20 Senario Di Jepun Yang Membuatkannya Seperti Berada Di Sebuah Planet Lain Di Bumi

SENARIO Unik di JEPUN menjadikannya sebuah negara yang lain daripada lain. Ibarat berada di dunia lain. 

Jom kita selongkar based on pengalaman penulis sendiri.

Senario 1
Di sebuah taman Sakura di Gotemba, sebaik saya memasuki tempat letak kereta, terdapat petugas-petugas beruniform yang siap melorong dan menunjuk tempat untuk meletakkan kereta. Pengunjung tidak dibiar tercari-cari atau parkir ikut suka.



Senario 2
Kursus saya bermula jam 9 hingga 11 pagi. Pensyarah tiba jam 8.40, memasang laptop dan berbual sedikit, jam 9.00 memulakan kuliah, 10.40 tamat dan buka untuk soal jawab, jam 11.00 kuliah tamat.

Senario 3
Di tempat kursus, peserta berwuduk di sinki tandas. Keesokannya penyelia datang menghulur beberapa helai kain dan meminta peserta mengeringkan sinki sebaik habis berwuduk.

Senario 4
Di masjid Kobe, di tempat wuduk, lembaran tuala besar disediakan untuk jemaah mengesat sebelum masuk ruang solat. Permulaan masuk ruang solat kering dan bersih.

Senario 5
Di kedai cenderamata di Dotonbori, Osaka, sebaik membeli cenderamata, cashier menghitung wang baki dua kali sebelum memulangkannya kepada pelanggan. Adalah tidak sopan pelanggan yang menghitung semula wang baki yang dikembalikan.




Senario 6
Di kawasan meletak basikal di hadapan stesen keretapi, orang ramai menyusun basikal mereka serapi mungkin demi untuk menjimatkan ruang. Malah ada pula seorang tukang susun semula basikal-basikal itu.

Senario 7
Sewaktu menaiki bas ke lapangan terbang Haneda, pemandu memberikan kertas nombor yang ditag pada beg pakaian saya. Syarikat bas menjamin keselamatan beg penumpang.

Senario 8
Sahabat saya tertinggal handphone dalam keretapi kami dari Osaka ke Kyoto. Kami turun di satu stesen tidak jauh dari Kyoto, tunggu setengah jam dan ketua stesen datang memulangkan handphone berkenaan.

Senario 9
Di sebuah sekolah yang saya lawat terletak 2 jam perjalanan dari Kobe, semua kerja membersihkan bilik darjah, kawasan dan bilik air dilakukan oleh murid-murid. Walaupun sekolah ada tukang cuci, dia hanya bertugas memotong rumput, menjaga lanskap dan lain-lain dua kali seminggu.

Senario 10
Di rumah Air BNB yang saya sewa di Osaka, siap tertera peraturan bagaimana mengurus sampah seperti kertas, aluminium dan plastik. Siap dengan catatan hari apa sampah kertas dikutip, sampah dapur, kaca dan sebagainya. Cara berdisiplin untuk mengasingkan sampah agar mudah dikitar semula.

Senario 11
Sampah dikeluarkan pada pagi hari, siap diikat rapi dalam beg plastik. Di atas beg sampah siap dipasang jaring untuk mengelak anjing atau kucing menyelongkar.

Senario 12
Di Jepun sangat sukar bertemu dengan tong sampah. Penduduk menyimpan sampah dalam beg dan bawa balik buang di rumah.

Senario 13
Dalam gerabak Shinkansen Osaka –Tokyo, setiap kali penyemak tiket atau penjual minuman masuk ke gerabak, mereka akan tunduk hormat kepada penumpang.

Senario 14
Anak saya ingin membeli sebiji muffin di stesen Osaka dan bertanya adakah kandungannya halal. Pekedai memberi layanan dan menelefon kilang muffin berkenaan untuk mendapatkan jawapan.

Senario 15
a) Di jalanraya, hampir tiada kereta atau lori yang mengeluarkan asap.
b) Hampir semua lori bersih, dari tayar hingga ke bumbung.


Senario 16
Drebar teksi memakai sarung tangan putih dan bertopi. Dia menghormati pelanggan dan bercakap sedikit.

Senario 17
Ada berjuta vending mesin di Jepun. Tiada yang tidak berfungsi atau menjadi mangsa vandalism.

Senario 18
Petak jalan kaki bersih dan lengkap, tidak ada yang pecah, mendap, terkopak atau diselaputi rumput.

Senario 19
Dua wanita naik keretapi JR Line dari Kobe ke Osaka. Hanya ada satu tempat duduk kosong. Mereka saling mempelawa untuk duduk. Tiada yang mahu duduk kerana hanya ada satu tempat kosong. Seorang anak muda berdiri supaya mereka berdua dapat duduk. Apabila ada yang turun, wanita tua itu mengajak anak muda yang berdiri tadi duduk pula.
Yamin Ismail

Senario 20
Tiada yang mengangkat suara atau memaki.

Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Yamin Ismail 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post