10 Jenis Cendawan Yang Boleh Dimakan & Beracun Di Malaysia

Cendawan memang sedap, buat mereka yang tak makan sayur pun makan cendawan boleh masuk tekak tapi tak semua jenis cendawan kita boleh makan kerana ada spesies cendawan yang beracun dan membahayakan. 

Jadi jom kenalpasti cendawan mana yang boleh dimakan dan mana yang beracun.

Jenis Cendawan

Berikut adalah beberapa jenis cendawan yang boleh dimakan dan jenis cendawan yang tidak boleh dimakan untuk pengetahuan anda

Jenis Cendawan Yang Boleh Dimakan

1. Cendawan Taugeh / Cendawan Tali

jenis cendawan

Jenis cendawan ini biasanya ditemui tumbuh di permukaan tanah yang terdapat anai-anai di bawahnya. Saiz cendawan ini amat kecil iaitu sekitar 20 hingga 30 milimeter sahaja. Cendawan ini berbentuk payung berwarna putih keperang-perangan.

Di bawah bahagian bawah cendawan ini terdapat insang berwarna putih. Cendawan ini mempunyai tangkai yang panjang sekitar 60 hingga 70 milimeter panjangnya. Cendawan ini boleh dimakan dan biasanya ia dimakan secara goreng atau rebus.

2. Cendawan Kukur

jenis cendawan

Cendawan kukur ini biasanya boleh dimakan secara masak lemak ataupun digoreng. Rasanya amat sedap. Rugi jika anda tidak mencubanya.

Jenis cendawan ini berbentuk seakan kipas yang bersaiz 5 hingga 10 milimeter. Ia biasanya tumbuh meliar di atas kayu mati dan amat senang dijumpai. Biasanya dimana ada pokok kayu getah mati maka adalah cendawan kukur ini.


3. Cendawan Enokitake

jenis cendawan

Cendawan Enokitake adalah jenis cendawan yang boleh dimakan. Ia berbentuk panjang berwarna putih seperti tauge.  Enokitake ini dikenali juga sebagai cendawan musim sejuk atau cendawan pinang emas. 

Di tempat beriklim sejuk, cendawan ini tumbuh secara bebas pada suhu udara rendah. Cendawan ini akan mula banyak pada musim gugur hingga awal musim bunga. Jenis cendawan ini juga diketahui sering tumbuh di bawah lapisan salji.

4. Cendawan Tiram

jenis cendawan

Cendawan tiram merupakan salah satu jenis cendawan yang boleh dimakan dan ditanam di Asia sejak dahulu kala. Kini ia ditanam secara komersil di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan yang sama dengan kulat Pleurotus eryngii. 

Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bioremediasi. Ia sering digunakan dalam masakan Cina dan Jepun. Jenis cendawan ini juga sering dijadikan sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.

5. Cendawan Butang

jenis cendawan

Salah satu cendawan yang boleh dimakan dan tumbuh secara semula jadi adalah cendawan butang. Jenis cendawan ini biasanya tumbuh di kawasan padang rumput dan ladang-ladang selepas hujan dari musim bunga sehinggalah datangnya musim gugur di seluruh dunia.

Walaupun ia hanya terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utara, tetapi populasi spesies ini naik secara mendadak. Kini cendawan butang merupakan salah satu cendawan yang paling banyak ditanam secara komersial di seluruh dunia. Ia biasanya ditabur di atas piza dan dimakan bersama salad dan sebagainya. Rasanya amat sedap dan menyelerakan.

Jenis Cendawan Yang Tidak Boleh Dimakan

1. Cendawan Amanita Bisporigera

jenis cendawan

Amanita bisporigera adalah spesies cendawan beracun yang berbahaya dalam keluarga Amanitaceae. Ia biasanya dikenali sebagai cendawan ‘Eastern North American Destroying Angel’ atau cendawan malaikat pemusnah.

Cendawan ini mempunyai payung putih halus yang dapat mencapai hingga 10 centimeter dan panjangnya sehingga 14 sentimeter. Jenis cendawan ini mempunyai dua spora dalam satu induk.

2. Cendawan Pholiotina Rugosa

jenis cendawan

Pholiotina rugosa adalah cendawan rumput biasa yang tumbuh secara meluas dan sangat biasa dijumpai di kawasan Barat Laut Pasifik. Jenis cendawan ini juga telah dijumpai di Eropah, Asia dan Amerika Utara.

Ia mengandungi mikotoksin yang boleh membawa kepada kematian. Awas, jenis cendawan ini tidak boleh dimakan.

3. Cendawan Sulfur Tuft

jenis cendawan

Cendawan sulfur tuft atau clustered woodlover adalah jenis cendawan hutan yang biasa dan sering kali dijumpai ketika hampir tidak ada cendawan lain. Cendawan ini tumbuh secara besar-besaran dalam gumpalan besar pada tunggul, akar mati atau batang pokok yang lebar.

Cendawan Sulfur tuft amat pahit dan merupakan cendawan yang beracun. Jika memakannya, ianya boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan sawan.

Toksin utama di dalam jenis cendawan ini adalah steroid yang dikenali sebagai steroid fasciculol E. Jangan sesekali makan cendawan jenis ini.

4. Cendawan Galerina Sulciceps

jenis cendawan

Spesies cendawan yang sangat berbahaya dan tidak boleh dimakan juga adalah Galerina sulciceps. Ia hidup di wilayah tropika Indonesia dan India, namun kadang-kadang dilaporkan membiak di rumah Eropah.

Jenis cendawan ini mengandungi lebih banyak toksik daripada deathcap (Amanita phalloides). Cendawan ini terbukti mengandungi toksin alpha- (α-), beta- (β-) dan gamma- (γ-) amanitin.

Ia merupakan satu siri keracunan di Indonesia pada tahun 1930-an yang mengakibatkan 14 kematian akibat pengambilan jenis cendawan ini.

5. Cendawan Galerina Marginata

jenis cendawan

Galerina marginata adalah jenis cendawan yang beracun dalam keluarga Hymenogastraceae dari Agaricales. Sudah tentu tidak boleh dimakan.  Cendawan ini mempunyai payung coklat hingga kuning coklat yang pudar ketika musim kering.

Insang cendawan ini berwarna kecoklatan dan memberikan cetakan spora yang berkarat. Cincin membran yang jelas kelihatan pada batang spesimen muda jenis cendawan ini akan hilang seiring bertambahnya usianya.


Cendawan beracun.. Hati-hati.. pic.twitter.com/fccJkWnCoA

— Jalal Misai (@jllmisai) July 14, 2023


Sumber: bidadari.my  

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post