20 Artis Malaysia Yang Berkahwin Sepanjang Tahun 2013

Tahun 2013 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi.  Ramai artis dan selebriti menamatkan zaman solo dengan mendirikan rumah tangga di tahun ini membabitkan selebriti terkenal Malaysia.


Disini antara senarai perkahwinan selebriti yang menjadi bualan hebat para peminat. Walauapapun, semoga ikatan perkahwinan yang dibina mereka ini berkekalan dan dipenuhi dengan berkat dari Allah SWT hendaknya. Amin.

Jadi jom kita selongkar.. perkahwinan artis sepanjang tahun 2013

1. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
4 Feb 2013

Perkahwinan Aeril Zafrel merupakan perkahwinan paling kontroversi pada tahun ini. Setelah penafian demi penafian dilakukan, akhirnya pasangan ini mengakui mereka telah berkahwin sebanyak dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 pada 4 Februari 2013.

Bukan itu sahaja, Aeril dan Wawa turut mendedahkan mereka sudah dikurniakan dengan seorang anak, Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 ogos 2013. Pengakuan pasangan ini mengundang lebih banyak spekulasi. Satu demi satu kisah di sebalik perkahwinan itu menjadi bacaan umum.



2. Rozita Che Wan & Zain Saidin
11 Dis 2013
Biarpun belum berkahwin pada hari ini, cerita kahwin pasangan ini memang mendapat publisiti meluas sebaik sahaja mereka mengumumkan perancangan untuk berkahwin. Apa tidaknya, sepanjang tempoh percintaan mereka ada sahaja kontroversi yang dikaitkan dengan mereka.

Dek kerana itu, peminat-peminat pasangan ini mengharapkan Che Ta dan Zain Saidin cepat-cepat mendirikan rumah tangga. Bakal bernikah pada 11 Disember ini, majlis perkahwinan Che Ta dan Zain Saidin boleh dianggap sebagai ‘wedding of the year’ kerana berjaya mendapat nilai tajaan tertinggi. Bukan itu sahaja, pasangan kontroversi ini juga memilih beberapa destinasi luar negara sebagai lokasi penggambaran foto-foto pra perkahwinan mereka.


3. Fizo Omar & Mawar Abdul Karim
10 Nov 2013
Pertemuan tanpa dirancang atas urusan kerja akhirnya menyatukan Fizo Omar dan Mawar sebagai suami isteri. Fizo merancang sebuah video yang begitu romantik bagi melamar Mawar menjadi ratu hidupnya.

Tambah unik, Fizo turut melamar Mawar di dalam sebuah pawagam dengan bersaksikan pihak keluarga dan juga pihak media yang membuat liputan. Pasangan ini akhirnya disatukan pada 10 November lalu di kediaman Mawar di Kajang.

Biarpun ramai peminat yang suka melihat pasangan ini, namun tindakan Fizo mengahwini Mawar tetap mengejutkan peminat kerana usia perkenalan mereka cukup singkat. Fizo dan Mawar memilih untuk bercinta selepas berkahwin dan dapat dilihat mereka kini sedang bahagia menyulam cinta.

Teruskan Selongkar....

4. Izzue Islam & Awin Nurin
2 jun 2013

Perkenalan pasangan ini bermula enam tahun lepas sewaktu Awin yang juga mempunyai sebuah agensi pencari bakat menawarkan Izzue sebagai pelakon tambahan dalam drama Kampung Jagung. Pada masa itu, Izzue bekerja sebagai pembancuh air di sebuah kedai makan bersebelahan dengan salon kepunyaan Awin yang terletak di Petaling Jaya.Mereka mula rapat dan kemudiannya jatuh cinta. Macam kisah drama juga bukan?

Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 23 dan Nurinafilah atau Awin, 31, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, 58, dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi.
Majlis serba sederhana itu diadakan di Dewan Shah Alam di sini pada Ahad.Pengantin perempuan menerima 11 Dinar sebagai mas kahwin dan RM11,111.11 sebagai wang hantaran.


5. Diana Amir & Mohd Habib Bullah A. Rahman 
25 Oktober 2013 
Perkahwinan Diana Amir dan pasangannya dianggap agak menarik kerana majlis perkahwinan pasangan ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada Metrowealth International Group (MIG) yang ketika itu didakwa menghalang artis di bawah pengurusan mereka bercinta dan berkahwin. Diana Amir merupakan artis pertama yang mendapat tajaan sebegitu.

Biarpun mendapat tajaan,  pasangan ini tetap memilih mengadakan majlis secara sederhana. Berbeza dengan adat perkahwinan Melayu lain, pasangan ini tidak bertukar dulang hantaran sebaliknya hanya menerima senakhah Al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1000.

6. Adam dan Fiza Halim (Elite)
26 sept 2013

Keputusan yang diambil oleh Adam dan Fiza untuk berkahwin mengejutkan semua pihak kerana perkenalan yang agak singkat antara mereka. Memilih untuk bercinta selepas kahwin, penyatuan pasangan selebriti ini merupakan contoh terbaik kuasa jodoh.

