Tutorial Mudah Buat Gambar AI Secara PERCUMA Guna Bing Image Creator

Anda mencari-cari cara buat gambar AI secara percuma? Selalu beredar di sosial media koleksi gambar-gambar AI yang cun melecun jadi terpanggil untuk mencari macamana cara untuk membuatnya? 


Jom kita selongkar tutorial mudah buat gambar AI di bawah menggunakan Bing Image Creator secara PERCUMA sahaja.

Cara-caranya mudah sahaja dan tidak mengambil masa begitu lama untuk disiapkan. Nak tahu macam mana? Ikuti penjelasan lanjut di bawah. Comelnya gambar!

1. Buka Google dan taip Bing Image Creator.



2. Sebelum mula membuat gambar AI, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu.



3. Bila dah berjaya daftarkan akaun, boleh mula tulis ayat mengikut karekter (Prompt : Style - Perspective - Subject - lighting - Keywords) yang anda inginkan. dan tekan Create.


Tunggu beberapa saat untuk gambar anda dihasilkan. Dah siap dan boleh guna gambar AI yang anda buat tadi. Mudah kan?




Selamat mencuba!

p/s : Sehari anda boleh prompt sebanyak 15 kali sahaja, tunggu esoknya untuk kuota 15 kali yang seterusnya.
 




Contoh prompt : Art in exquisite ink painting on white paper with multiple exposures background the malay village, caricature image girl hijab with sunset robe, looking over her shoulder, in enchanted garden with rose, carnation flower, ultra detail surreal sky

Kredit : Amieeza Myza

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post