15 Tip Hiking & Bermalam Di Hutan Khas Buat Pendaki Wanita Elak Kejadian Tak Diingini

Kebanyakannya yang suka aktiviti lasak ini adalah lelaki, terutamanya aktiviti hiking. Ini kerana aktiviti ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental dan keberanian untuk masuk ke dalam hutan.

Tapi sekarang tidak lagi. Kaum wanita juga turut terlibat dalam aktiviti hiking ini. Bahkan ada juga yang sudah menjadi ‘guide’ untuk sesuatu trip yang dilaksanakan. Hebat kan? Di tambah pula ada yang pandai memasak, pastinya pelbagai masakan dimasak di dalam hutan.


Kadang kala walaupun sudah bersiap rapi, perkara yang tidak diingini juga boleh berlaku kepada kaum wanita. Sebagai contoh ialah datang bulan. Perkara ini tidak boleh dipandang rendah memandang apabila di dalam hutan bermacam makhluk tinggal di situ.
Jadi untuk artikel kali ini jom kita selongkar tip yang disarankan oleh pemilik Facebook SuezyHani Shazy ini kepada kaum hawa ketika hiking: 

Kredit Foto: Facebook SuezyHani Shazy

1 – Pendaki wanita perlu menjaga diri dari segi pergaulan
Elak bercampur lelaki terutama pabila tidur bawah fly. Pastikan tidur rapat-rapat bersama kaum hawa yang lain dan pastikan ada separation dengan kaum lelaki.

2 – Baca surah Al-Fatihah dan 3 Qul sebagai pendinding diri sebelum mula trekking.
Ini disebabkan makhluk halus dari alam lain lebih tertarik kepada kaum hawa, lebih-lebih lagi di dalam hutan. Ingat, hutan adalah tempat mereka, bukan tempat kita.

3 – Wanita yang datang bulan, tolong jaga tuala wanita sebaik mungkin kerana makhluk dari alam lain juga turut sukakan benda kotor. Jadi, pastikan cuci tuala wanita sehingga bersih kemudian bungkus dan asingkan.

4 – Di tempat yang tiada air, kaum hawa yang datang bulan boleh gunakan kaedah bungkus dengan surat khabar. Selepas itu, masukkan ke dalam plastik dan balut bungkusan dengan surat khabar. Ulang perkara yang sama dua kali (2x), kemudian simpan di tempat tersorok. Salah satu tempat yang sesuai ialah di bahagian water bladder/H20 di dalam beg.

Pada waktu malam, pastikan tidur dengan beg dijadikan sebagai bantal. Barang peribadi sebegini perlu dijaga seelok-eloknya bagi mengelak daripada diganggu.

5 – Minta maklumkan salah seorang kawan perempuan bila mahu ke sungai tengah malam atau nak membuang air.

PENTING:
Jangan pergi ke mana-mana pada waktu malam berseorangan, baik perempuan mahupun lelaki. Begitu juga pada waktu siang. Sentiasa pastikan anda berteman.



6 – Sila simpan tisu/wet tissue yang digunakan dan masukkan ke dalam plastik kecil berbungkus. Walaupun hanya tisu, anda tidak sama sekali digalakkan untuk membuang atau menanam tisu kotor di dalam hutan. Wet tissue boleh dicuci bersih-bersih di sungai. Jika perlu, bawa sabun mandi lebih sikit.

7 – Sebelum masuk hutan, anggota badan perlulah bersih dan suci daripada segala hadas.

PESANAN PENTING: Mana-mana pendaki mahupun lelaki dan wanita sekali pun mesti kena mandi wajib dulu sebelum masuk hutan. Makhlus halus lebih cenderung untuk mengganggu manusia yang tidak suci tubuh badan.


Kredit Foto: Facebook SuezyHani Shazy

8 – Macam mana kalau diserang period pain ketika di dalam hutan? Saat kesakitan pinggang yang teramat sangat, minta buatkan air panas. Air panas/suam sangat mujarab dalam melegakan kesakitan.

Minta juga bantuan kaum adam untuk membawa sedikit ration/makanan untuk meringankan beban beg. Period pain ni memang sakit sangat. Jadi kaum lelaki minta beri kerjasama ya.

9 – Jangan lupa bawa kain batik atau kain pelikat. Kain batik boleh dijadikan tuala mandi. Dengan ada kain juga, urusan tukar baju akan jadi lebih mudah buat kaum wanita ketika emergency.


10 – Parut adalah musuh kaum wanita selepas terkena gigitan,
and sunburn too! Boleh sapukan bio oil atau virgin oil untuk hilangkan parut. Kulit yang terkena sunburn juga boleh dikurangkan dengan bio oil dan Aloe Vera. Selamat mencuba!

11 – Terus JERIT jika diganggu oleh lelaki gatal atau miang yang cuba mengambil kesempatan ke atas anda. Mana-mana kaum hawa yang diganggu oleh lelaki yang cuba mengambil kesempatan, terus jerit atau mengadu pada ‘GOGO’ atau guider dan minta asingkan diri. Jangan rasa takut dan biarkan keadaan begitu berterusan. Anda ada hak. Fight! Go girls!

12 – Kawal emosi di dalam hutan dan jangan mudah menangis. Dalam keadaan yang lemah dan vulnerable, makhluk halus akan lebih mudah mengganggu diri kita. Rehatkan diri, take 5 and chill, kemudian teruskan melangkah dengan semangat yang positif.

13 – FAKTA bahawa wanita lebih mudah terkena hypothermia (kesejukan melampau). Pakai stokin berlapis dan tutup ubun kepala sewaktu tidur malam. Untuk panaskan badan, minum air panas sebelum tidur.

14 – Kaum hawa yang tidak reti memasak, apa yang perlu anda buat? Lumrah menjadi hikers wanita untuk membantu di dapur semasa orang memasak, tidak kira sama ada anda reti masak atau tidak. Yang mana tak reti tu, rajin-rajinlah bertanya dan jangan takut untuk mencuba.

15 – Bila kaum lelaki suruh kaum wanita mandi dulu di dalam hutan, janganlah ambil masa terlalu lama seperti mandi di rumah. Itu tanda hormat kaum lelaki kepada kaum wanita. Masing-masing akan rasa melekit dan busuk. Jadi, gunakanlah masa itu sebaiknya. Kesian kaum lelaki.

Sekian.

Aktiviti hiking dan bermalam di hutan sememangnya menyeronokkan memberi cabaran baru bagi yang menjalaninya. Hutan memang asing bagi kita. Jadi harus sentiasa beringat kerana ianya sudah seperti berada di dunia lain yang penuh dengan onak duri tersendiri.

Kredit : SuezyHani Shazy

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 8 permainan seru :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post