10 Trend Gaya Fesyen Pelik Masa Kini Tapi Mungkin Jadi Ikutan Masa Akan Datang

Rekaan fesyen berubah-rubah mengikut peredaran masa. Dalam masa itu, pereka-pereka fesyen cuba mencari idea segar dalam rekaan mereka bagi mencari satu rekaan yang akan menjadi ikutan suatu masa nanti.

Oleh kerana terlalu 'advance' dalam mencari idea, sesetengah rekaan boleh dianggap mengarut dan tidak masuk akal, dari segi rekaan (design) mahupun harga. Anda nilailah sendiri berpadukan 10 Gaya Fesyen Yang Tidak Masuk Akal dibawah.

1 JEAN TRANSPARENT (TOPSHOP)




Jangan cuba hina seluar Transparent I ini. I beli RM400 Oullsss

MOTO Jeans Straight Cut keluaran syarikat Topshop ini diperbuat 100% daripada plastik. Menurut pengeluarnya, seluar transparent ini dijual dengan harga USD100 (RM+400) sehelai amat sesuai dipakai ketika menghadiri festival santai atau parti. Jika ia dipakai di luar rumah, Topshop mencadangkan agar pemiliknya memakai seluar kecil bersama-sama dengan seluar transparent ini bagi menutupi bahagian "ehem-ehem"

Topshop yakin seluar ini akan menjadi ikutan (trending) bagi golongan muda dan amat sesuai digayakan pada musim panas. Rekaan ini bagaimanapun mendapat kecaman netizen di media sosial yang menganggapnya sebagai mengarut dan tidak masuk akal. Korang bayanglah jika kita memakai seluar ini di bawah panas terik. Mahu tak menjadi 'wap berstim' kat dalam. Huhuhu.

2. JEAN BERLUMPUR (PRPS)



Jeans dengan rekaan "Lumpur Tiruan" - Maafkan kami, kami tak mampu pi Dobi
Ini bukan seluar dan kot jeans bundle Pak Cik Ali yang baru balik daripada membajak sawah. Ini adalah sepasang seluar dan kot jean lelaki yang direka dan diedarkan oleh pereka fesyen terkemuka daripada sebuah Syarikat Fesyen Nordstrom. Percaya atau tidak, seluar dan kot yang diselaputi dengan "lumpur tiruan" ini dijual dengan harga USD425 (RM+1,800)!!

Ia merupakan idea dan rekaan oleh PRPS. Mereka yakin rekaan unik ini akan menjadi ikutan bagi golongan muda, sama seperti penerimaan rekaan jean lusuh dan koyak yang pernah menjadi satu fenomena suatu ketika dahulu.

"Rekaan ini diilhamkan daripada pakaian lusuh oleh kebanyakan pekerja-pekerja di Amerika yang menjadi simbolik kepada ketekunan dalam bekerja. Anda perlu bangga dan tidak perlu malu dalam menunjukkan 'kekotoran'" jelas PRPS.

Anda nilai lah sendiri, berbaloi ke tak untuk jeans yang berharga RM1,800 ini. Beli je seluar jeans bundle, dan terjun ke dalam lumpur. Setel.


#3 BEG PASAR MALAM BALENCIAGA



Tepi-tepi semua. Akak nak pi menjual kat Pasar Malam ni. Mohon bagi laluan.

Baru-baru ini beg rekaan baru jenama Balenciaga yang berharga sekitar RM8,000 - RM40,000 menjadi viral apabila beg berkenaan mempunyai rekaan design seakan-akan sama dengan beg plastik murah yang banyak digunakan peniaga-peniaga di pasar malam di Malaysia.

Seakan tidak masuk akal harganya, daripada segi kualiti, beg ini mungkin menggunakan material yang mahal dan tahan lama. Tapi di mata ktorang, ia tetap nampak beg murah pasar malam yang berharga sekitar RM6 - RM10 tu (hehehehe, kasar tak?) Apa kata sister-sister kat luar? Nak beli tak 'handbag' mahal ni?



#4 BEG IKEA BALENCIAGA





Mana satu beg mahal dan bag Ikea? Ce teka
Sekali lagi beg rekaan Balenciaga menjadi 'kutukan' netizan. Kali ini beg mahal ini mempunyai rekaan hampir sama dengan beg plastik murah Ikea. Dari segi warna dan saiz, beg mahal Balenciaga hampir tiada beza dengan beg Ikea (tengok gambar atas)

Apa perbezaan ketaranya? - Harga. Bag Balenciaga dijual dengan harga USD2,145 (RM+8,000) manakala beg Ikea hanyalah USD0.99. Pihak Ikea pernah mengeluarkan kenyataan menyindir dengan merasa bangga dan kagum apabila beg murah Ikea itu menjadi inspirasi buat sebuah syarikat fesyen yang terkemuka.


