15+ Bayi Comel Artis Malaysia Yang Lahir Di Sepanjang 2014..!!!

Cahaya mata...adalah sesuatu yang tak ternilai harganya.. Setiap tawa dan senyumnya mampu mengubat duka... Pastinya bila tahun lepas heboh dengan perkahwinan setahun kemudiannya kembali dengan cerita anak pula...

Klik Sini  Bayi Artis Malaysia yang Lahir Sepanjang tahun 2013

Jadi jom kita selongkar baby-baby artis di malaysia yang comel-comel lahir di sepanjang tahun 2014.


Khairul Fahmi Che Mat & Launiey Natasha
Nama Anak : Kayla Elayna (Anak Pertama)
3 Feb 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex hari ini selamat bergelar bapa selepas isterinya, Leuniey Natasha selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.75kg sekitar jam 3.00ptg, 3 Feb 2014 di hospital Pakar Perdana, Kota Bharu - Kelantan.

Apex juga telah memberi nama KAYLA ELAYNA untuk Puteri sulung nya , Apex telah memuat naik surat beranak nama anak nya di laman sosial untuk memberi tahu nama tersebut kepada umum.

Bagi Apex tarikh 03.02.14 adalah sangat bermakna bagi nya kata nya jika di campur ke tiga nombor tersebut 3+2+14 = 19 , 19 adalah nombor kegemaran Apex yang mana jersi yang di pakai nya dengan pasukan Kelantan adalah ber no 19. Namun bagi Apex semua itu adalah secara kebetulan dan Apex juga berharap dengan kelahiran cahaya mata nya akan bertambah kebahagian hidup mereka sekelurga.

Khai & Rosma
4 Jan 2014
Anak Kedua
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.htmlhttp://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Khai dan Rosma yang telah selamat menimang cahayamata keduanya pada kira-kira jam 6.56 petang, Sabtu lalu. Berita gembira ini dikongsikan Rosma menerusi akaun Instagramnya dengan turut memuatnaik wajah comel anak keduanya itu.

"Inilah buah hati terbaru kami..skrg danish dh jd abg yeayy!!.. Tq kpd semua yg mendoakan rosma.alhamdulillah, Rosma selamat bersalin pd hari sabtu,pukul 6.56ptg.name kami akan bg tau nanti yek."

Teruskan Selongkar...

Beego & Linda Hashim
Nama Anak : Jelita Clarissa (Anak Pertama)
24 April 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Isteri kepada pelakon Beego iaitu Linda Hashim selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.62 kilogram pada pukul 12.20 pagi Rabu yang dinamakan Jelita Clarissa. Isteri kepada pelakon Beego iaitu Linda Hashim selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.62 kilogram pada pukul 12.20 pagi Khamis.

Beego memberitahu, dia dan isterinya sepakat memberikan nama Jelita Clarissa kepada bayi mereka yang membei maksud 'Jelita Yang Jelas'. Pelakon itu juga memberitahu dia dan isterinya menitiskan air mata apabila Jelita selamat dilahirkan selain berasa cukup gembira dengan kehadiran Jelita kerana ia melengkapi rumah tangga mereka yang dibina.

Aishah Sinclair & Sheikh Abdul Shahnaz
Anak Kedua
6 April 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html  
Aishah Sinclair telah berkongsi sekeping foto di laman Instagram miliknya selepas selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 6 April lalu.  Menerusi kapsyen ‘And so they finally meet… After 39 weeks and 5 days. #sisters #motherhood #blessed’, ramai yang mengagak ahli keluarga barunya itu adalah bayi perempuan.

Untuk pengetahuan, Aishah atau nama sebenarnya Aishah Jennifer Sincalir mendirikan rumah tangga dengan Sheikh Abdul Shahnaz pada 2006 dan dikurniakan puteri sulung bernama Soraya Ann pada 2010. Hasil perkongsian hidup itu, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Soraya Ann yang kini berusia 4 tahun.

Ashraf Muslim & Wan Sakinah
Nama Anak : Sarah Ashraf (Anak pertama)
5 April 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Melalui laman instagram, isteri kedua Ashraf Muslim memaklumkan berita gembira mengenai kelahiran anak sulung pasangan ini. Tepat jam 11.50 malam tadi, Wan Sakinah Ahmad Saburi telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal seberat 2.51 kg di Tropicana Medical Centre.

Melalui mesej bergambar di instagram, Wan Sakinah melahirkan rasa gembira kerana anak nya itu mempunyai 2 orang ibu, Dayana yang merupakan isteri pertama Ashraf Muslim.


