PENERBANGAN DIALIHKAN GARA-GARA PENUMPANG MAHU BERSALIN
MIRI : Sebuah pesawat yang dijadualkan terbang dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada semalam terpaksa dialihkan ke Miri gara-gara salah seorang penumpangnya mahu bersalin.
Pengurus Lapangan Terbang Miri, Zainal Abidin Harun berkata, Pesawat Air Asia AK5194 yang membawa 130 penumpang dan 6 anak kapal itu mendarat di Lapangan Terbang Miri pada pukul 5.28 petang sebaik sahaja mendarat, penumpang yang berasal dari Sandakan yang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur menyatakan tanda-tanda mahu bersalin.

Penumpang berkenaan selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 5.58 petang dan penerbangan ke Sandakan diteruskan pada pukul 6.27 petang tanpa penumpang tersebut.