Masuk PERCUMA 10 Tempat Pelancongan Di Melaka Sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan

MASUK PERCUMA (20 FEB 2024) Sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan, 10 tempat pelancongan di Melaka boleh masuk percuma



1. Zoo Melaka
2. Melaka Wonderland & Theme Park
3. Malaysia Heritage Studios
4. Melaka River Cruise
5. Muzium Penjara
6. Menara Taming Sari
7. Taman Laut Negeri Melaka
8. Muzium bawah PERZIM
9. Balai Cerap Al-Khawarizmi
10. 5 kelab golf Negeri Melaka

Kerajaan Melaka menawarkan kepada pelancong yang berkunjung ke negeri itu untuk masuk dan menggunakan kemudahan secara percuma di 10 tarikan pelancongan pada 20 Februari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata tawaran itu sempena sambutan Hari Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Katanya, pada hari berkenaan juga pelancong akan turut menikmati parkir percuma di semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Kemasukan percuma itu membabitkan perkhidmatan Melaka River Cruise menerusi penyediaan 15 bot di tiga jeti iaitu Jeti Pengkalan Rama, Jeti Taman Rempah dan Jeti Muara.

Selain itu, Menara Taming Sari (9 pagi hingga 5 petang); 21 muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) (9 pagi hingga 5 petang); Zoo Melaka (10 pagi hingga 5 petang, menggunakan sistem `first come first serve'), Balai Cerap Al-Khawarizmi (9 pagi hingga 5 petang).

Di samping itu, Melaka Wonderland & Themepark (6 petang hingga 10 malam), Taman Laut Negeri Melaka (kos aktiviti menyelam sahaja), lima kelab golf Melaka (percuma green fee), Muzium Penjara Malaysia Melaka (9 pagi hingga 5 petang) dan Malaysia Heritage Studios (10 pagi hingga 6 petang)
"Tawaran dibuat berikutan 20 Februari adalah tarikh istimewa dan cuti umum di Melaka sekali gus kerajaan negeri berhasrat meraikannya bersama penduduk serta pelancong," katanya pada sidang media di Seri Negeri di sini, hari ini.


Kredit: Abdul Razak Abdul Rahman (Exco Pelancongan, Warisan, Seni & Budaya Negeri Melaka)

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post