Farah Asyikin & Suami
27 Mac 2014
Anak Pertama
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Tahniah diucapkan kepada penyanyi yang popular dengan lagu 'Kembali Lagi Di Sisimu', Farah Asyikin yang telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 Mac lalu.
Bayi lelaki tersebut telah dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.87 kilogram pada jam 2.40 petang.
"Alhmdulillah... A healthy baby boy was born yesterday (27 March 2014) at 2.40pm, weighs 3.87kg. Thank You, Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahiiim... for making me a proud Mommy," tulis Farah menerusi akaun Instagramnya.

Daus Af 8& Isteri
Nama Anak : Delysha Senzela (Anak Pertama)
7 April 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Tahniah diucapkan buat bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelapan, Daus yang kini bergelar bapa apabila isterinya, Syaza telah selamat melahirkan anak sulung mereka, semalam.
Menerusi foto yang dikongsi oleh rakan artis, Anne Farina di Instagram, Syaza telah melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.41 kilogram di Bintulu Medical Centre.

"Saya suka nama-nama klasik dan nama bunga, namun isteri pula suka nama yang ada makna dalam bahasa Arab. Akhirnya saya mengalah dan bersetuju dengan pilihan nama oleh isteri saya iaitu Delysha Senzela. Dalam bahasa Arab, Delysha ialah gembira, manakala Senzela adalah sejenis bunga,"  kata Daus.

Untuk rekod, Daus dan Syaza telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2013.



Fazreen & Isteri
Nama Anak : Rizqin Uwais (Anak Pertama)
6 Mei 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Bayi pertama pasangan pelakon Fazreen, Rizqin Uwais ini dilahirkan secara normal dengan berat 2.9kg di Hospital Ar-Ridzuan Ipoh Perak. Sebelum ini isteri kepada pelakon berusia 29 tahun ini pernah keguguran sebanyak dua kali di awal perkahwinan mereka.

Liyana Jasmay & Fathuddin
Nama Anak : Sofia Arissa (Anak pertama)
12 Mei 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 25, selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9 kilogram, tepat pukul 7.40 malam di Hospital Prince Court pada 12 Mei 2014

Zaquan Adha & Ayu Raudhah
Nama Anak : Aryann - Anak Kedua
2 Mei 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha yang telah menyambut kelahiran anak kedua mereka pada Jumaat lalu, kira-kira jam 2.15 petang dengan berat 2.73 kilogram. Cahaya mata lelaki ini adalah yang kedua bagi pasangan ini selepas dikurniakan anak sulung, Aisy Qaiser yang kini telah berusia 14 bulan.


Safura &  Sharonizam Noor
Anak Keenam
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
PENYANYI dan pelakon, Safura Yaacob selamat melahirkan anak keenamnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), baru-baru ini.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Safura yang juga isteri kepada pelakon, Shahronizam Noor melahirkan bayi perempuan dengan berat 2.55 kilogram. Keadaan kedua-dua beranak ini dilaporkan sihat.

Lisdawati & Fauzi Nawawi
Nama Anak : Ahmad Nur Fyrdaus
14 Jun 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Gambar-gambar ini diambil ketika Fyrdaus berusia 6 hari.

Lisdawati telah selamat melahirkan Ahmad Nur Fyrdaus pada 14 Jun di Hospital Selayang secara normal. Sebelum ini, Lisdawati dan Fauzi Nawawi mempunyai 2 orang cahaya mata perempuan


Didie Alias & Norisham Ismail
Nama Anak : Muhammad Dayyan (Anak ke Enam)
27 Jun 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
 Didie Alias yang telah selamat bersalin bayi lelaki kira-kira jam 3.35 pagi 27 Jun 2014 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Ini merupakan anak pertama Didie, 41 dan suaminya, Norisham Ismail sejak mendirikan rumah tangga kali kedua pada 2009. Menerusi perkahwinan pertamanya, Didie telah dikurniakan lima orang cahaya mata.

Shajiry & Yusnita Yusof
Nama Anak : Nur Keysha Amanda (Anak pertama)
1 Julai 2014, 8.48pg
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html

http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Shajiry yang telah menimang cahaya mata sulung pada 1 Julai lalu hasil perkahwinan bersama isterinya, Yusnita Yusof. Bayi perempuan yang dilahirkan tepat jam 8.48 pagi dengan berat 2.77 kilogram telah diberi nama Nur Keysha Amanda Binti Mohamad Shajiri.



