22 Himpunan Iklan Raya Aidilfitri Terbaik 2017, Hangat Diperkatakan Di Media Sosial

Setiap kali tibanya Hari Raya, tidak sah kalau tiada iklan-iklan raya yang memberikan banyak pengajaran yang berguna buat rakyat Malaysia.   Banyak mesej dan kandungan tersirat mengajar dan memberikan pedoman pada kita dalam mengejar hari raya.


Jadi jom kita selongkar iklan-iklan raya tahun 2017 yang tular di media sosial

1. Iklan Raya TNB - Dugaan Raya Aida
Memang havoc giler la iklan raya ni...dengan teknik video editing dan aksi yang superb memang mcm movie pendek. Ditmabah dengan adegan-adegan lucu dan pelakon yang memang sempoi, bestt gilerr!!!

Terbaik TNB.Dh bleh msuk ranking iklan Petronas.They not sell the power but the want u to buy the happiness.


Teruskan Selongkar...



2. Iklan Raya Pos Malaysia - Tepung Pelita Untuk Abah
Iklan raya Pos Malaysia juga antara iklan menarik yang wajib ditonton kerana ada mesejnya tersendiri.



Aduih xtahan pakcik wt tiny love kat abg posmen,,.trbaik la abam posmen😘😘😘


3. Iklan Raya Lazada - Raya Bersama Lazada dengan VR
Tahun ini, Lazada ingin mengejutkan orang ramai dengan memberikan mereka pengalaman raya yang unik!
Awatla lazada x bt surprise mcm ni kat aku..syok la juga..dok nganga kat umah depa mai bg bj raya..best la jugakkk... - Latifah


4. Iklan Raya Digi - Keikhlasan Hati
Paras rupa dan harta benda tidak menjanjikan kebahagiaan, namun keikhlasan hati merupakan asas kesejahteraan. Sebab itulah, kasih sayang adalah duit raya terbaik. #DigiRaya

  
Best nya kn betul duit bkn segalanya keluarga sahabat yg ada sekelilingnya adalah harta yg berharga..😃😃..selamat hari raya adilfitir buat semua


5. Iklan Raya KFC - Joget Abah
Kenapa tradisi Raya itu begitu istimewa? Anak kecil ini cuba mengerti apa yang dilakukan abahnya setiap tahun.

Sedihnya.. teringat arwah mak..walauoun berbelas tahun dah tak ada.. tiap kali raya kite akan buat benda yg sama macam mak buat dulu.. mak pesan bila raya kena happy2, mesti raikan sama2, meriahkan suasana 😢😢 - Adilah 


6. Iklan Raya Myeg - Gitar Buruk
Ramadan is a holy month and a time for self-improvement in various areas. Just like this tale of Rahman and Razif. Let this be a lesson in settling our responsibilities to receive the blessings of Ramadan. Especially things that you often overlook such as quarrels, debts, zakat and so on. For zakat, you can just settle it quickly on https://www.myeg.com.my.



Ucopp dah berlakon tu..hehe

7. Iklan Raya BSN - Riuhkan Raya
Sedang semua orang sibuk dengan persiapan Hari Raya, ada pula yang sibuk nak buat jahat. Mujur ada Raj dan Chong. Apa ceritanya? Jom saksikan filem pendek terbaru daripada BSN. #RiuhkanRayaBSN

Tujuan iklan ni untuk kite 1malaysia ni berpadu...lain kli fahami..bkn tgk n kutuk..bnde mcm ni pon xboleh nk fhm..24jam nk melawak 24jam nk sedih..fhm sngt dh dgn org2 mcm ni..nk kecem silakn..tp lain kli tgk fhm dan contohi


8. Iklan Raya Mingguan Wanita - Meh Mak Simpan
Kes ni majoriti mak ayah selalu buat! Tak banyak mungkin sikit.
Silap-silap ada yang jenis buat diam. Hmmm... nasiblah naakkk...
Tapi ingat... duit raya anak tu hanya boleh guna kalau terdesak ya. Bukan utk beli perabot!
#mingguanwanita
#kuasawanitadisini

9. Iklan Raya Watsons - Legenda Raya
Filem epik komedi komersial Watson (M'sia) 'Lagenda Cun Raya' (Parodi babak filem Melayu 'Dayang Senandong' 1965 terbitan Shaw Brothers Singapura).

 Filem ini mendapat kecaman dari netizen kerana isu perkauman (Racist). Admin rasa takde pun terbangkit isu perkauman lansung. Malah menghiburkan dan lucu walaupun komedinya agak 'kekanak-kanakan'. Namun, Watson terpaksa meminta maaf dan menarik balik filemnya. Admin sengaja upload di sini untuk dikongsi-sama. Anda nilaikan sendiri.