#5 STOKIN GETAH UNTUK KASUT TUMIT TINGGI (GUCCI)







Stokin Getah Gucci - boleh dipakai ketika membajak sawah. Kompem tak der pacat.
Tak tahu daripada mana idea ini diperolehi, Gucci mengeluarkan satu rekaan aksesori fesyen buat wanita iaitu Stokin Getah yang direka khas untuk dipadankan dengan kasut tumit tinggi rekaan terbuka. Ia dijual dengan harga USD1,190 (RM5,000) berwarna kulit (skin color) dan diperbuat daripada getah.

Stokin ini boleh dipadankan dengan mana-mana kasut tumit tinggi dan sesuai dipakai bagi menghadiri majlis-majlis keramaian. Netizen mula membanjiri laman web Gucci dan mengutuk rekaan ini dan mengelarkannya sebagai stokin paling buruk di dunia yang pernah dicipta (amboi, over sangat oullss)

#6 SNEAKERS KOYAK-RABAK (MAIZON MARGIELA)








Design teliti yang layak dimasukkan ke dalam tong sampah
Sneakers koyak-rabak rekaan Maison Margiela ini seperti sepasang Sneakers yang telah digigit oleh anjing, kemudian dilenyik mesin pengisar dan di biarkan panas hujan selama seminggu. Jangan terkejut, Sneakers yang hanya layak dibuang ini dijual dengan harga USD1,425 (RM+6,000) What The F....

Ia direka teliti oleh seorang pereka Itali dengan menggunakan material mahal, dengan jahitan teliti gabungan kulit dan kain. Teliti sangat (Tangan dibahu, mata ke atas)

7 JEANS BELAHAN PUNGGUNG TERDEDAH (VETEMENTS)





Jean untuk golongan yang selalu tercirit

Syarikat Fasyen Perancis, Vetements berkerjasama dengan Levi's, mencipta satu rekaan jean di tahap yang tidak tercapai dek akal kita. Rekaan jeans terbaru Vetements ini bukan sahaja mempunyai zip di bahagian belakang kaki ke atas betis, tapi juga mempunyai zip dibahagian punggung dari atas hingga ke bawah punggung. Awww, seksi nyah!!!

Rekaan ini dijual dengan harga USD1,800 (RM+7,000) sehelai. Sesuai dipakai bagi golongan yang kerap nak membuang di tandas. Tidak perlu membuka seluar lagi. kikikiki. Kalau semua bahagian nak didedahnya, baik tak yah pakai seluar terus.

#8 BEG TOTO (BALENCIAGA)



Bawa toto anda kemana saja. Nak tido, buka saja toto anda.
Tak tahulah budak praktikal mana yang design bag ini, buat kali ketiganya, syarikat Balenciaga mengeluarkan beg mahal rekaannya yang mendapat kecaman netizen. Mana tidak dikecamnya, beg yang dikenali sebagai Beg Tote ini (nama pun nak sama dengan Beg Toto) dilihat seakan-akan sama dengan beg toto yang mak-mak kita beli kat Malls dan pasar malam tu.

Dengan harga jualan mencecah USD3,670 (RM+15,000) ia digelar sebagai "Beg Sampah" oleh peminat-peminat beg berjenama kerana mempunyai rekaan seperti beg toto yang berharga RM50 dan layak dibuang selepas dibuka. Apa yang tak kena lah dengan designer di Balenciaga ni oiii.

9 JEANS PAKAI TERBALIK (BEN TAVERNITI)




Bila ko nak cepat, ko terlupa nak terbalikkan seluar Jeans ko. Dah jadi satu fenomena beb!
Pereka fesyen, Ben Taverniti memperkenalkan idea baru buat pengemar seluar jeans, iaitu Jeans direka khas seperti seolah-olah dipakai secara terbalik. Ia dijual dengan harga USD1,000 (RM+4,000). Sama seperti namanya 'Jeans Terbalik', segalanya tentang jeans ini direka terbalik, dari segi tekturenya dan butang poket. Disebelah kanan poket jeans ini dicetak "To Create something new, you must first destroy" (Untuk mencipta yang baru, kita harus memusnahkannya dahulu). Jika anda seorang yang bijak, balik rumah dan pakai jeans yang sudah ada secara terbalik dan anda akan terus bergaya! Believe me!

#10 JEANS TRANSPARENT DEDAH LUTUT (TOPSHOP)




Seluar jeans dengan bahagian lutut terdedah. Awas, tidak sesuai untuk pemakai yang lutut hitam berkurap menggerutu.

Pada awal 2017, Topshop telah memperkenalkan satu design jeans terbaru yang dikenali sebagai Moto Clear Panel Mon Jeans. Jeans ini sama seperti seluar jeans yang lain cuma bezanya dibahagian lututnya dijahit 2 keping plastik transparent dari bahagian betis hingga ke lutut bawah. Design ini kononnya menggantikan trend seluar jeans koyak dan juga mengelakkan bahagian lutut jeans kotor jika si pemakai melutut. Cantikkan?


Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post