11 Makanan Khas (Signature Dishes) Setiap Negeri Di Malaysia

Bila sebut je negeri ini terus terbayang makanan apa yang terkenal disitu. Setiap negeri-negeri di Malaysia ini mempunyai makanan khas tersendiri yang telah menjadi identiti bagi kawasan dan penduduk setempat.

Jadi jom kita selongkar.

Nasi Dagang (Terengganu)



Foto : Tourism Malaysia

Cuba bayangkan anda dihidangkan dengan sepinggan Nasi Dagang berlaukkan kari ikan tongkol dan kuah banjir. Pasti kecur air liur dan tidak sabar-sabar lagi mahu menikmatinya.

Nasi Dagang adalah satu contoh makanan tradisi dari Terengganu. Selain daripada Nasi Dagang yang berasal daripada Terengganu, saya akan kongsikan juga beberapa jenis makanan tradisi lain yang sedap dari setiap negeri di Malaysia.
Nasi Kerabu (Kelantan)


Foto : Tourism Malaysia

Negeri Pantai Timur adalah antara negeri yang paling kaya dengan makanan tradisi. Kalau Terengganu terkenal dengan Nasi Dagang resepi turun temurunnya, Kelantan pula tidak kurang hebat dengan sajian Nasi Kerabu dimakan bersama budu.

Ikan Patin Masak Tempoyak, Pahang


Manakala makanan tradisi Pahang pula tidak lain tidak bukan, ikan patin masak tempoyak. Kalau dapat mertua orang Pahang, bolehlah belajar resepi tradisi mereka untuk mengikat kasih sayang keluarga.

Laksa Penang (Pulau Pinang)



Kita tinjau pula masakan tradisi negeri-negeri di utara. Pasti anda semua peminat Laksa Penang kan? Itulah masakan tradisi Pulau Pinang yang juga popular dengan sajian pasembor mereka.

Gulai Batang Pisang (Kedah)


Di negeri jelapang padi pula, Gulai Batang Pisang cukup terkenal terutama di kawasan kampung.

Ringgi (Perlis) 


Kredit Foto : Pesan Cikgu

Ringgi atau emping amat terkenal apabila musim timur melanda Perlis. Keenakannya hanya boleh dirasai setahun sekali sahaja, iaitu pada musim timur atau 'winter wind'. Namun, untuk menanam benih padi pulut ini dan menghasilkan ringgi bukanlah perkara yang mudah dilakukan. Bagi petani yang membuat makanan ini, mereka akan berkumpul sekampung untuk menghasilkan ringgi secara berjemaah. Padi tersebut perlu dimasak di atas api. Setelah padi tersebut berbunyi dan kekuningan, ia akan diangkat dari atas api untuk ditumbuk menggunakan lesung indik atau lesung tangan sebelum ditampi antahnya secara begilir.

Ringgi yang sudah dimasak sedap dimakan bersama isi kelapa yang sudah diparut dan gula. Selalunya pembahagian dibuat menggunakan kaedah sukat secara lama atau tradisional iaitu menggunakan kepoi ataupun gantang. Jika padi yang diketam segantang, mungkin ringgi yang boleh dihasilkan ialah hempat kepoi (secupak).


Nasi Ambeng (Selangor)


Di Selangor, banyak juga masakannnya yang terpengaruh dengan gaya orang Jawa. Antara makanan tradisi di situ adalah Nasi Ambeng. Sate Kajang juga merupakan antara yang masyur di Selangor.

Mee Bandung (Johor)


Kalau singgah ke Johor, sudah tentu terbayang masakan tradisinya yang popular iaitu Mi Bandung Muar. Bak kata rakyat Johor, rasa Mi Bandung yang kaya dengan seafood sangat berbeza dengan Mi Bandung negeri lain.
Melaka

Di Melaka pula tidak dapat dipisahkan dengan makanan tradisinya iaitu cencaluk. Udang geragau yang digunakan di dalam cencaluk sebagai hidangan tradisi, menjadikan cencaluk kaya dengan protien.

Masak Lomak Lado Api (Negeri Sembilan)


Di Negeri Sembilan pula terkenal dengan “Masok Lomak Lado Api” sebagai sajian tradisinya. Cukup pedas dan lemak rasanya.

Perbezaan gaya hidup yang mencambahkan pelbagai jenis masakan merupakan satu keindahan yang ada di Malaysia. Merantaulah ke seluruh pelusuk negeri-negeri kita, anda akan temui makanan tradisi yang pelbagai. Semuanya mempunyai keunikan dan rasa istimewanya yang tersendiri.

Latok (Sabah)

Latok merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku kaum bajau laut di Sabah. Latok merupakan sejenis makanan dari jenis rumpai laut.

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun.


Mee Kolok (Sarawak)


Kredit Foto : vkeong 

Mee Kolok menggunakan mee sanggul dan dihidangkan bersama sup serta kicap. Ia juga dihidangkan bersama hirisan daging ataupun ayam yang telah direbus terlebih dahulu. Antara nama lain bagi mee kolok adalah mee kampua (Cina), mee rangkai dan mee kering (Iban).

Sekian. 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post