Mengenakan persalinan berwarna putih, pasangan selebriti ini dinikahkan di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam dengan mas kahwin sebanyak RM300. Adam dan Fiza bernikah setelah dua bulan berkenalan secara serius.

7. Abby Abadi & Farhan
9 Julai 2013

Abby Abadi mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan bahawa dia telahpun bernikah dengan seorang jejaka berusia 24tahun pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan. Pengumuman dibuat Abby selepas 12hari bergelar isteri dan Abby mengakui bahawa penikahannya yang kedua ini dilangsungkan di selatan Thai kerana mahu mempermudahkan banyak urusan.

Selepas itu, Abby dan Farhan mengadakan majlis resepsi dan rumah terbuka tidak berapa lama selepas hari raya Aidilfitri. Namun begitu, Abby tidak lari daripada menerima kritikan apabila dia mengenakan inai dan bersanding kerana peminat mendakwa itu adalah amalan penganut Hindi yang tidak sepatutnya menjadi ikutan.

8. Raja Azmi dan Mohd Eddie Ghazali
16 Julai 2013



Perkahwinan kali kedua penerbit penuh kontroversi, Raja Azmi di usia 54 tahun juga turut mencuri perhatian. Ini kerana Raja Azmi atau lebih mesra dengan panggilan Kak Mi merupakan bukti kepada pepatah cinta tidak mengenal usia.

Tindakan pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 16 Julai 2013 turut mendapat kecaman segelintir pihak, namun penerbit ini enggan mempedulikan kata-kata negatif kerana tindakan tersebut diambil atas permintaan anak-anaknya yang menginginkan agar Kak Mi melalui proses bertunang, bernikah dan bersanding seperti yang dilalui oleh pasangan pengantin baru yang lain.

9. Fouziah Gous & Zhafran Yusof
21 Sept 2013


Perkahwinan Fouziah Gous sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat. Ini kerana sahabat baik Iqram Dinzly ini sudah beberapa kali didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan VIP. Pelakon ini boleh dikatakan mengambil risiko besar apabila membuat persiapan kahwin pada saat-saat akhir memandangkan keputusan untuk berkahwin pada 21 September dibuat tiga minggu sebelum majlis berlangsung.

Majlis pertunangan dan pernikahan Fouziah menjadi bualan hangat tetamu yang hadir. Bagaimanapun dalam dua keadaan berbeza. Selain menjadi buah mulut kerana berlangsung dalam suasana meriah dan mewah, majlis pernikahannya menjadi bualan juga kerana berlaku insiden yang agak memalukan.

Pertama, acara menjadi agak kelam – kabut kerana jurugambar yang bertugas terpaksa bergelut dengan anggota Rela yang menyukarkan mereka menjalankan tugas. Satu lagi insiden ialah pihak media yang terpaksa duduk di tangga masjid bagi menjamu selera kerana tempat makan petugas media tidak disediakan.

10. Black Mentor & Naquia Yasirah 
13 september 2013
#Black #Mentor #Nikah — with ~ BLACK MENTOR ~.

Tahniah kepada Black Mentor atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 26, selepas penyanyi itu selamat bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan sekitar jam 12.10 tengahari 

Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa Naquia Yasirah sendiri dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu di hadapan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya. Kedua-dua Black Mentor dan Naquia Yasirah yang mengenakan persalinan rona putih tersenyum sepanjang majlis akad nikah berlangsung. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki.

Dulang-dulang hantaran dari pihak lelaki berupa sepasang kasut berjenama Charles & Keith, beg tangan berjenama Channel, sebentuk cincin, set pewangi BVLGARI, iPad Mini, set kosmetik Kanebo, dan sepasang telekung.

11. Amar Asyraf & Arna Salleh 
7 jun 2013 Nikah
Amar Asyraf dan Arna Salleh nampak sama cantik dan sama padan dalam persalinan pengantin serba putih. Majlis pernikahan ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga terapat sahaja tanpa kehadiran media.

11. Beego & Linda Hashim
8 jun 2013 Nikah
Beego Fans & Linda hashim Selepas menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012, Beego (Mohd Aszerul Nizam Abdullah) sah bergelar suami kepada Linda Hashim (Norhazlinda Hashim), hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan pada 8 Jun 2013 di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju

12. Ras Adiba & Ilias Yaakob
28 Julai 2013
Bekas pengacara TV3, Ras Adiba Radzi, 45, selamat diijabkabul semalam bersama lelaki pilihan yang juga penasihat kewangan, Ilias Yaakop, 45, bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Ras Adiba yang tampil menarik dengan gayanya tersendiri telah dinikahkan oleh bapanya, Mohd. Radzi Wahab, 73, pasangan berkenaan disatukan dengan tiga kali lafaz sekitar jam 6.10 petang semalam.

Pada majlis tersebut Ras menerima mas kahwin RM99 dan wang hantaran RM10,000. Pihak lelaki turut memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

13. Pierre Andre & Nur Hidayah

Dengan hanya sekali lafaz, Pierre Andre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Bin Nazrul Andre, 28 tahun , sah bergelar suami kepada Siti Nur Hidayah, 26 tahun pada hari Ahad lalu. Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang.

