12 Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 3 (2016) Otai Masih Berbisa..!!!

Program Gegar Vaganza kembali di tahun 2016 dengan musim ketiga. rancangan realiti tv yang mengetengahkan bintang-bintang yang pernah popular dengan satu single kembali berentap di satu pentas.

Barisan peserta Gegar Vaganza Musim 3 (2016)


 

Promo #GEGARVaganza3"...sporting lg idola2 zaman 90an ni..

12 penyanyi yang bakal menggegarkan pentas GV 3 ialah Ameng Spring, Zarul Umbrella, Razis Ismail, Gmie Screen, Rem dan Shidee Data mewakili enam peserta lelaki.



Manakala enam peserta wanita pula sangat dikenali dengan kehebatan vokal masing-masing dan mereka ialah, Nora Ariffin, Siti Sarah, Elly Mazlein, Azharina, Intan Sarafina serta Zur Eda.

1. Azharina Nazir

AZHARINA AZHAR
31 - Sabah

Keluarga & Latar Belakang:
Janda; Anak seorang

Pendidikan & Kerjaya
SPM; kini Penerbit Dokumentari

Album:
Azharina(2002) Seandainya(2003) Nina (2004)

Lagu Hit:
Seandainya, Elergi Sepi, Rawan

Sejarah Awal Karier:
Umum mengetahui bahawa gelaran Juara Bintang HMI yang digondol pada 2001 (menewaskan antaranya Misha Omar, Asmidar, Farawahida dan Siti Sarah) telah membuka peluang untuk Azharina bertapak dalam industri; namun tak ramai yang mengetahui bahawa bakat seninya diwarisi daripada datuknya seorang penyanyi lagu asli terkenal di Sabah.

2. Elly Mazlein


Elly Mazlein
SHARIFAH AIDA MAZLINA SYED HANAFI
35 - Perak

Album:
Sutera Kasih (1997) Bungaku (2001) Elly (2001) Sabarlah Hati(2013)
.
Lagu Hit:
Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Bungaku Bakawali
.
Sejarah Awal Karier:
Ditawarkan menjadi artis rakaman setelah menghadiri ujibakat di NAR Records. Kini lebih dikenali sebagai pelakon.


3. G-Mie (Screen)

G-Mie (Screen)
HAJMI HAJI IBRAHIM
45 - Klang

Album:
Sha Na Na(1995) Kau Saja Di Hati (1997) Orang Yang Ku Sayang Sayang (1998) Permata Hati(2000) Manja Kekasihku (2001) Kembali (2005)
.
Lagu Hit:
Tak Suka Tak Apa, Bila Cinta Didusta, Kita Ditakdirkan Berpisah

Sejarah Awal Karier:
Bermula dengan kugiran-kugiran kampung. Pernah menganggotai 3 band termasuk Unique (bersama SRC, 1995) sebelum menganggotai Screen pada tahun yang sama dan akhirnya mula menempa nama.
.

4. Intan Sarafina


Intan Sarafina
UNGKU INTAN SARAFINA UNGKU YAHYA
35 - Shah Alam

Album:
Kembali (2000) Dua (2002)
.
Lagu Hit:
Kembali, Duhai Malam

Sejarah Awal Karier:
Muncul juara Pesta Flora ketika berusia 15 tahun, dan terus ditawarkan kontrak syarikat rakaman. Pernah berkhidmat sebagai pramugari Air Asia sebelum mendirikan rumahtangga.
.

5. Nora


Nora
WAN NORAFIZAH ARIFFIN
43 - Kelantan

Album:
Sedalam (1991) Sandiwara (1994) Debaran (1995) Naluri (1996) Hanya Satu (1998) Kirana (2000) Abstrak Nora -Koleksi Terbaik (2000) Nora Nora (2002) Cinta Satu Dekad (2003) Samudera (2006) Memori Hit Nora (2009) Hikmah (2012)
.
Lagu Hit:
Di Persimpangan Dilema, Dendam Dalam Diam, Secebis Harapan, Samudera, Hadirlah Kekasih, Desa Tercinta, Hanya Satu, Menyemai Cinta Bersamamu, Joget Kelantan
.
Sejarah Awal Karier:
Muncul juara Bintang HMI 1991 dan terus ditawarkan menjadi artis rakaman. Walau bagaimanapun, populariti Nora hanya melonjak setelah melahirkan album kedua, menerusi lagu hit Di Persimpangan Dilema.

6. Razis Ismail



Razis Ismail
MOHAMED GHAZALI ISMAIL
56 - Pulau Pinang
.
Album:
Hadirmu Membawa Sinaran (1982) Lain Dulu Lain Sekarang (1983) Mawar Bukan Milikku (1985) Kepulangan (1986) Terserah (1987)
.
Lagu Hit:
Kepulangan, Mawar Oh Mawar, Hadirmu Membawa Sinaran
.
Filem
Mawar Merah (1987) bersama Raja Ema
.
Sejarah Awal Karier
Kerjaya seni bermula di Bakat Pesta Pulau Pinang 1981; muncul Juara Keseluruhan menewaskan Zaiton Sameon.
.

