12 Poster Finalis AJL 34 Stylo Habis Dengan Warna Pop

12 buah lagu sudahpun menempatkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 34 kali ini. Dua penyanyi Bob Yusof & Fairuz Misran menggantikan tempat Faizal Tahir & Dato Siti Nurhaliza yang memilih untuk tidak bertanding di Pentas AJL.



Empat buah band Drama Band, Hazama & Penglipur Lara, Masdo & Akim & Majistret berjaya bertanding di peringkat akhir ini selain itu lagu Bangun nyanyian AmanRa merupakan satu-satunya lagu bergenre Hip-Hop yang berjaya ke Final.
Aina Abdul dan Naim Daniel masing-masing membuat penampilan solo dan sulung pada final kali ini dan mempunyai tajuk lagu yang sama iaitu "Sumpah".


Berikut senarai lagu yang berjaya melayakkan diri ke AJL34:

1. Drama
Penyanyi: Drama Band
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib
Penulis lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib




2. Ku Bersuara
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Penulis lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham



3. Anta Permana
Penyanyi: Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong



4. Sumpah
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul



5. Lembah Kesepian
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran




6. Sumpah
Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel, Omar K
Penulis lirik: Naim Daniel



7. Peneman
Penyanyi: Hazama The Penglipurlara
Komposer: Tam
Penulis lirik: Tam




8. Dinda
Penyanyi: Kugiran Masdor
Komposer: Ali Sariah
Penulis lirik: Ali Sariah



9. Bangun
Penyanyi: Aman RA
Komposer: Navigator
Penulis lirik: Aman RA




10. Kisah Cinta Kita
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali
Penulis lirik: Datuk A. Aida



11. Ragaman

Penyanyi: Fairuz Misran
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo
Penulis lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan



12. Rampas
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim, Laq
Penulis lirik: Bunga Cantik


Terdahulu, sebanyak 30 lagu dipertandingkan di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 34.

Kesemua 30 lagu yang layak dinilai berdasarkan 60% penilaian juri profesional dan 40% lagi menerusi undian peminat.



Jangan lupa saksikan Final AJL34 pada 9 Februari 2020 Live Dari Axiata Arena, Bukit Jalil.
hanya di tV3

Koleksi Poster finalis AJL terdahulu, Klik Link









Kredit : Tv3Malaysia

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post