10. Iklan Raya Lazzcafe - Soalan Lazer




11. Iklan Raya CIMB - Pulang Raya
Dari bandar ke kampung halaman, adakah LINAH sempat balik Raya tahun ini?
Kepada semua yang pulang kepangkuan tersayang, CIMB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. #DebitJer #Raya2017






12. Iklan Raya Sinar Harian - Sebelum Terlambat



Video Raya Sinar Harian 2017 'Sebelum Terlambat'
Video membawa mesej kemaafan yang sering diambil mudah sehinggalah ianya terlewat.


13. Iklan Raya Anugerah - Sanjungi Yang Masih Ada
Iklan Raya Anugerah 2017. Nama je anak jantan tapi tak boleh nak jaga mak. Nasib baik anak perempuan dia baik menjaga ibunya sehingga akhir hayat ibunya. sedihnya iklan ni kena pulak Fauziah Nawi yang berlakon memang mantap ler.


14. Iklan Raya Pelaburan Mara - Ikhlas
Ini adalah iklan Raya yang paling sedih untuk 2017. Kisah adik beradik yang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.Di barisi pelakon2 hebat tanahair memang iklan ini pasti membuatkan airmata anda bercucuran di pipi. Berhati2 memandu di musim perayaan ini.


15. Iklan Raya Sunlife - Checklist raya

Shaheizy Sam nak anda dengarkan lagu checklist Raya istimewa ini daripada #SunLifeMalaysia! Kini anda boleh mengingati semua perkara penting untuk persiapan Hari Raya yang best.

16. Iklan Raya Mismis - Mood Balik Kampung
Bertuah kita yang ada kampung. Dapat merasa nikmat beraya di desa.





17. Iklan Raya Hong Leong Bank - Kerinduan
Selagi ada waktu, selagi itu kita masih berkesempatan berbakti dan menyayangi bapa kita. Kasihnya bapa mungkin sering tidak diucapkan melalui kata-kata atau belainya tetapi jauh di sudut hatinya anak-anak adalah sumber inspirasinya dan kebanggaannya. 


Setiap perit, peluh dan keringatnya adalah untuk keluarganya yang tercinta. Selamilah hati ayah anda dan kucuplah tangannya yang telah di mamah usia di Aidilfitri ini untuk segala pengorbanannya. Kasihnya ayah tiada gantinya dan tidak mungkin kita mampu memutarkan waktu.

18. Iklan Raya Celcom - Mak Kata
When it comes to Raya, mum truly knows best!


19. Iklan Raya RHB - Apa Yang Ditunggu-Tunggu
Pengertian Hari Raya untuk setiap individu mungkin berbeza-beza. Tetapi apa yang pasti, kemeriahan yang dinanti setiap tahun adalah beraya bersama-sama famili.

20. Iklan Raya Maxis - Wayang Sayang
Lakonan Beto Kusyairi ni memang best.Sedih pulak ending dia. Kisah pasangan suami isteri yang bakal bercerai tapi tak jadi sebab..... korang kena tengok sampai abis.


21. Iklan Raya UDA Property - Misi Duit Raya
Abam Bocey pun ada berlakon iklan ni. Memang bila raya budak2 lah yang paling seronok sebab dapat duit raya. Mesti korang rindu dengan zaman raya kanak2 dulu kan?? 22. Iklan Raya TM - Keajaiban Ramadan
Terdapat beberapa insiden misteri yang berlaku di Kampung Batu 311 pada bulan Ramadan ini.
Yang hilang, datang balik, yang rosak elok balik, dan pelbagai lagi.


Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari iklan2 di atas...dengan mesej dan kandungan yang mendalam.. serius dah makin kreatif dan best-best iklan raya tahun ni...

Satu perkembangan positif nampaknya... apabila semua pun macam berlumba-lumba menghasilkan iklan/filem pendek sempena raya ni... kitorang pun terhibur...


Iklan Raya 2017 mengikut kedudukan* buat masa ini:
1. PELABURAN MARA
2. TNB
3. TM
4. KFC
5. DIGI
6. RHB
7. AUDI
8. POS
9. ASTRO
10. MISMIS
11. ANUGERAH
12. HYPP
13. YEOS
14. TV3
15. CIMB
16. BSN
17. MYNIC

P/s: Ini adalah pendapat peribadi yang mengambil kira konsep, jalan cerita, sinematografi, skrip, props dan lakonan.
*Kedudukan mungkin berubah. 

Selamat Hari raya semua :) Peace

Untuk paparan Koleksi Iklan Tahun Sebelumnya



Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post