17 Senarai Perkahwinan Artis & Selebriti Malaysia Sepanjang Tahun 2022

Senarai perkahwinan Artis & Selebriti Malaysia sepanjang tahun 2022. 

Jom kita selongkar antara selebriti tanah air yang mendirikan rumah tangga sepanjang tahun 2022. Meriah bak ang! cantik berseri ratu dan segak bergaya raja sehari.


1. Heliza Helmi & Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman
Penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, 36, kini bergelar isteri ahli perniagaan dipercayai jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11.11 pagi januari 2022.

Heliza sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.




2. Azzam Shah & Sheryl Shazwanie
Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham atau lebih dikenali sebagai Azzam Sham telah selamat di ijab kabul bersama penyanyi Sheryl Shazwanie Binti Shamsulbahri di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan pada awal pagi semalam. Azzam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 bersama dulang cek hantaran, cincin, dan gelang buat Sheryl.


3. Syura Badron & Muhd Farizat Ismail
Kuala Lumpur: Penyanyi, Syura Badron, 36, mengakhiri status ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu apabila melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya. Berita pernikahan Syura yang berlangsung di Masjid As Salam, Puchong, jam 12.30 tengah hari.
 


4. Usop Mentor & Nur Fatihah
Penyanyi Usop Mentor, 24, sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, dalam majlis pernikahan di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang, jam 10 pagi, 4 Feb. 

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Harun Idris bersaksikan bapa Nur Fatihah, Md Hashim Nordin dan bapa Usop iaitu Muhammad Noor Ismail.
 

5. Zulin Aziz & Farhan Norzaini
Zulin temui cinta sejati.. Tahniah dan selamat pengantin baharu Zulin & Farhan Norzaini.
Pasangan ini diijabkabulkan di Masjid Negara, sekitar jam 9.20 pagi Ahad, 20.02.2022



6. Azhar Osman & Sue Sauffi
Rakan duo Hael Husaini sewaktu Akademi Fantasia 2013, Azhar Osman selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya Sue Sauffi.



7. Vanidah Imran & Arif Abdillah Idris
Setelah empat tahun hidup solo, aktres popular Vanidah Imran kini kembali bergelar isteri apabila berkahwin dengan seorang jurutera, Arifabillah Idris.

Majlis pernikahan Vaninah dan Arifabillah, 43, pasangan dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa di ibu kota sekitar pukul 12.12 tengah hari 7 Julai.


8. Wani Hasrita & Mohd Al-Adib

Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular Wany Hasrita, 30, sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, yang berasal dari Kuching, Sarawak di Damansara Perdana,  jam 9.11 malam, 22 Julai.


9. Lia Aziz & Arash Azimi 
Pada 23 Julai lalu, Lia Aziz,19 telah melangsungkan pernikahan dengan Arash Azimi Anuar, 24, yang juga pemain gitar kumpulan Tree Hill di Masjid Al Amin, Puchong, Selangor selepas dua tahun menyulam cinta secara rahsia.

 


10. Shahir Zawawi & Jaskin Jaludin
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Shahir Zawawi, 34, kini sah bergelar suami kepada pasangannya, Jaskin Jaludin, 33, jam 9.10 malam, 2 september. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Jaludin Nongche di majlis akad nikah yang berlangsung di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Center.

Dalam majlis itu, Shahir yang juga juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) menyerahkan hantaran berjumlah RM20,000, manakala mas kahwin sebanyak RM300.


11. Sharifah Amani & Syed Zainal Rashid

Pada majlis tertutup yang dihadiri 200 tetamu itu, Sharifah Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid menerima mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

 

12. Mas Idayu & Muhamad Sufian Isa
Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, 50, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Sufian Isa, 51, yang merupakan Penerbit Eksekutif TV3. Majlis akad nikah itu diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, dengan sekali lafaz, pada pukul 10.40 pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kg Baru, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.



 
13. Adam Lee & Sweet Qismina
Pelakon Adam Lee memilih tarikh pernikahan hari ini dengan pasangannya Sweet Qismina sempena tarikh lahir Sweet. Adam, 28, atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee berkata, pemilihan tarikh 24 Oktober sempena dia mengambil alih tanggungjawab menjadi ketua keluarga dalam hidup Sweet.


14. Najwa Latif & Akwa Arifin

Selebriti dan penyanyi Najwa Latif mendedahkan dia telah sah menjadi isteri kepada ahli muzik, Akwa Arifin dan menamatkan zaman bujangnya pada usia 27 tahun.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif menerusi laman Instagramnya

 

15. Syifa Melvin & Safawi Rashid

Dengan sekali lafaz, Safawi Rasid pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) selamat bernikah dengan pempengaruh Syifa Melvin yang juga merupakan adik kepada Syatilla Melvin. Tahniah buat pasangan pengantin #SyiFawi (Syifa = Safawi). Nur Syifa Athirah dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam disaksikan oleh bapa kandungnya, Amirol Melvin dan pelakon Shaheizy Sam, suami Syatilla Melvin.
 

16. Da'i Syed & Hana Ismail

Pasangan selebriti, pendakwah bebas Da'i Syed, 27, dan pengacara, Hana Ismail, 36, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Ibnu Mas'ud, Kuala Lumpur, jam 11.40 pagi. Pasangan itu dinikahkan jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas gelang emas.



17. Reen Rahim & Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin

Tahniah Reen Rahim kini sudah bergelar isteri. Pelakon wanita popular itu telah selamat disatukan dengan ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.
Pada tarikh 24 Disember dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di Boraombak Marina pada pukul 9.30 malam Reen telah dinikahkan oleh bapanya Abdul Rahim Abd. Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim dengan mas kahwin RM1,988 berserta sedulang barang kemas.



Selamat mendirikan mahligai gading semoga bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat


Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post