Amar Asyraf & Arna Salleh
Nama Anak : Amar Taufiq  (Anak Pertama)
7 Ogos 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Tahniah diucapkan kepada pelakon Amar Asyraf yang telah bergelar bapa apabila isterinya, Arna Salleh selamat melahirkan bayi lelaki. Berita gembira ini dikongsikan Amar bersama pengikut di akaun Instagram dengan memuat naik fotonya yang sedang mendukung anak sulungnya itu.

Popular menerusi drama Setia Ke Hujung Nyawa satu ketika dahulu, Amar Asyraf kini sudah pun bergelar seorang bapa kepada seorang anak lelaki yang diberi nama, Amar Taufiq. Telah berkahwin dengan Arna Salleh pada 7 Jun 2013 di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak. kehadiran cahaya mata pertama ini pastinya melengkapkan lagi keluarga pelakon tampan ini.

Isterinya, Arna Salleh selamat melahirkan anak sulung mereka di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pada jam 4.50 petang melalui kaedah Caesarean. Amar turut berada di samping isterinya ketika melalui proses kontraksi, namun doktor mencadangkan agar isterinya bersalin menerusi kaedah Caesarean kerana terdapat komplikasi.

“Saya memang sudah mengambil cuti selama dua minggu khas untuk berada di samping isteri saya. Tak sampai hati apabila rakan-rakan berkongsi cerita yang proses kontraksi begitu menyakitkan. Apabila doktor mencadangkan untuk menggunakan kaedah Caesarean, itu membuatkan saya lagi tidak sabar menunggu kerana saya berada di luar bilik bedah.

Saya namakan anak saya lebih kurang dengan nama saya iaitu Amar Taufiq. Tahun ini saya sambut Raua penuh keceriaan yang mana tahun lepas saya mendapat seorang isteri manakala tahun ini raya dapat anak pula,” ujar Amar sambil tertawa.


Lan Kristal & Sheila
Anak Ketiga
Nama Anak :  Muhammad
7 Julai 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Tahniah diucapkan buat vokalis kumpulan Kristal, Lan yang baru sahaja dianugerahkan seorang cahaya mata lelaki. Isteri penyanyi itu, Shiela selamat melahirkan anak ketiga pasangan ini pada jam 4.24 pagi tadi. Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad dan ibunya kini berada dalam keadaan sihat.
"Alhamdulillah...Isteri saya dah selamat melahirkan hero kami MUHAMMAD pd jam 4:24 pagi td. Terima kasih kpd semua yg mendoakan ya! Nanti saya upload pic hero kami...:)", ujar Lan menerusi laman facebook dan twitternya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga 5 Disember 2009 yang lalu dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan sebelum ini.


Scha Al-Yahya & Awal As-Ashaari
Lara Alana (Anak Pertama)
22 Julai 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua." Untuk rekod, Awal dan Scha telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.

Irma Hasmie & Syah Redza Azmeer
Irma Nur Naylie (Anak Kedua)
18 Julai 2014

http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html

Pelakon Irma Hasmie dan suami, Redza Syah yang telah dikurniakan cahaya mata kedua, Sabtu 18 Julai 2014 lalu. Menerusi foto dan status yang dimuat naik oleh Redza Syah, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan.

"Assalammualaikum...Segala puji hanya untuk Allah SWT...Selamat datang ke dunia ni sayang, ikrar kami untuk menjaga & bertanggungjawab ke atas dirimu sebagai hadiah yang tidak ternilai dari Allah...jadilah anak yang solehah itu harapan kami...Daddy, Mommy @irmahasmie & abang #redzasyahirfhan love you for the sake of Allah SWT...Lillahitaala," tulisnya. 


Ally iskandar & Farah Lee
Mariam Isabel (Anak pertama)
8 Ogos 2014
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html
http://selongkar10.blogspot.com/2014/09/15-bayi-comel-artis-malaysia-yang-lahir.html

Tahniah diucapkan kepada pengacara Ally Iskandar yang kini bergelar bapa apabila isterinya, Farah Lee telah selamat melahirkan anak sulung mereka pada 7 Ogos lalu.
Menerusi perkhabaran yang diumumkan menerusi akaun Facebook miliknya, Farah telah melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital swasta di Shah alam, pada jam 9 malam.
"Alhamdulillah perjalanan bersalin sangat dipermudahkan. 4 cm to fully dilate only took about 10 minutes and less than 1 hout in labour room. Tapi, boleh mengigau bila teringat balik pertempuran semalam. patut bersalin itu ganjarannya syahid," tulisnya.

