PMX Umum 7 Berita Gembira Untuk Rakyat Menjelang Aidilfitri 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat beberapa pengumuman menarik menjelang Aidilfitri dalam sidang akhbar pada jam 2 petang 18 April 2023.


Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi:

1. Tol RAHMAH Percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama 4 hari untuk semua pengguna jalan raya bersempena Aidilfitri ini #MalaysiaMADANI bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin) melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.


Berikut senarai plaza tol percuma bermula 19 April - 21 April dan 24 April) sempena Aidilfitri.



2. Kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih telah bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu RAHMAH pada kadar diskaun khas.



3. Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.



4. Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti). Ia bagi memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam untuk merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan. Melibatkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.



5. Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik yang tertumpu kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah (pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah) melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang telah diberikan oleh

pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan. Insentif swasta ini dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit.



6. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera.

Justeru, peruntukan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan sebanyak RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 akan meningkat kepada RM 1 bilion.


7. Kerajaan bersetuju supaya hari Jumaat, 21 April 2023 diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa. Sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, maka secara automatik Isnin, 24 April 2023 akan diisytihar sebagai Cuti Peristiwa.



p/s : Senang kata: PMX tak announce bila Raya (itu bukan bidang tugas PM ya). 
Yg PMX cakap: Tak kisah Raya Jumaat ke Sabtu, cuti Jumaat DAN Isnin, confirm. Tak perlu tunggu pengumuman Raya untuk merancang perjalanan. Have a safe trip back home and a great time with your loved ones, everyone!

Kredit : anwaribrahim

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post