7. Rem


Rem
RAMZANI KASSIM
42 - Sibu, Sarawak 

Album:
Rem (1997) Impian Cinta (1999) Setiap Waktu (2002) Satu Suara (2004)
.
Lagu Hit:
Selingkar Kasih, Semua Orang Tahu, Impian Cinta, Erti Kasih
.
Sejarah Awal Karier:
Aktif menyertai pertandingan nyanyian di seluruh Sarawak sehingga di ’senaraihitam’ kerana terlalu kerap menang. Akhirnya ditawarkan menjadi artis rakaman Warner Music setelah menjuarai pertandingan carian bakat pop oleh syarikat itu pada 1996.

8. Sarah Raissudin


Siti Sarah
SITI SARAH RAISUDDIN
32 - Kuala Lumpur

Album:
Sarah (2002) Mimpi Pun Sama (2003) Tiada Dikau Tiada Makna (2005) Kompilasi -Satu Kepastian (2007)
.
Lagu Hit:
Kesetiaan, Ke Hujung Dunia, Bersamamu, Jangan Kau Mimpi, Menari Denganku ft. Zahid
.
Sejarah Awal Karier:
Menjadi buruan syarikat rakaman seperti NAR Record, Warner Music dan lain-lain selepas menyertai pertandingan nyanyian anjuran majalah hiburan Hai, URTV & Bintang RTM.

9. Shidi (Data)


Shidi (Data)
RASHIDI RASHID
43 - Pulau Pinang

Album:
Sayu (1992) Tunduk Mengalah (1994) KasihKu Tetap Abadi(1998) Mengulit Kenangan (2000) Best Of Data (2001) Lagi Best Data (2002) Rahsia KesabaranKu (2004) Memori Hit Data (2005) Satu Persoalan (2007) Nangis Beb! (2010) Syasya lyana (2012)
.
Lagu Hit:
Permaisuri, Tunduk Mengalah, Nyanyian Rindu Buat Kekasih, Mengulit Kenangan, Sayangku (sedang hit di Era)
.
Sejarah Awal Karier:
Ditawarkan menjadi artis rakaman FMC setelah menjuarai sebuah pertandingan kugiran. Walaupun album sulung Data diterbitkan pada 1992, Data hanya mula dikenali pada pertengahan 90an.

10. Zarul (Umbrella)


Zarul (Umbrella)
ZARULKEFLI HUSIN
43 - Kajang 

Album:
Seribu Rahmat (1995) Hujan Panas (1997)
.
Lagu Hit:
Ramalanku Benar Belaka, Bukalah Hatimu
.
Sejarah Awal Karier:
Bermula bersama kumpulan Umbrella di bawah bimbingan Saari Amri pada 1994 dan sempat melahirkan dua album sebelum menarik diri dari dunia hiburan pada tahun 1998 untuk berkhidmat dengan MAS sebagai pramugara.


11. Zur Eda


Zur Eda
ZUR EDA MOKHTAR
51 - Sg Buloh

Album:
Pelitaku (1987) Lama TakJumpa (1990) Kelmarin (1993)
.
Lagu Hit:
Pelitaku, Lama TakJumpaKelmarin
.
Sejarah Awal Karier:
Menjadi buruan syarikat rakaman seperti NAR Record, Warner Music dan lain-lain selepas menyertai pertandingan nyanyian anjuran majalah hiburan Hai, URTV & Bintang RTM.
.

12. Ameng (Spring)


AMENG (SPRING)
WAN AMINUDDIN WAN ISMAIL
47 - BESUT, TERENGGANU

Album:
Spring (1991) SampaiHati(1992) Bourgenvilla(1994) Jujur(1995) 5 (1996) BaladaGemilang(1996) Luahan(1997) KeranaBudi (1998) HatiMahuBaik(2001) LangkahSemakinJauh(2003) PujaanGemilang(1995) GaleriGemilang(1999) TerusGemilang(1999) KegemilanganSpring (2003) Spring VS Slam (2004)
.
Lagu Hit:
Sejiwa, Sampai Hati, Bourgenvilla, Butakah Cinta, Romantis, Sepi Tanpa Cinta, Pesanan Buat Kekasih, Kerana Budi Ku Jatuh Hati, Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta
.
Sejarah Awal Karier:
Mulanya diuji bakat sebagai penyanyi solo, tetapi ditawar menjadi penyanyi kumpuan Spring; menggantikan penyanyi asal yang jatuh sakit dan terpaksa menjalani pembedahan

GV3 masih mengekalkan pelawak Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai pengacara serta Ramli MS dan Khatijah Ibrahim juga masih kekal dikerusi pengkritik tetap.

Untuk melihat kehebatan dan merasai kemeriahan GV3, Siaran Langsung akan diadakan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula 16 Oktober ini, jam 9.00 malam.

Siaran langsung GV3 juga boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

--------------------------------------

GRAND FINALE
Persembahan yang konsisten saban minggu serta nyanyian penuh jiwa ketika menyampaikan lagu tugasan serta sering mendapat pujian juri ternyata memberi kelebihan buat Azharina Azhar untuk dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ketiga. 


Sebagai juara Azharina membawa pulang pelbagai hadiah lumayan, termasuk wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo bernilai RM60,000 dan pakej percutian ke Itali berjumlah RM15,000.

(Kredit Gambar: Mazlan Yunos Photography) 

Bersama Naib Juara, Siti Sarah dan Tempat Ketiga, Zarul 
 


Kredit : Astro Gempak

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post