan ketika membuang air kecil
  • Rembesan cecair pekat dan kuning daripada alat kelamin/dubur/tekak
  • Pendarahan dari alat kelamin/dubur
Rawatan
Suntikan Antibiotik dariapda doktor



Hepatitis B
Simptom 
  • Mata kuning dan warna air kencing gelap
  • Kesakitan perut
  • Keletihan
Rawatan
  • Tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat dengan antiretroviral
  • Ada vaksin


Hepatitis C
Simptom 
  • Mata Kuning dan warna air kencing gelap
  • Kesakitan perut
  • Keletihan
Rawatan
  • Rawatan antiretroviral


Hepatitis C
Penyakit kelamin paling kerap dijangkiti dalam hubungan seks, kebanyakan orang tidak menunjukkan simptom.
Simptom 
  • Cacar di kawasan mulut, kelamin atau dubur
  • Kesakitan dan gatal-gatal
Rawatan
  • Jangkitan sepanjang hayat
  • Mampu mengurangkan kadar jangkitan dengan perubatan antiviral.

HIV
Simptom 
  • Simptom demam biasa
  • tiada Simptom spesifik untuk menjangkakan jangkitan, buatlah ujian saringan
Rawatan
  • Tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat dengan ubat antiretroviral
  • PHHIV yang sudah capai tahap viral Undetectable tidak boleh menyebarkan virus

HPV
Lelaki dan wanita boleh dijangkiti dan boleh mengakibatkan kanser oral, anak zakar dan pangkal rahim
Simptom 
  • Ketuat pada alat kelamin/dubur
  • Simptom kanser seperti keletihan, pengurangan berat badan secara mendadak, pendarahan abnormal
Rawatan
  • Ketuat boleh dibuang
  • Jika disyaki kanser, boleh berjumpa doktor segera untuk rawatan awal
  • Ada vaksin

Jangkitan Yis
Simptom 
  • Kesakitan ketika membuang air kecil dan hubungan seks
  • Pengeluaran cecair pekat daripada alat kelamin
  • Gatal-gatal pada alat kelamin
Rawatan
  • Krim dan perubatan antifungal daripada doktor

Klamidia
Simptom 
  • Kesakitan ketika membuang air kecil
  • Rembesan cecair pekat dan jernih daripada alat kelamin/dubur
  • Lelaki : testis bengkak
  • Perempuan : Pendarahan abnormal selepas haid
Rawatan
  • Antibiotik daripada doktor


Siflis
Ia antara penyakit kelamin berbahaya yang tersebar melalui hubungan jenis secara oral, dubur dan vagina atau kehamilan (daripada ibu kepada bayi) yang berpunca daripada organisma, ‘spirochere’.
Simptom 
  • Ulser yang tidak sakit pada alat kelamin/dubut/mulut
  • Ruam pada tapak tangan dan kaki
  • Kegagalan organ dalaman
Rawatan
  • Suntikan antibiotik daripada doktor

Peringkat pertama
• Ulser kemerahan yang tidak menyakitkan berlaku pada vagina, dubur, penis dan mulut dipanggil ‘syanker primer ‘ akan hilang selepas beberapa minggu.
• Kelenjar limfa membengkak.
• Individu yang terdedah kepada sifilis mungkin tidak perasan kewujudan ‘syanker’ yang timbul selepas tiga hari hingga tiga bulan kemudian.
Peringkat ke-2
• Seandainya peringkat pertama tidak dirawat, ruam akan timbul pada bahagian badan, tapak tangan serta kaki.
• Ulser juga boleh timbul di kawasan bibir, mulut, kerongkong, vagina dan dubur. Pada masa sama, gejala seperti selesema, demam dan sakit badan berlaku.
• Situasi ini boleh berlaku selama satu hingga dua minggu dan akan hilang walaupun tanpa rawatan.
Peringkat ke-3
• Jika tidak dirawat pada peringkat awal, pesakit menghidapi penyakit sifilis tanpa apa-apa simptom dan ia boleh berlarutan selama beberapa tahun. Namun, penyakit ini boleh dikesan menerusi ujian darah.
Peringkat ke-4
• Seandianya tiada rawatan, sifilis boleh melarat ke peringkat lebih teruk apabila kuman ‘spirochetes’ merebak ke seluruh badan merangkumi otak, jantung, saraf tunjang dan tulang.
• Lebih teruk, pesakit akan mengalami gejala seperti kesukaran untuk berjalan, berasa kebas, buta dan kematian.
Kesimpulannya, sifilis sangat berbahaya sekiranya tidak dirawat. Ini termasuk golongan ibu hamil yang menjangkiti bayinya dan mengakibatkan kecacatan teruk pada bayi sejak lahir.
Trikomoniasis
Disebabkan oleh parasit

Simptom 
  • Kesakitan ketika membuang air kecil dan semasa melakukan persetubuhan 
  • Rembesan cecair alat kelaminberlebihan (berwarna putih, kelabu, kuning dan hijau)
  • Kemerahan dan gatal-gatal pada alat kelamin
Rawatan
  • Antibiotik daripada doktor


Pengenalpastian punca-punca penyakit kelamin amatlah penting supaya rawatan yang berkesan boleh diberikan. Hal ini kerana rawatan yang diberi haruslah berkesan terhadap organisma yang menyebabkan penyakit itu. Walaupun begitu, pencegahan adalah lebih penting daripada rawatan kerana penyakit-penyakit ini lebih senang dicegah daripada dirawat.

Kredit : DecaAids

2 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Unfortunately, no one is immune from the fact that he can get such diseases, but timely treatment to the doctor can help you start treatment on time.

    ReplyDelete
  2. Saya mengalami seperti jerawat di telur . Apakah tanda itu ?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post