15 Pickupline Aidiladha Hari Raya Korban Untuk Awak

Pikapline sempena hari raya korban Aidiladha pula, Kalau boleh setiap perayaan pun ada pickupline nya yang tersendiri. Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan keupayaan mereka mengeluarkan pick up line yang menarik. 


Ramai yang Pm tanya raya korban takde pickupline ke? So here we go
Without U, I can't spell lembu, jadi jom kita selongkar antara koleksi pickupline-pickupline sempena hari raya korban 

1. Raya haji dah nak dekat ni.
Awak bila nak dekat dengan saya?

2. Awak tau tak apa beza awak dengan lembu?
Apa?
Tiada bezanya sebab ku cinta pada mooooo 

3. "Awak korban apa raya tahun ni?" 
Sy korban jiwa raga saya hanya untuk awak. 

4.  Hari ni Hari Raya Korban. Bila awak nak korbankan ego untuk nyatakan cinta awak pada saya? 
Dah lama saya korban masa. 

5. Awak Korban apa tahun ini?
saya ingat nak korbankan zaman bujang saya untuk awak!



6. "Girl: Awk korban lembu xtak tahun ni? 
Boy: X. Girl: Dh tu ape yg awk korbn kn? 
Boy: Saya korbnkn hati ini hnya utk awk, Syg."

7. Raya Haji tengah berlangsung, Kita berdua bila nak langsung?

8. Kalau tak mampu korbankan lembu, korbankanlah hati awak untuk saya.

9. Hari Raya korban makan rendang, 
Bila pandang you hati i menendang-nendang.

10. "Tahu tak kenapa lembu bunyi dia muu muuu?"
knp? 
Sebb aku tanpa mu  bagai layang-layang terputus talinya ciaa cia



11. Lembu utk ibadah korban dah kena ikat. 
yang awak tu, bila lagi nk jadi ikatan yg sah utk saya 😂

12. Walaupun awak beraya berseorangan,
Namun ketahuilah bahawa saya sentiasa di sini menemanimu

13. "Pakcik korban berapa ekor lembu raya haji ni ?" 
"seekor. kamu ?" 
"saya korbankan segala-galanya untuk anak pakcik"

14. Esok korban kambing ke lembu? 
Oh saya korbankan diri saya untuk jadi menantu pakcik je.

15. Awak nak dengar satu kisah tak?
Apa dia?
Saya nak tambat lembu, tapi tertambat nama u pulak dalam hati i

Sekian.

p/s : Apapapun yang baik dijadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.  
Dalam duk berpickupline bagai sempena hari raya korban yang mulia ini eloklah juga banyakkan amal beribadat dan beramal soleh.  

Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha, mari sama-sama kita renungkan kembali kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membuktikan kecintaan terhadap Allah SWT melebihi segala-galanya.

Pandai asah pisau.
Pandai potong daging lembu.
Pandai cuci perut lembu.
Pandai masak daging bakar.
Nak apa lagi???  
Selamat Hari Raya Korban semua.




Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post