3 Kesan Sampingan Tidur Selepas Sahur..!!!

3 KESAN TIDUR LEPAS SAHUR
------------------------------





"Letih lah bangun sahur awal. Lepas sahur dan subuh mesti terus nak tidur. Berat betul mata" kata Tijah.
.
"Ada kesan tak kalau tidur lepas sahur" soal Tijah lagi bersungguh.
.
Mungkin ramai ada soalan seperti Tijah. Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah jadi satu kemestian.
 
Teruskan Selongkar...

3 KESAN tidur lepas sahur:
.
1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.
.
2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula berbunyi seawal jam 10 pagi.
.
3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.
.
Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.
.
Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Boleh boleh?
.
Dr Rizal Abu Bakar

#bahagiandakwahjakim
#sunnahsahur

2 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post