Waktu Buka - Tutup Sempadan Malaysia - Thailand Di Wang Kelian, Padang Besar Dll

Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri, Kebanyakan Lebuh Raya Utama Menjadi Sesak Akibawaktu Operasi Imigresen Sempadan Border Icqs (Bukit Kayu Hitam Rantau Panjang Padang Besar Wang Kelian)Lokasi Dan Waktu Operasi Imigresen Sempadan ICQS.

Berikut ialah senarai jumlah ICQS Malaysia dan waktu operasi imigresen sempadan sepertii berikut :
ICQS Sempadan Malaysia – Thailand

NEGERI NAMA STESEN ICQS LOKASI WAKTU OPERASI

Perlis 
ICQS Wang Kelian Kaki Bukit, Perlis, Malaysia 8.00pagi – 7.00malam
ICQS Padang Besar Padang Besar, Perlis, Malaysia 6.00pagi – 10.00malam


Kedah 
ICQS Bukit Kayu Hitam Bukit Kayu Hitam, Kedah, Malaysia 6.00pagi – 12.00tengah malam
ICQS Kota Putra, Durian Burung Kuala Nerang, Kedah, Malaysia 8.00pagi – 6.00petang



Perak 
ICQS Bukit Berapit Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, Perak, Malaysia 6.00pagi - 11 malam


Kelantan 
ICQS Bukit Bunga Kampung Bukit Bunga, Ayer Lanas, Kelantan, Malaysia 6.00pagi – 7.00malam
ICQS Rantau Panjang Kompleks ICQS, Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia 6.00pagi – 10.00malam
ICQS Pengkalan Kubor/ Kompleks Imigresen Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan, Malaysia 6.00pagi – 7.00malam  


APA ITU ICQS
Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) merupakan sebuah stesen lintasan sempadan, yang berada di sempadan Malaysia, dengan negara Jiran, yang juga menjadi Pintu Masuk dan Pintu Keluar Negara secara legal, bagi Rakyat Malaysia, dan Rakyat Asing, ditempat tersebut, juga dimana adanya operasi pemeriksaan terhadap setiap jenis barang, dan Orang, untuk dicop Pasport, dan memastikan tiada Barang yang terlarang, boleh terlepas keluar dari Malaysia, ataupun boleh terlepas masuk ke Malaysia, kesemua ICQS, ada terletak di Sempadan Malaysia-Brunei Darussalam, Malaysia-Thailand, Malaysia-Indonesia, dan Malaysia-Singapura.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post