10 Cahaya Mata Selebriti Malaysia Yang Lahir Sepanjang 2018

Kalau sebelum ni ada nama seperti Aishaa Dhia Rana, Yusof Iskandar Lara Alana yang merupakan pelapis orang kata generasi anak-anak selebriti Malaysia yang popular dan menmpunyai pengikut yang tersendiri di media sosial. Kelahiran bayi-bayi ini ternyata mempunyai tarikannya tersendiri. Manakan tidak belum pun lahir, pelbagai akaun palsu diwujudkan untuk meraih populariti si comel ini.


Tidak lama lagi, tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya. Pada tahun ini, begitu ramai selebriti yang menerima khabar gembira kerana menyambut kelahiran ‘orang baru’ dalam keluarga mereka. Ada yang pertama kali bergelar ibubapa dan tidak kurang juga yang menambah ahli keluarga. 

Jadi jom kita selongkar 10 bayi selebriti paling popular berdasarkan pengamatan kami! 
1) Mikayla Danisha ( Norman Hakim & Memey Suhaiza)



Pasangan popular, Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah menamakan anak perempuan mereka dengan nama Mikayla Delisha Hakim yang lahir pada 12 Julai lalu.

Nama dan wajah anak ketiga hasil perkahwinan Norman dan Memey itu dikongsi menerusi laman Instagram. Norman menjelaskan, Mikayla bermaksud pemberian Allah manakala Delisha menggambarkan rasa gembira dan menyebarkan elemen positif. Semoga menjadi anak yang solehah ya!

2) Jeanelle Nika Mandagie ( Dato Jovian Mandagie & Datin Nina Ismail Sabri)




Setelah lama menanti kelahiran bayi sendiri, akhirnya Dato’ Jovian Mandagie dan isteri, Datin Nina Ismail Sabri bergelar ibu dan ayah kepada Jeanelle Nika Mandagie.

Sebelum ini, Jovian dan Nina sendiri telah bergelar ibubapa angkat kepada anak-anak Yusri KRU dan Lisa Surihani serta anak Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Mencuri perhatian sebelum ini, pasangan ini telah mengadakan majlis aqiqah dalam serba mewah dan meriah!

3) Mohamed Neyqayl Nedim (Nora Danish)



Tanggal 22 Februari 2018 merupakan tarikh yang cukup buat bermakna buat Nora Danish dan Nedim Nazri yang menimang cahaya mata sulung mereka.

Nora selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.98 kilogram melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara. Bayi comel tersebut dinamakan sebagai Mohamed Neyqayl Nedim yang kini sentiasa membuatkan netizen geram dengan keletah nya.

4) Inara (Jep Sepahtu & Sari Yanti)  




Pelakon kecik molek berwajah comel Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata pada 25 April lalu. Bayi perempuan tersebut merupakan kelahiran anak ketiga bagi Sari Yanti yang sebelum ini telah memiliki dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 8 dan Basit Al-Haq, 6 hasil perkahwinan terdahulu.

Kegembiraan menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga disambut dengan penuh bahagia apatah lagi suami Sari,Jep Sepahtu telah membuka akaun Instagram untuk anak perempuan mereka, Dariya Inara yang mencecah 84,000 pengikut dalam masa 48 jam selepas diwujudkan!

5) Moleiq ( Johan & Ozlynn)


Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn sentiasa mencuri perhatian dengan memuat naik video telatah mereka sekeluarga. Malah pasangan ini sering dipuji kerana mendidik anak secara bersederhana.

Malah kelahiran anak mereka yang kelima mereka yang dinamakan sebagai Moleiq menceriakan lagi suasana. Terdahulu, pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Ariq, 13, Sodiq, 8, Haziq, 5 dan Chantiq 3 tahun.

6) Yusoff Al Qardawi ( Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Nur Shahida)



Kelahiran anak keempat pasangan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida yang diberi nama Yusoff Al-Qardawi ternyata melengkapkan keluarga besar ini.

Malah majlis aqiqah Yusoff turut dibuat secara besar -besaran bagi mensyukuri akan kelahiran bayi comel ini.

7) Sarah Ilham Shah ( Datin Vivy Yusof)




Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan comel pada 10 Oktober lalu.Vivy dan Fadza telah berkahwin pada 2012 dan memiliki dua cahaya mata Daniel Azim Shah, 5, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun.

Diberi nama sebagai Sarah Ilham Shah, Fadza mewakili Vivy turut mengucapkan terima kasih atas segala doa dan ucapan yang diberikan buat isteri dan anak mereka

8) Anggun Darniella ( Diana Nasir)


Sebelum ini, Diana Nasir terlebih dahulu mencuri perhatian apabila melahirkan anak sulung nya merupakan kembar perempuan yang dinamakan Anggun Darleesa dan Anggun Darleena yang kini berumur 1 tahun 10 bulan.

Setahun selepas itu, Diana sekali mencuri perhatian dengan melahirkan seorang lagi bayi perempuan pada 10 November lalu yang dinamakan Anggun Darniella.

9) Jebat Jayden Ahmad (Sharnaaz Ahmad)



Kecil-kecil lagi sudah kacak! Itulah yang diperkatakan ramai netizen mengenai anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila.

Sharnaaz dan Nabila yang mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan menimang cahaya mata pertama pada 30 Ogos lalu memberi kombinasi nama unik, Jebat Jayden Ahmad.

10) Siti Aafiyah Khalid ( Datuk Seri Siti Nurhaliza)  



Kelahiran bayi paling popular ini benar-benar mencetuskan fenomenanya tersendiri. Dilahirkan pada Mac yang lalu, ketika itu sebanyak 60 akaun Instagram palsu telah diwujudkan bersempena nama kepada anak penyanyi popular ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Berita kelahiran Siti Aafiyah menjadi topik utama di kebanyakan berita utama stesen televisyen tempatan dan turut menerima ucapan tahniah daripada beberapa tokoh negara termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad. Tidak dinafikan, Siti Aafiyah adalah bayi yang paling popular untuk 2018!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newscoviral

Sumber: hangat.com

Untuk mengikuti pautan Anak Selebriti Yang Lahir Sebelum ini, Klik







Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post