Pencarian Hero Remaja Edisi 2021 kembali mencari ikon remaja lelaki untuk diketengahkan sebagai bintang dalam industri hiburan Malaysia.
Selepas kemenangan Nadhir Nasir, kini Hero Remaja kembali mencari pelapis baru.
Inilah barisan peserta Pencarian Hero Remaja edisi 2021
Seramai 500+ lebih remaja telah menghadirkan diri dalam sesi ujibakat yang bermula sejak disember 2020. Saringan telah dijalankan dan sebanyak 12 peserta telah disenarai pendek sebagai finalis yang bakal berentap dalam siri Hero Remaja di kaca tv
Jom kita berkenalan dengan finalis Hero Remaja 2021
1. Mierul Aiman
23 • Putrajaya
Pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya ini merupakan wajah utama dalam kebanyakkan persembahan pentas peragaan fesyen tempatan.
Sebagai seorang model, Mierul turut mempunyai misi untuk pergi lebih jauh dalam dunia lakonan apabila turut aktif menambah ilmu serta skil lakonan dengan menyertai kelab-kelab lakonan. Baginya, untuk mengasah bakat perlu bermula dari inisiatif sendiri.
Di samping itu, Mierul juga tidak asing dalam aktiviti lasak setelah dia aktif bermain sukan ragbi sejak tahun 2011 lagi.
2. Ideen Azman
21 • Melaka
Remaja tinggi lampai ini merupakan seorang tenaga pengajar sukan renang dan akan meluangkan masanya dalam sukan tersebut setiap kali memiliki masa terluang.
Ideen yang merupakan anak ketiga daripada empat orang beradik ialah seorang pelajar semester ketiga jurusan teater di ASWARA. Bakat lakonan dan nyanyian bersama instrumen gitar yang diasah sejak kecil telah berjaya meyakinkan keluarganya bahawa ini adalah bidang yang tepat untuknya.
3. Fazziq Muqris
21 • Selangor
Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik ini menarik perhatian ramai dek kerana darah kacukan Inggeris dari sebelah ibunya dan Melayu dari ayahnya.
Fazziq telah melanjutkan pelajaran di UOW Malaysia KDU dalam jurusan Diploma Komunikasi dan Media. Aktif bermain bola sepak, remaja yang mengidolakan Cristiano Ronaldo ini juga semakin aktif sebagai seorang personaliti media sosial.
4. Amir Ahmaf
21 • Terengganu
Anak kelahiran Kuala Terengganu ini baru menamatkan pengajian dari Universiti Pelajaran Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Diploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan atau Games Development. Amir berbakat dalam bidang muzik sejak usia kecil lagi. Kini, Amir turut giat mencipta lagu sendiri.
Semangat kental Amir yang tidak putus asa untuk kembali mencuba uji bakat pencarian Hero Remaja sehingga empat kali sejak tahun 2020 nampaknya membuahkan hasil.
Sedikit kelainan ditampilkan produksi Hero Remaja kali ini apabila hanya mengumumkan 4 finalis terpilih pada setiap episod dalam Hero Remaja PRELUDE, begitulah seterusnya sampai semua 12 finalis diumumkan.
Jadi untuk senarai penuh 12 finalis yang berjaya, korang kenalah tunggu 2 minggu lagi.
5. Afiq Hamidon
20 • Selangor
Tubuh badannya yang tegap sudah menceritakan tentang minatnya menyertai sukan tenis dan renang sejak zaman sekolah lagi. Afiq yang kini aktif menjadikan boxing sebagai hobinya pernah menetap di Amerika Syarikat selama empat tahun.
Pelajar akademi penerbangan ini mengakui meminati bidang peragaan dan lakonan namun masih belum memperolehi peluang terbaik menceburinya. Cita-cita mendapatkan kelulusan sebagai seorang juruterbang juga tetap disemat oleh Afiq.
6. Alif Haiqal
21 • Kuala Lumpur
Pengalaman dibesarkan dalam keluarga sederhana telah mendidik Alif Haiqal untuk lebih berdikari. Merupakan anak bongsu kepada sembilan orang adik-beradik, Haiqal terus mula bekerja bagi membantu keluarganya untuk memperolehi pendapatan sebaik sahaja menamatkan persekolahan.
Latar belakangnya sebagai model, pelayan restoran dan personal shopper di sebuah pasar raya tidak sama sekali cuba disembunyikan Haiqal bahkan menganggap ia sebagai punca rezeki yang mematangkan dirinya. Tentunya dengan peluang mengembangkan bakat ini, Haiqal berharap dia mampu mengubah nasib keluarganya.
7. Aqil Taqeeuddin
22 • Kuala Lumpur
Finalis berdarah kacukan Cina ini merupakan pelajar jurusan Diploma Sains Sukan dari UiTM Shah Alam. Pada mulanya, Aqil pernah bercita-cita ingin menjadi seorang pramugara; namun niatnya itu tidak mendapat sokongan keluarganya.
Percaya bahawa nasihat ayahnya itu akan membuahkan hikmah lebih-lebih lagi melibatkan situasi pandemik sekarang, Aqil meneruskan minat dalam sukan ragbi dan pernah mewakili negara ke Hong Kong pada usia 17 tahun. Semangat jitu dan disiplin dalam bidang sukan itu diharapnya akan terserlah sebagai seorang pelakon kelak.
8. Aryan Naim
24 • Negeri Sembilan
Aryan merupakan di antara finalis Hero Remaja 2021 yang tidak pernah berputus asa mencuba sehingga menyertai uji bakat sekerap empat kali. Berkat kegigihannya terbalas jua apabila anak sulung dari empat adik-beradik ini akan terus menyinar berbekalkan pengalaman ini.
Aryan sebenarnya mempunyai pasangan kembar bernama Mohd Zaim. Namun, mereka mempunyai minat berbeza dan Mohd Zaim leboih fokus dalam menguruskan perniagaan. Memulakan kerjaya sebagai anak seni sejak berusia 20 tahun, wajah Aryan pernah menghiasi iklan komersil serta beberapa buah drama tempatan.
9. Farhan Nordin
23 • Johor
Remaja kelahiran Muar, Johor ini merupakan seorang graduan jurusan TESL di MSU dan berpengalaman menjadi guru selama empat bulan di sekolah menengah ketika menjalani latihan praktikal. Mengakui tugas sebagai guru adalah mencabar, Farhan sedar kesukaran yang perlu dihadapi oleh seorang pendidik demi melihat pelajar mereka berjaya.
Pada ketinggian 193cm, Farhan aktif menggunakan kelebihan fizikalnya itu untuk aktif bermain bola sepak. Sikapnya yang mudah mesra juga pasti akan disenangi ramai.

