12 Poster Finalis AJL35 Berentap Di Malam Kemuncak

Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah pertandingan muzik tahunan berprestij yang dianjurkan oleh stesen penyiaran TV3 bagi mengangkat karya komposer, penulis lirik dan penyanyi tanah air sejak tahun 1986. 



Setiap lagu yang dipertandingkan telah melalui pencalonan di program mingguan Muzik-Muzik, seterusnya bertanding di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir dan akhirnya 12 buah lagu terbaik dipilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu.



Jadi untuk tahun 2021, tidak kurang hebat dan kemeriahan terasa dengan banyak elemen kejutan yang dinantikan peminat industri muzik tempatan, antaranya persembahan Nabila Razali dengan lagu Peluang Kedua, alunan vokal Ernie Zakrie, Aina Abdul, Aishah, Azlan & Typewriter, Pembawakan Aishah & Shiha Zikir Menerusi lagu Tok Ti dan banyak lagi.

Jadi jom kita selongkar poster-poster finalis Anugerah Juara Lagu 35 yang bertanding di malam kemuncak.

1. Aina Abdul - Semalam
Komposer & penulis lirik : Aina Abdul


2. Aishah - Aku Bidadari Syurgamu
Komposer : Ippo Hafiz
Penulis Lirik : Siti Rosmizah


3. Amir Masdi - Kau Sakiti
Komposer & Penulis Lirik : Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage


4. Azlan & The Typewriter - Jangan Khianati Aku
Komposer  & Penulis Lirik : Dark


5. Ernie Zakri - Gundah
Komposer  & Penulis Lirik : Ernie Zakri & Sharon Paul


6. Floor88 - Hutang
Komposer  : Zai Hamzah
Penulis Lirik : Achoi Floow 88


7. Hael Husaini - Hati
Komposer  & Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong


8. Kaka Azraff, Noki & Loca B - Gila
Komposer & Penulis Lirik : Noki, Loca B & Ezra Kong
 

9. Nabila Razali - Peluang Kedua
Komposer  & Penulis Lirik : Hael Husaini & MFMF.


10. Shiha Zikir, KMY KMO & Luca Sickta - 7 Nasihat
Komposer  & Penulis Lirik : KMK KMO & Luca Sickta


11. Wany Hasrita & Dato' Jamal Abdillah - Belenggu Rindu
Komposer  & Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong


12. Zizi Kirana - Eh
Komposer : Navigator & Zizi Kirana
Penulis Lirik : Mambang & Zizi Kirana


Waktu Siaran
AJL 35 Ahad, 14 Mac 2021, 9:00 malam - TV3
LOUNGE AJL 35 Ahad, 14 Mac 2021, 8:30 malam - TV9
DEBARAN AJL 35 Sabtu, 13 Mac 2021, 5:30 petang - TV3


Anugerah yang dipertandingkan
Anugerah Juara Lagu 35 akan menobatkan Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.


Pengacara AJL35

Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad & Haziq Husni



Hos Lounge
Akan di hos kan oleh Sissy Iman & Muaz


Siapakah yang bakal menjadi Juara Lagu AJL35 ini, pasti ramai punya favourite yang tersendiri. Sama-sama kita nantikan



Kredit : TV3Malaysia

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. if anyone who want to get information about new technology wireless headphone for gaming, workout, swimming, brand and solution of the problem
    best headphones for gym

    ReplyDelete
Previous Post Next Post