Selamat berpantang buat Farah Lee, semoga cahaya mata ini akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah kepada ibu bapanya.

 Noryn Aziz & Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

Nama anak : Raja Bariq Umar Shah Anak Pertama  
25 Ogos 2014
Anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad telah dilahirkan secara normal dan kini kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.
Tentunya kehadiran cahaya mata ini amat dinantikan oleh Noryn dan suami kerana sebelum ini Noryn pernah mengalami keguguran.


Sabhi Saddi & Rosi Aswani
Anak Kedua
4 September 2014
 
Tahniah buat penyanyi kelahiran Sabah, Sabhi Saddi dan isterinya Rosi Aswani yang telah dikurniakan cahaya mata yang kedua pada 4 September yang lalu. Rosi telah selamat bersalin di Hospital Pakar Shah Alam.


Kebetulan kegembiraan berganda apabila kelahiran anaknya juga adalah sama dengan tarikh lahirnya sendiri.
Nurul Syuhada Nurul Ain & Raja Amir
Kembar sepasang ~ Raja Abdul Mateen (boy)  & Raja Nour Emaan (Girl)
21 September 2014

Nurul memberitahu telah dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang perempuan. Proses kelahiran dilakukan secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui pembedahan. "Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya," ujar Syuhada  
Untuk rekod Nurul Syuhada dan suami, Raja Amir Shah Raja Azwa telah selamat diijabkabulkan pada 16 Julai 2011 dalam majlis yang berlangsung di binjai On The Park, KLCC. 

Rozita Che Wan & Zain Saidin
Aaisyah Dhia Rana ~ Anak Pertama
1 Nov 2014
Pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atas kelahiran anak pertama mereka, seorang bayi perempuan jam 2.18ptg 1 Nov 2014


Zahid AF & Sarah Julifa Yusof
4 Nov 2014
Anak Pertama
 Jutaan tahniah diucapkan kepada Zahid AF yang kini telah pun bergelar seorang bapa. Isteri pengacara radio Era FM ini iaitu Sarah Julifa Yusof, 26, telah pun selamat melahirkan cahaya mata  sulung mereka, di Hospital Tunku Azizah, Sri Rampai, Kuala Lumpur petang semalam.


Fasha Sandha & Jejai 
Anak Kedua
Putri Raysha Jemaima 
Perempuan 7 Nov 2014
Pelakon Fasha Sandha disahkan oleh suaminya, Jejai di laman sosial Instagram selamat melahirkan bayi keduanya sebentar tadi. Difahamkan Fasha Sandha dan puterinya selamat dilahirkan dan bayinya kini berada di dalam keadaan sihat. Jejai yang bersyukur dengan kurniaan ilahi itu turut berkongsi nama puterinya iaitu Putri Raysha Jemaima.

 Suki Low & Jeremy Chong
Anak Pertama
1 Dis 2014
Suki & Suami

uara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama terbitan 8TV, Suki Low selamat melahirkan anak lelaki diberi nama Chong Ethan 1 Disember lalu. 

Bayi itu dilahirkan secara normal di Hospital Columbia Asia dengan berat 3.25 kilogram sekitar 9 pagi.

Suki berkahwin dengan pengurusnya sendiri, Jeremy Chong pada 12 Disember 2012. Perkenalan sejak 2007 antara mereka akhirnya membuahkan benih cinta setahun kemudian.

Tahniah mereka yang menimang cahaya mata buat tahun 2014..Pastikan ianya memberikan sinar baru dalam kehidupan


Klik Sini  Bayi Artis Malaysia yang Lahir Sepanjang tahun 2013

5 comments

Muji Anto said...

http://gambarawekmelayu.com/gambar-bayi-comel/

Hamelia Hamid said...

comel2 je semua

Anonymous said...

Comelnya anak che ta gebu

Ika said...

Bestnya.... masing-masing.. ;))))

PAK BUDIMAN DI MALANG said...

Saya sangat berterima kasih banyak MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan pesugihan dana ghaib nya kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok MBAH RAWA GUMPALA itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekaran sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan MBAH,,bagi anda yang ingin dibantu sama MBAH RAWA GUMPALA silahkan hubungi MBAH di 085 316 106 111 insya allah beliau akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan ini tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blok MBAH PESUGIHAN DANA GHAIB

Powered by Blogger.