18 Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2011 - Otai-Otai Lawak Berentap..!!!

Selepas kejayaan program Maharaja Lawak yang menyaksikan kumpulan Sepah bergelar juara, kini program yang hampir sama kembali. Namun apa yang lebih istimewa, program yang dinamakan sebagai Maharaja Lawak Mega ini bakal menampilkan ‘otai-otai’ lawak untuk berkongsi pentas bagi merebut gelaran Juara Maharaja Lawak Mega. Turut bertanding ialah pelawak dari Singapura dan Indonesia.

Maharaja Lawak Mega..!! Menemui semua peminat mulai 28Oktober 2011 Setiap Jumaat jam 10.00mlm di Astro Warna.!!

Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan PIMAI (Sathiya, Imuda dan Mat Over), HIRO (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), BOBOI (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), ANJE (Achong Sweet Child dan Joey Daud), OSBON (Mr Os dan Abon), BP – Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), RAP (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), COMEL (Radhi Khalid dan Bell Ngasri) dan 3G (Yassin, Didie Alis dan Enot) manakala Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid mengambil langkah berani dengan tampil sebagai peserta solo.

Para peserta turut diberi kebebasan untuk mewujudkan koloborasi antara dua negara seperti yang dilakukan oleh kumpulan SYOK yang dianggotai Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin. Kumpulan GEBU yang dianggotai Hani dan Azian juga pastinya akan menonjolkan keunikan komedi wanita Singapura. Maharaja Lawak Mega juga mengalu-alukan penyertaan peserta dari Indonesia iaitu kumpulan LANUN (Jegan, Elyas dan Salman Al-Farisi), BAWEL (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), kumpulan SAEHU (Eko, Bocil dan Vicha) dan kumpulan CAER (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

1. 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot)



2. Adlin Aman Ramli


3. ANJE (Achong dan Joey)


4. BAWAL POWER (Bob Kuman dan Sobri)


5. COMEL (Radhi Khalid dan Bell Ngasri)


6. GEBU (Hani dan Azian)


7. HIRO (Hamdan,Ilya, dan Ropie Cecupak)


8. Jalil Hamid

9. LANUN (Jegan, Elyas, dan Salman)


10. OSBON (Mr. Os dan Abon)


11. PIMAI (Sathiya, Imuda, dan Mat Over)


12. RAP (Aziz Kota, Pak Lah dan Rama)


13. BOBOI (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)


14. SYOK (Ifa Raziah, Suhaimi, dan Arif Sudin)

Sangat mendebarkan. Macam2 idea pihak produksi bagi menarik penonton melekat pada siaran masing2.. Untuk rancangan Maharaja Lawak Mega ini, pasti masing2 da ada Feveret yang menjadi pilihan..

Pertandingan Maharaja Lawak Mega yang dihoskan oleh pengacara AC Mizal ini bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia...So saper yang bakal menggongoli gelaran Maharaja Lawak Mega, sama2 kita nantikan..!!

----------------------------------------------------------------------

GRAND FINALE

Malam penuh gemilang Maharaja Lawak Mega Akhir menjadi malam yang penuh bermakna buat kumpulan Osbon apabila mereka dinobatkan sebagai juara pertama Maharaja Lawak Mega menewaskan tiga finalis lain.
 

Pengumuman kejuaraan Osbon dibuat oleh hos, Dato' AC Mizal pada malam final tersebut yang berlangsung secara langsung dari Stadium Melawati, Shah Alam. Osbon yang dianggotai dua pelawak veteran, Os dan Abon muncul juara selepas mendapat hasil undian tertinggi penonton dan perkiraan markah daripada juri. Mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM350,000 berserta trofi.

Naib juara pula jatuh kepada kumpulan Boboi, Afdlin Shauki dan Harum Salim Bachik. Mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula dimenangi peserta dari Indonesia, kumpulan Saehu yang dianggotai Eko, Bocil dan Fika.

Tempat ketiga membolehkan membawa pulang wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Manakala tempat ke empat pula dimenangi oleh kumpulan SYOK, gabungan dua negara Malaysia dan Singapura. Mereka juga meraih hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Kesemua finalis telah membuat dua persembahan pada malam ini yang bertemakan bebas dan muzikal. Finalis telah diadili oleh juri tetap pertandingan iaitu chef selebriti terkenal, Dato' Redzuawan Ismail atau Chef Wan bersama lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan serta penyanyi tersohor tanah air, Dato' Siti Nurhaliza. Manakala pelakon yang semakin meningkat naik popularitinya, Aaron Aziz tampil selaku juri jemputan.
 
Sebelum pengumuman keputusan, Naib juara Maharaja Lawak, kumpulan Jozan muncul sebagai artis jemputan untuk menghangatkan lagi malam akhir ini. Jangan lupa untuk terus bersama Astro Warna kerana Raja Lawak Musim ke-6 bakal menemui anda pada 13 Januari 2012.


Ikuti Pautan Ini Untuk Melihat Maharaja Lawak Mega Terdahulu




Maharaja Lawak Mega 4 (2014) 


Maharaja Lawak Mega 6 (2017)

Maharaja Lawak Mega 7 (2018)


Tahniah Diucapkan Kepada semua pemenang. 
Kredit : Gempak / Maharaja Lawak Mega

2 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post