10. Syazani Zainal
19 • Selangor
Merupakan peserta termuda bagi edisi pencarian Hero Remaja 2021, Syazani mula meminati bidang lakonan setelah mendalami filem dan drama dari Korea Selatan sejak musim PKP. Syazani pernah mencuba nasib dalam sesi uji bakat Hero Remaja 2020 namun sekadar disenarai pendek pada peringkat awal.
Ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya. Remaja yang menjadikan Ji Chang Wook dan Alif Satar sebagai idola dalam bidang lakonan ini tidak sabar untuk melihat potensinya menyinar dan bersaing dengan ‘abang-abang’ finalis lain.

11. Zaid Erakad aka Akad
23 • Selangor
Penampilan Akad yang tegap sudah menceritakan tentang bakatnya dalam bidang sukan. Remaja yang pernah berjaya membawa pulang 4 pingat kemenangan ini telah memikul tugas sebagai seorang jurulatih bola lisut di sebuah sekolah rendah selama tiga tahun.
Kini, Akad lebih fokus kepada tugas menjual nasi lemak bersama ibunya di trak makanan sebagai kerjaya utama. Terdahulu, Akad pernah menyahut cabaran melakonkan watak 'stunt' dalam filem Paskal. Biarpun relatifnya masih hijau dalam bidang seni, remaja yang ceria dan mudah didekati ini berpotensi besar untuk mengembangkan minatnya.

12. Zaim Yazid
22 • Selangor
Zaim mempunyai latar belakang dalam bidang fisioterapi dan merupakan lepasan Diploma Kejuruteraan Baik Pulih Badan dari Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam. Pernah menetap di Australia selama 6 tahun ketika mengikuti ibunya menuntut di sana, Zaim kini aktif menjadi pelatih fitness secara sambilan memandangkan ayahnya membuka perniagaan berfokuskan senaman aerobik.
Remaja yang berkemahiran seni silap mata ini khabarnya telah menurunkan berat badan sehingga 10kg demi menyertai Hero Remaja 2021.

Tu dia selesai sudah misi 3 minggu, apabila kesemua 12 finalis sudahpun diketahui. Siapakah yang bakal menggondol gelaran Hero Remaja edisi 2021 kali ini mengikut jejak Nadhir? sama-sama kita nantikan.

Bermula 3 Julai 2021, Saksikan di Astro Ria Jam 9.00 Malam.
Grand Finale menyaksikan 4 peserta yang mara dan berentap merebut gelaran juara.

Dan keputusannya memihak keapada.
Tempat Keempat : Afiq Hamidon
Tempat Ketiga : Fazziq Muqris
Naib Juara : Aqil Taqee
Juara : Mierul Aiman
Hero Inspirasi : Aqil Taqee
Untuk Barisan finalis HERO REMAJA Edisi lepas
Kredit : Majalah Remaja