Majlis pernikahan dijalankan dalam keadaan sederhana dengan dihadiri oleh lebih kurang 200 tetamu. Pengantin perempuan menerima 7 dulang hantaran dan membalasnya dengan 9 dulang. Mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM20,000 telah dihantar oleh pengantin lelaki.


14. Wan Maimunah & Makpol Saimon

Pelakon Wan Maimunah telah selamat diijabkabulkan bersama seorang usahawan, Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin membimbing ke jalan yang diredhai Allah di Tropical Inn, Johor bahru kira-kira jam 8.20 malam, semalam.

Pasangan ini selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor, Makhadzir Abdan dengan berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah.

15. Ashraf Muslim & Wan Sakinah
Pasangan ini mengemparkan rakyat Malaysia dengan berita pernikahan mereka di Thailand malah ia berlaku diluar pengetahuan isteri pertama Ashraf iaitu Dayana. Majlis persandingan itu berlangsung dengan meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat handal mempelai. Pasangan ini tampak segak dan cantik dengan busana moden berwarna hijau. Malah ditambah seri lagi apabila Wan Sakinah sudah pun disahkan hamil.


16. Salima AF4 & Ustaz Syed
30 Nov 2013
http://selongkar10.blogspot.com/2013/12/10-imbasan-perkahwinan-artis-malaysia.html
Tahniah diucapkan kepada Salima AF4 di atas pernikahannya dan majlis resepsi dengan Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre di Chemor, Perak pada 30 Nov 2013. Majlis nikah tersebut khabarnya telah berlangsung secara sederhana dengan dihadiri saudara mara dan sahabat handai.

Difahamkan, Ustaz Syed Abd Kadir sebelum ini pernah berkahwin dengan wanita yang menetap di Singapura bernama Sharifah Wafa’ Alhadad. Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Syed Abdul Rahman, 7, Sharifah Sumayyah, 4, dan Sharifah Zainab, 2.

17. Fara Wahidah & Abdul Shukur
16 Dis 2013
http://selongkar10.blogspot.com/2013/12/10-imbasan-perkahwinan-artis-malaysia.html

Dengan hanya sekali kali lafaz, penyanyi Farawahida telah pun selamat bergelar isteri kepada Abdul Shukur Bin Mohd Zain tepat jam 10.30 pagi16 Dis 2013 .Pasangan ini telah dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria.

Fara menerima tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang. Fara menerima mas kahwin RM1000 beserta dua bertuk cincin. Di majlis pernikahan tersebut, Fara kelihatan lebih tenang berbanding suaminya yang mnegalirkan air mata saat sah diijabkabul.

18. Adam Shah & Fatin Nur Afeefa
perkahwinan Adam Shah & Fatin Nur Afeefa - Tahniah kepada pasangan pelakon terkenal, Adam Shah dan Fatin Nur Afifah yang selamat bergelar suami isteri sah dengan sekali lafaz pada 21 Disember lalu. Fatin Nur Afifah yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan kelihatan tersenyum sepanjang majlis akad nikah berlangsung.



19. Aril AF & Puteri Erma

20 Dis 2013
Penyampai radio ERA fm & juga bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-7, Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril AF7 telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Puteri Erma Adlinda binti Haji Megat Aminuddin selepas solat Jumaat di Kota Bharu, Kelantan.dengan sekali lafaz sekitar jam 3.10 petang, 20 Dis 2013

Mungkin agak berlainan sedikit berbanding negeri negeri lain, pihak pengantin lelaki menerima sembilan dulang hantaran dan turut berbalas sembilan dari pihak perempuan termasuk dengan mas kahwin berjumlah RM15,000.


20. Safee Sali & Shasha
21 Dis 2013
Wanita Indonesia yang berasal dari Riau iaitu Sasha akhirnya sah menjadi isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali. Mereka berdua selamat dinikahkan pagi semalam (21 Disember) di sebuah hotel dekat Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia iaitu di daerah kelahiran isterinya.
Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada 28 Disember 2013 di Kampung Dato Kamaruddin Tambahan, Bidor, Perak. Semoga perkahwinan Safee dan Sasha berkekalan sehingga ke akhir hayat.

21. Linda Onn & Ungku Azhar
27 Dis 2013
Tahniah diucapkan kepada penyampai radio Linda Onn, 36 tahun yang kini sudah sah bergelar isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34 tahun. Majlis perkahwinan telah berlangsung sekitar jam 5.45 petang jumaat dan bertempat di Masjid Bukit Indah Ampang. Pasangan ini pada mulanya telah berkenalan sejak bulan Ogos 2013 lalu dan kini telah mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2013.

22. Azura Zainal & Cristiano Genuino Da Silva
28 Dis 2013 

Tahniah diucapkan kepada penyampai radio dan pengacara popular, Azura Zainal yang telah selamat menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Cristiano Genuino Da Silva pada 28 Disember lalu.




Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post